Assalamualaikum kawan2 Cik Pari-Pari.. sihat semua, kemana cuti-cuti ni? Mesti ramai yang gi bercuti nak-nak pulak bulan Jan & Feb ni banyak betul cuti Umum & cuti ganti. Oklah ni Cik Pari-Pari nak up sikit cerita trip bercuti Cik Pari-Pari ke negara kat Seberang Tambak Johor.. Kalau hujung tahun lepas Cik Pari-Pari melangkah ke Haadyai, Songkla, kali ke Singapura la pulak..
Trip ni anjuran sorang rakan sekerja...price package murah sbb 2H1M je.. ok la kan, lagipun ni first time rakan sekerja ni anjur jadi standard la kot ada kekurangan tu. Opsss, lupa pulak.. Tarikh trip pun secara kebetulan ada berlakunya cuti umum iaitu 25 -27 Januari 2013. Perjalanan bermula pada 25hb sekitar jam 10.30 malam dari Bangsar, secara totalnya kami seramai 8 orang.
Perjalanan kami tiba di Johor Bahru sekitar jam 5-5.30 pagi, oleh kerana masih awal dan kami pun dah siap2 mandi kat hentian rehat sebelum jadinya kami berenti la makan kat satu restoran kt sekitar bandar Johor sementara nak tunggu waktu subuh. selesai makan kami mencari masjid untuk solat subuh, dan destinasi kami adalah masjid yang dikenali sebagai Masjid Negeri.. memang cantik Masjid ni..
Masjid Negeri Johor Bahru |
Selesai sahaja solat subuh, kami pun bergerak untuk melintasi Tambak Johor untuk ke Singapura dan destinasi kami sudah pastilah Universal Studio Singapore (USS), seperti yang kita semua tahu, Tambak Johor merupakan laluan untuk negara jiran kita memasuki ke negeri Johor dan begitu juga bagi penduduk Johor untuk ke Singapura untuk bekerja. Dan disebabkan itu makanya Tambak Johor ini sentiasa berlakunya traffik jam yang teruk terutama sebelah pagi. Perjalan kami kat sini je pun dah ambik masa 1 1/2 jam belum masuk lg proses nak melepasi Imigresen Malaysia & Singapura.. tengoklah gambar-gambar yang Cik Pari-Pari sempat ambik masa kt dalam perjalanan nak menyeberang Tambak Johor ni..
Kami melepasi Imigresen Singapura sekitar jam 9.00 dan perjalanan diteruskan menuju ke USS, jadinya sementara nak sampai tu apa lagi.. masing-masing tidur la..hehehe.. Kami tiba ke destinasi yang dituju sekitar jam 10 pagi. so masa ni masing2 ambil peluang nak duduk-duduk sambil tinjau persekitaran dulu.. segarkan biji mata kejap. lepas tu baru naik ke atas mencari pintu masuk USS..naik atas tu dia... ramainya umat dok beratur panjang..yang nak beli tiket la yang memang nak menuju kat pintu masuk pun.. Tak caya ok jom, meh tengok gambar-gambar ni..
Ok lah.. takat ni dulu.. ye Cik Pari-Pari kongsikan, gambar-gambar trip ke USS.