RM1,000 Given out Every Mondays, Wednesdays and Fridays for 4 weeks!





Always wanted to do something totally crazy? 

Bungee jump off a bridge… ride the scariest roller-coaster in the world… fight a sumo wrestler… jump off a plane (with a parachute of cause)... Share your dream thrill and you might just get sponsored to do it by Nestle Drumstick! 

On top of that, SAYS.my is giving out RM1,000 every Mondays, Wednesdays and Fridays for 4 weeks, to 1 lucky participant who joins the Nestle Drumstick contest and post it back on SAYS.my.

just clik here :

Aku & Dunia Kanak-Kanakku!

Bila dikenangkan balik terasa macam baru lagi zaman kanak-kanak aku tinggalkan..tapi bila akhir-akhir ini aku terjumpa rakan sekolah & cikgu2 masa sekolah rendah, aku terimbau balik zaman masih hingusan itu, zaman kenakalan sebagai kanak2 yang masih tidak matang.

Dalam aku gembira bertemu rakan2 & cikgu2 yang aku cari selama ini.. terselit juga khabar duka kerana dalam pencarian cikgu kesayanganku & rakan2, berita sedih menerpa yang menyebabkan aku & rakan2 terpaku & sebak. Sebak diatas kehilangan Cikgu Mohd Fissol Hashim. Beliau merupakan guru kelasku sebanyak 2 kali.. semasa standard 3 & standard 5, hinggalah ketika standard 6 aku dipindahkan masuk kelas khas untuk student2 terbaik daripada semua kelas..Cikgu Fissol merupakan seorang cikgu yang baik hati, tak pernah berkira dengan anak2 muridnya dan juga merupakan seorang cikgu yang boleh dijadikan sahabat. Setelah begitu lama pencarianku & rakan2 menemui petunjuk namun khabar sedih menerpa iaitu berita pemergian Cikgu Fissol kembali kepangkuan ilahi, maha pencipta setiap umat. Benar seperti dikata, orang yang baik akan dijemput illahi lebih awal kerana mereka insan terpilih.

Gambar ini merupakan kenangan terakhir aku sebagai anak murid kepada arwah cikgu Fissol 

Perginya beliau sebagai seorang yang diingati oleh setiap insan yang pernah menimba ilmu yang berharga daripada beliau.
Cikgu Fissol terima kasih diatas ilmu yang diturunkan oleh mu kepada kami anak-anak kecil yang pernah bergelar muridmu..Walaupun dirimu telah tiada dari pandangan kami tapi jasamu akan kami kenang sehingga akhir hayat.
Terima kasih cikgu! Terima kasih cikgu atas jasamu!

Rumah & Hati

Sekadar ingin berkongsi sedikit ilmu yang telah dikongsikan oleh rakan melalui email:

Terdapat 3 macam rumah,
Pertama : Rumah Raja - didalamnya ada simpananya, tabungannya serta perhiasannya 
Kedua : Rumah Hamba - didalamnya ada simpananya, tabungannya & perhiasan yang tidak seperti yang dimiliki oleh seorang raja
Pertama : Rumah Kosong - didalamnya tiada isinya.

Jika datang seorang pencuri, rumah manakah yang dimasukinya? apabila anda menjawab ia akan masuk rumah yang kosong, tentu suatu hal yang tiada masuk akal kerana rumah kosong tidak ada barang yang boleh dicurinya. Kerana itu apabila dikatakan kepada Ibnu Abbas r.a bahawa ada orang-orang yahudi mengatakan bahawa di dalam solat, mereka "tidak pernah terganggu", maka Ibnu Abbas berkata "Apakah yang mampu dikerjakan oleh syaitan di dalam rumah yang sudah rosak?"

Maka jawapan anda adalah "Pencuri itu akan masuk rumah raja. Hal tersebut bagaikan sesuatu yang hampir mustahil kerana rumah raja dijaga oleh penjaga dan tentera sehingga pencuri tidak mampu mendekatinya. Bagaimana mungkin pencuri tersebut mendekatinya sementara para penjaga dan tentera sentiasa bersiap sedia di sekitar raja?, Jadi sekarang tinggal rumah kedua, maka hendaklah orang-orang berakal memperhatikan permisalan ini sebaik-baiknya dan menganologikan (rumah) dengan hati kerana inilah yang dimaksudkannya.

  • Rumah Kosong - iaitu hati yang kosong dari kebaikan iaitu hati orang-orang kafir dan munafik adalah rumah syaitan yang telah menjadikannya sebagai benteng bagi dirinya dan sebagai tempat tinggalnya. Maka adakah ransangan untuk mencuri dari rumah itu sementara yang ada didalamnya hanyalah peninggalan syaitan, simpanan dan gangguannya?
  • Rumah Raja- iaitu hati yang telah dipenuhi dengan kekuasaan Allah SWT dan keagungannya, penuh dengan kecintaanya dan sentiasa dalam penjagaannya dan selalu malu darinya, maka syaitan mana yang berani memasuki hati ini? Bila ada yang ingin mencuri sesuatu darinya, mampukah ia mencurinya?
  • Rumah Hamba - iaitu hati yang di dalamnya ada tauhid Allah swt, mengerti tentang allah, mencintainya dan beriman kepadanya, serta membenarkan janjinya. Namun di dalamnya ada pula syahwat, sifat-sifat buruk, hawa nafsu dan tabiat tidak baik. Hati  ini ada diantara dua hal. Kadang hatinya cenderung kepada keimanan, makrifat dan kecintaan kepada allah semata dan kadang condong kepada panggilan syaitan, hawa nafsu dan tabiat tercela. Hati semacam inilah yang dicari oleh syaitan dan diinginkannya. Dan allah memberikan pertolongannya kepada sesiapa yang dikehendakinya sebagaimana firmannya "Dan (ingatlah bahawa) pertolongan yang membawa kemenangan itu hanya dari Allah yang maha kuasa lagi maha bijaksana" (Ali Imran: 126).
Syaitan tidak mampu menggangunya kecuali dengan senjata yang dimilikinya, yang dengannya ia masuk ke dalam hati. Di dalam hati seperti ini syaitan mendapati senjata-senjatanya berupa syahwat, syubhat, khayalan-khayalan dan angan-angan dusta yang berada di dalam hati. Saat memasukinya, syaitan mendapati senjata-senjata tersebut dan mengambilnya serta menjadikannya menetap di hati. Apabila seorang hamba mempunyai benteng keimanan yang mampu mengimbangi serangan tersebut serta memiliki kekuatan melebihi kekuatan penyerangnya maka ia akan mampu mengalahkan syaitan tersebut.


"Tiada daya dan kekuatan kecuali dari Allah swt semata-mata"

Kerana Pulut Santan Binasa Kerana Mulut Badan Binasa

Benarlah kata orang.. perkara yang menyakitkan kita selain daripada hal cinta, perkara melibatkan kekeruhan antara adik beradik juga antara yang menyakitkan, kerana perkara yang kecil kita bisa berantakkan dengan saudara mara...tapi kadang kala hal sebegini tidak dapat dielakkan apatah lagi ianya melibatkan bukandi kalangan saudara sedarah tapi melibatkan ipar duai atau besan..
Bak kata orang.. "Kerana Pulut Santan Binasa Kerana Mulut Badan Binasa"..Kerana mulut macam-macam hal boleh berlaku. Kerana mulut perkara yang kecil boleh jadi besar,kerana mulut juga akibat berbohong boleh menyebakan perbalahan berlaku..Kerana mulut segala rahsia boleh terbongkar..kerana mulut perkara tiada di ada-adakan. Kerana mulut, nafas yang wangi boleh jadi busuk

Mulut yang baik adalah mulut yang tidak membongkarkan rahsia atau maklumat yang disampaikan atau diamanah kepadanya kepada orang lain. 

Tapi ada orang menjadikan mulut mereka sebagai tempat untuk membuka aib dan juga keburukan orang atau kerahsiaan yang menjadi amanah kepada dia terhadap orang lain... Tahukah kita mulut seperti ini bukan sahaja menjadi duri dalam daging tapi mulut dalam selimut? Mulut seperti ini tidak wajar diberi maklumat demi kebaikan semua.

 Seperti gambar diatas.. merupakan antara jenis mulut yang tidak boleh percayai kerana suka menyampaikan hal yang tidak benar dan suka memutar belit fakta.

Tapi ada satu jenis mulut yang memang tak patut dipercayai ialah mulut menipu atau fakta sebenar tidak disampaikan..
mulut orang seperti ini  memang tak patut dipercayai kerana secara azalinya ia akan menyebabkan berlakunya perang mulut @ putus saudara.


Bila sebut bab putus saudara ni... perkara yang melibatkan putus saudara ni kadang kala bukan disebabkan saudara sedarah pun tapi orang yang tidak sedarah tetapi menjadi terkait atau terhubung atas nama sebagai ipar duai, suami/isteri sepupu atau juga besan sesama besan. Hal selalu jadi bila melibatkan perkara-perkara seperti duit, harta, rumah atau pangkat atau sebagainya.. semua ini demi kepentingan diri sendiri dan juga nak menutup kesalahan sendiri maka akan berlaku hal tipu-menipu atau sampai menyampai perkara yang tidak benar atau tidak pernah berlaku.. Oleh itu sebagai orang yang berakal, beriman, serta mendapat didikan agama, fikirlah terlebih dahulu.. Segala hal melibatkan mulut dari sekecil-kecil perkara boleh menjadi sebesar-besar perkara.. 

Jangan kerana mulut terputus hubungan kekeluargaan..