Assalamualaikum.. kali ni aku nak berkongsi doa memohon jodoh daripada Allah swt., sama-samalah kita manafaatkan ..
Ya Allah..
Seandainya telah engkau catatkan
dia akan menjadi teman menapaki hidup
Satukanlah hatinya dengan hatiku
Titipkanlah kebahagiaan di antara kami
Agar kemesraan itu abadi
Dan Ya Allah...ya tuhanku yang Maha Mengasihi
Seiringkanlah kami melayari hidup ini
ke tepian yang sejahtera dan abadi
Tetapi ya Allah....
Seandainya telah Engkau takdirkan...
...Dia bukan milikku
Bawalah dia jauh dari ingatanku
Ambillah kebahagian ketika dia ada di sisiku
Dan peliharalah aku dari kekecewaan
Serta ya Allah ya Tuhanku yang Maha Mengerti...
Berikanlah aku kekuatan
Melontar bayangannya jauh ke dada langit
Hilang bersama senja nan merah
Agarku dapat berbahagia walaupun tanpa
bersama dengannya
Dan ya Allah yang tercinta..
Gantikanlah yang telah hilang
Tumbuhkanlah kembali yang telah patah
Walaupun tidak sama dengan dirinya...
Ya Allah ya Tuhanku..
Pasrahkanlah aku dengan takdir mu
Sesungguhnya apa yang telah Engkau tadkirkan
Adalah yang terbaik buatku
Kerana Engkau Maha Mengetahu
Segala yang terbaik buat hamba mu ini
Ya Allah...
Cukuplah Engkau saja yang menjadi pemeliharaku
Di dunia dan di akhirat
Dengarlah rintihan dari hamba mu yang daif ini
-----------------------------------------
Jangan Engkau biarkan aku sendirian
Di dunia ini mahupun di akhirat
-----------------------------------------
Menjuruskan aku ke arah kemaksiatan dan
kemungkaran
Maka kurniakanlah aku seorang pasangan yang beriman
Supaya aku dan dia dapat membina kesejahteraan
hidup
ke jalan yang Engkau redai
Dan kurniakanlah padaku keturunan yang soleh
Amin.. Ya Rabbal 'Alamin
(Petikan daripada : dudung.net)