Kan Kukejar Cinta Kamu



 Salam Satu Malaysia.. ape aku nak update ari ni ye, adess aku bukan penulis yg banyak idea mcm org lain..huhuhu..

hmmmm.. ok, sape peminat Fauziah Ashari penulis novel OMBAK RINDU tu? ok ni aku nak update novel terbaru dia...nak tau tajuk dia ? Tajuknya Kan Kukejar Cinta Kamu.


Cover Depan Novel
Hahhh tu dia cover page novel terbaru Fauziah Ashari..cantikkan..mesti korang nak baca sinopsis jalan cite novel ni.. :
"Mereka bertemu ketika sama-sama belajar di luar negara. Dua tahun berkenalan mengukuhkan cinta mereka. Kerana cinta, mereka lupa segala sengketa keluarga. Kerana cinta, mereka lupa pesan papa dan abah mereke. Kerana cinta mereka berkahwin secara senyap sebelum tiga bulan kembalinya ke tanah air.


Sehari selepas berada di tanah air, Raiyan kemalangan hingga menyebabkan dia kehilangan identiti diri dan keliru sentiasa. Alma hilang arah. Papa pernah berpesan, "Jangan dekati keluarga Datuk Raqib (datuk Raiyan)."


Nek Bonda (nenek Raiyan) ada mengugut. "Sekali kau dekat dengan Raiyan, berkali-kali kau akan kecewa." Raiyan juga pernah berpesan, mereka mesti sama-sama hadapi halangan keluarga. Jika sendirian, boleh karam. Ada makna pesan suaminya. Rupanya, Nek Bonda ala-ala Hitler!

Alma atur strategi. Tanpa dedahkan statusnya sebagai isteri, (tapi Nek Bonda tahu statusnya) dia buru dan dekati Raiyan dalam senyap. Dia langgar perintah papanya dalam diam. Dia ingkar amaran Nek Bonda demi cinta dan rindunya. Jika terang-terangan menjatuhkan ego dan maruah papa. Jika berterus-terang, hidup keluarganya terancam. Dan, tak mustahil Raiyan yang keliru terus lari!.

You ni cantik. Buat I tergoda selalu. tapi sayang, macam-macam perangai, buat I tergolek, pening tau. - Raiyan.

"Perkahwinan ni rupanya memang betul-betul kesilapan. I harap sangat bukan kesilapan." Itulah ayat Raiyan, kunci keyakinan Alma. Dia redah lagi onak dan duri demi mengembalikan bahagia dua tahun tiga bulan mereka bersama, bercinta dan berkahwin ketika di Ireland tanpa kelibat Dilaila, Huzail, Qistina, Zack, papa, abah dan Nek Bonda si Hitler...


So sekarang mcm mana? boleh tahan tak jalan cite dia kan..masa aku baca novel ni, aku rasa geram, marah, sakit ati ngan sikap watak Nek Bonda...seorang wanita yg berusia bernama ibu, ibu mertua dan juga seorang nenek menggunakan kuasa dia sebagai orang yg lebih tua menentukan haluan hidup orang anak, menantu dan juga mertuanya.

Dan aku paling suka watak wanita yang bernama ALMA berusaha meraih kembali cinta seorang suami  yg telah hilang. Mendapatkan maruah diri dia sebagai seorang isteri dan juga hak dirinya sebagai seorang isteri yg dirampas oleh seorang bernama NEK BONDA..
jadi kalau nak tahu apa kesudahannya..kenalah baca ...
;)






Lawatan ke Istana Kehakiman Putrajaya

Salam satu Malaysia! hello2 aku kembali nak menulis..hehehe
walaupun jarang2 ada kesempatan nak update blog ni.. atleast ada la jgk cite2 yg aku leh update kat sini..nak ikutkan ada 2,3 cite yg jd dlm seminggu dua ni tp apa2 pun aku update mana yg aku rasa sempat & menarik ja la no...
Permandangan di pintu utama Istana Kehakiman
Permandangan Dari Luar

16 September 2012 (hari Jumaat) aku ambik cuti semata-mata nak ikut program anjuran Belia Bdr Tasik Selatan iaitu lawatan ke Istanan Kehahiman Putrajaya  senang cite pi melawat mahkamah..ikutkan program ni ada 2 tmpt satu Mahkamah waktu paginya kendian lps solat jumaat kat Penjara Kajang, tp disebabkan aku ada program anjuran office yg perlu aku hadirkan diri petang tu maka aku skip la program ke Penjara Kajang tu.. dgr cite best tp nak wat mcm mana..tp aku x ralat sgt sbb aku dh penah masuk dh kwsan penjara Kajang ms aku keje kt kementerian lama dulu..sbb ikut Pegawai aku mai meeting..heheheh

Ok balik cite program ke Mahkamah Putrajaya..Actually program ni ikutkan perjalanannya bermula jam 8.30 pg menunggu kenderaan kat dgn Sek.Men Bdr Tasik Selatan.. oppss lupa pulak nk cite sape ketua program. Lawatan ni diketuai oleh En. Mark Yogaraj dan dibantu oleh Pn.Zahariah dengan disertai seramai 10 peserta.

Walaupun kami terlewat dari masa asal akibat masalah kecil tapi ketibaan  kami disambut baik oleh pegawai pengiring dari pihak pengurusan Mahkamah iaitu En.Khairul Azhar (x pasti betul ke tidak ejaan nama..huhu). Lokasi pertama kami ialah Perpustakaan Mahkamah.. Mmg Interesting dpt masuk dalam perpustakaan ni sbb ada mcm2 buku rujukan berkaitan dengan segala jenis undang2



Permandangan Lobi Mahkamah

Permandangan Kubah Mahkamah Dari dalam


Pintu masuk utama Perpustakaan
Antara suasana dalam Perpustakaan

Susun atur mcm dlm Movie Harry Potter

Penghargaan &cenderahati
Menurut En.Khairul ini, selain daripada pendakwaraya, peguam, hakim dan juga pelajar undang-undang, orang awam juga dibenarkan datang menggunakan kemudahan dalam perpustakaan ini untuk rujukan yang  mana mereka hanya tidak mendapat kemudahan meminjam @ bawak keluar buku-buku rujukan tersebut melainkan mereka dibolehkan membuat salinan photokopi .
Jadi pada sesape yg rasa ada nak buat artikel berkaitan undang-undang @ sejarah perundangan dalam Malaysia atau luar negara boleh la dtg ke perpustakaan mahkmah ini..

Okay dah abis lawatan kat dalam perpustakaan ni kami dibawak pulak ke Muzium Mahkamah.. ahaaa.. satu lg lokasi menarik sbb banyak jugak la info yg kita org dapat bila melawat dlm muzium ni..



Ni lah Pintu Masuk Utama Muzium

Dalam muzium ni boleh dikatakan ada sejarah perundangan di Malaysia bermula dari pemerintahan British. Selain daripada tu ada jugak sejarah Bangunan Mahkamah yang terletak di Dataran Merdeka yang mana ada cerita-cerita yg pernah berlaku kat bangunan tersebut ketika generasi seangkatan aku hingga generasi terkini belum lahir lagi..
tak percaya ok jom kita tgk ...

En.Khairul Azhar sedang bagi penerangan rangka perubahan yang berlaku sekitar Mahkamah

Ni la sejarah Mahkamah Kuala Lumpur

Sejarah

Peristiwa Kebakaran Mahkamah Kuala Lumpur

Sejarah Perasmian Komplek Mahkamah &peristiwa banjir di Kuala Lumpur
 Ok.. ada lagi yg menarik kat dalam muzium..jom kita layan ..

Model Mahkamah Terbuka

Majistreet zaman pemerintahan British

En.Khairul Azhar menerangkan proses prosiding dalam Mahkahmah terbuka

Model Pendaftar

Kat dalam ni kita org diberi diterangkan sesi prosiding sesuatu kes dijalankan, macam mana sesebuah kes boleh dibawak ke mahkamah dan dikategorikan. Kita org jgk diberi penerangan macam mana tatatertib masuk dalam mahkamah di mana harus berada untuk sebagai orang awam..

Dalam muzium ni jugak terdapat pameran pakaian2, peralatan yg digunakan dalam mahkamah dan juga sejarah Hakim @ Majistreet yg di lantik..


Wig @ topi yang digunakan oleh Hakim

Contoh-contoh Daftar yang ada


Contoh Jubah Hakim Besar Ketika zaman pemerintahan British

Satu lagi Jubah hakim

Alat yang di gunakan dalam Mahkamah sebagai tanda sedang  bersidang

Senarai Hakim Besar

Model Bangunan Istanan Kehakiman

Kenangan aku kat Wall  Justice Hall Of Fame ni..

Carta Evolusi Perundangan

Seni Bina Bangunan Mahkamah

Rujukan kod prosedur Jenayah

Rujukan Kes yang pernah dibuat
Kami dalam bilik mahkamah yang baru selesai bersidang.. Lambang JATA Negara dibelakang tempat duduk Hakim

Menarikkan? Rugi sesangat kalau sape belum penah dtg kat sini..dan ada lagi menarik yang kita org dapat alami dan mungkin bukan semua org akan dapat rasai pengalaman tu..

Mula-mula kami dibawa masuk dan menduduki bilik mahkamah yang baru selesai bersidang bagi kes2 rayuan.. pegawai pengiring En.Khairul Azhar telah menerangkan bagaimana prosiding mahkamah rayuan bersidang dan perkara-perkara yg perlu diikuti dan dipatuhi oleh orang untuk mengikuti proses persidangan ini.

Ingat org awam boleh main redah macam tu je ke nak masuk ikut satu2 prosiding yg berlaku? Minta maaf la ye.. bukan boleh main redah je.. kena ikut aturan & tertib yang termaktub.. . ada beberapa peraturan yang perlu diikut.. antaranya:

1) Masuk/keluar melalui pintu utama, setiap orang awam, peguam, pendakwaraya, pemerhati @ saksi perlu tunduk hormat kepada lambang JATA NEGARA yg berada kt depan
2) Wanita @ lelaki yg membawa handbag/bag galas tidak  boleh mengalas dibahu/belakang tetapi perlu memegang secara gantung di tangan..
3) Selepas memberi tunduk hormat terus duduk di tempat yg telah dikhaskan bagi setiap pendakwaraya, peguam, saksi, pemerhati @ org awam.
4) Tidak dibenarkan membuat bising @ mencelah ketika proses persidangan diadakan. Sekiranya berlaku ianya dianggap menghina mahkamah dan polis yg akan membawa org itu ke kandang pemerhatian sebagai denda.
5) Semasa berada di kerusi yg telah dikhaskan tidak dibenarkan duduk secara menyilang kaki, bersimpuh, bersila diatas kerusi tetapi hendaklah duduk seperti dengan keadaan tangan berada di atas peha (mcm pengantin).
6) Tidak dibenarkan membawa kamera dan mengambil gambar ketika proses persidangan berlaku.
7) Handphone perlu ditutup atau silent ketika proses persidangan, sekiranya tidak akan diminta keluar dr bilik mahkmah tersebut.
8) Tidak dibenarkan memakai selipar, seluar jean, kasut sukan ketika di dalam mahkamah.
9) Tidak dibenarkan membawa makanan @ minum.

Fuhhh... banyakkan peraturan yg kena ikut kalo nak masuk dalam proses mahkamah bersidang. Tapi apapun ini memang satu pengalaman baru yg aku dapat
semasa ikut program lawatan anjuran Belia ni.

Pada sesiapa yg nak merasa masuk dan alami sendiri pengalaman berada dalam mahkamah bersidang boleh la cepat2 buat anjuran program2 mcm ni.. tak rugi banyak ilmu yg kita tak tahu selama ni kita dpt..
Dan aku sendiri berharap lepas ni akan ada lg program2 berasaskan pendidikan mcm ni di anjurkan oleh Belia @ mana2 persatuan..tak rugi pun... ;)

Rabun Silau Pencetus Sakit Kepala

Hari ni aku nak share sikit info pasal masalah mata..(sbb aku pun ada mslh mata..Rabun silau)..Apa itu rabun silau, ok jom kita baca info ini..

Selain rabun dekat dan jauh, rabun silau turut menjadi masalah utama yang dihadapi oleh kebanyakkan individu di seluruh dunia. Bukan saja menyukarkan penglihatan secara normal, rabun silau acapkali menganggu pemanduan seseorang terutama diwaktu malam.

Menurut Pakar Mata Hospital Ampang Puteri, Dr.Rozita Ahmad, tidak ramai yang mengetahui bahawa silau yang dihadapi berpunca daripada dua faktor. "kebanyakkan silau berpunca daripada astigmatism manakala yang lain berpunca daripada keradangan atau jangkitan pada mata," jelasnya. 


Astigmatism berkait rapat dengan penglihatan menjadi kabur pada semua jarak yang disebabkan oleh permukaan kornea atau kanta tidak sekata.

Apabila keadaan ini berlaku ia akan menyebabkan pesakit melihat imej yang tidak jelas dan pecah-pecah terutama cahaya pada waktu malam. Tambah Rozita, astigmatism yang sedikit atau kurang daripada 0.50D biasanya tidak menganggu penglihatan. 


Namun, sekiranya ia lebih, ia boleh menyebabkan sakit kepala, mata letih dan silau yang kronik. Apabila ini terjadi, pembetulan kornea atau kanta  harus dilakukan seperti pemakaian cermin mata atau kanta sentuh khas,  ujarnya. 
Keadaan kornea pesakit rabun silau (kiri). Dengan daya penglihatan yang kabur, ia menyukarkan pesakit terutama memandu pada waktu malam

Rozita memberitahu, rabun silau boleh berlaku serentak dengan rabun dekat atau rabun jauh dan penyebab kejadian rabun jenis tersebut adalah pelbagai. Antara faktornya ialah keturunan, kecederaan kornea mata, berlaku selepas pembedahan mata seperti pembuangan selaput katarak, ketumbuhan pada kelopak mata atau penyakit kornea seperti keratoconus.

Bagi pesakit kencing manis, astigmatism bukanlah satu perkara luar biara. Ia dikenali sebagai renticular astigmatism, kandungan gula yang berlebihan mampu mengubah bentuk kanta pesakit. Bagi pesakit diabetes yang mengalami rabun silau, mereka dinasihatkan agar tidak menjalani pembedahan terlebih dahulu. katanya.
 
 Bukan Fotofobia 
 
Dalam pada itu, Rozita menjelaskan, rabun silau boleh terjadi pada semua peringkat umur. Penghidap akan menyedari masalah astigmatism yang dihadapi apabila berasa tidak selesa terhadap cahaya terutama bagi mereka yang selalu memandu di waktu malam. Namun ujar Rozita, terdapat perbezaan yang jelas antara mereka yang mengidap astigmatism dan fotofobia.

Melalui pemeriksaan penglihatan, ujian permukaan kornea dan pantulan, pakar mata akan mengetahui sama ada pesakit tersebut mengalami rabun silau atau fotofobia, terang Rozita.
 
 
Permukaan kornea pesakit astigmatism (kiri) yang berbentuk seperti bola ragbi dan tidak sekata.

 
Di samping itu, berbeza dengan penghidap jenis rabun yang lain, kadar peningkatan kerabunan mata bagi pengidap astigmatism amat perlahan dan lebih stabil.

Senam mata

Selain daripada penggunaan cermin mata. RGP yang menggunakan teknik orthokeratology iaitu memakai kanta sentuh separa kera semalaman bagi membentuk semula kornea menjadi rawatan alternatif bagi memperbaiki keadaan rabun tersebut.
Teknik senaman yang dikenali Eye-Robic merupakan pilihan terbaik dalam merawat permukaan kornea dan kanta ini. Malah, ia membantu melegakan ketegangan pada otot mata, katanya. Bagi kes-kes tertentu, rawatan Photorefractive Keratectomy (PRK), Laser-Assisted Sub-Epithelal Keratectomy(LASEK) atau Laser-assisted In Situ Keratomileusis (Lasik) akan digunakan.

Dalam kes yang serius, pengimplanan kanta atau kornea (Restore) dilakukan bagi memulihkan tahap penglihatan pesakit. jelasnya.