Salam satu Malaysia! hello2 aku kembali nak menulis..hehehe
walaupun jarang2 ada kesempatan nak update blog ni.. atleast ada la jgk cite2 yg aku leh update kat sini..nak ikutkan ada 2,3 cite yg jd dlm seminggu dua ni tp apa2 pun aku update mana yg aku rasa sempat & menarik ja la no...
|
Permandangan di pintu utama Istana Kehakiman |
|
Permandangan Dari Luar |
16 September 2012 (hari Jumaat) aku ambik cuti semata-mata nak ikut program anjuran Belia Bdr Tasik Selatan iaitu lawatan ke Istanan Kehahiman Putrajaya senang cite pi melawat mahkamah..ikutkan program ni ada 2 tmpt satu Mahkamah waktu paginya kendian lps solat jumaat kat Penjara Kajang, tp disebabkan aku ada program anjuran office yg perlu aku hadirkan diri petang tu maka aku skip la program ke Penjara Kajang tu.. dgr cite best tp nak wat mcm mana..tp aku x ralat sgt sbb aku dh penah masuk dh kwsan penjara Kajang ms aku keje kt kementerian lama dulu..sbb ikut Pegawai aku mai meeting..heheheh
Ok balik cite program ke Mahkamah Putrajaya..Actually program ni ikutkan perjalanannya bermula jam 8.30 pg menunggu kenderaan kat dgn Sek.Men Bdr Tasik Selatan.. oppss lupa pulak nk cite sape ketua program. Lawatan ni diketuai oleh En. Mark Yogaraj dan dibantu oleh Pn.Zahariah dengan disertai seramai 10 peserta.
Walaupun kami terlewat dari masa asal akibat masalah kecil tapi ketibaan kami disambut baik oleh pegawai pengiring dari pihak pengurusan Mahkamah iaitu En.Khairul Azhar (x pasti betul ke tidak ejaan nama..huhu). Lokasi pertama kami ialah Perpustakaan Mahkamah.. Mmg Interesting dpt masuk dalam perpustakaan ni sbb ada mcm2 buku rujukan berkaitan dengan segala jenis undang2
|
Permandangan Lobi Mahkamah |
|
Permandangan Kubah Mahkamah Dari dalam |
|
Pintu masuk utama Perpustakaan |
|
Antara suasana dalam Perpustakaan |
|
Susun atur mcm dlm Movie Harry Potter |
|
Penghargaan &cenderahati |
Menurut En.Khairul ini, selain daripada pendakwaraya, peguam, hakim dan juga pelajar undang-undang, orang awam juga dibenarkan datang menggunakan kemudahan dalam perpustakaan ini untuk rujukan yang mana mereka hanya tidak mendapat kemudahan meminjam @ bawak keluar buku-buku rujukan tersebut melainkan mereka dibolehkan membuat salinan photokopi .
Jadi pada sesape yg rasa ada nak buat artikel berkaitan undang-undang @ sejarah perundangan dalam Malaysia atau luar negara boleh la dtg ke perpustakaan mahkmah ini..
Okay dah abis lawatan kat dalam perpustakaan ni kami dibawak pulak ke Muzium Mahkamah.. ahaaa.. satu lg lokasi menarik sbb banyak jugak la info yg kita org dapat bila melawat dlm muzium ni..
|
Ni lah Pintu Masuk Utama Muzium
Dalam muzium ni boleh dikatakan ada
sejarah perundangan di Malaysia bermula dari pemerintahan British.
Selain daripada tu ada jugak sejarah Bangunan Mahkamah yang terletak
di Dataran Merdeka yang mana ada cerita-cerita yg pernah berlaku kat bangunan
tersebut ketika generasi seangkatan aku hingga generasi terkini belum lahir lagi.. tak percaya ok jom kita tgk ...
|
|
En.Khairul Azhar sedang bagi penerangan rangka perubahan yang berlaku sekitar Mahkamah |
|
Ni la sejarah Mahkamah Kuala Lumpur |
|
Sejarah |
|
Peristiwa Kebakaran Mahkamah Kuala Lumpur |
|
Sejarah Perasmian Komplek Mahkamah &peristiwa banjir di Kuala Lumpur |
Ok.. ada lagi yg menarik kat dalam muzium..jom kita layan ..
|
Model Mahkamah Terbuka |
|
Majistreet zaman pemerintahan British |
|
En.Khairul Azhar menerangkan proses prosiding dalam Mahkahmah terbuka |
|
Model Pendaftar
Kat dalam ni kita org diberi
diterangkan sesi prosiding sesuatu kes dijalankan, macam mana sesebuah
kes boleh dibawak ke mahkamah dan dikategorikan. Kita org jgk diberi
penerangan macam mana tatatertib masuk dalam mahkamah di mana harus
berada untuk sebagai orang awam..
Dalam muzium ni jugak terdapat pameran pakaian2, peralatan yg digunakan
dalam mahkamah dan juga sejarah Hakim @ Majistreet yg di lantik.. |
|
|
Wig @ topi yang digunakan oleh Hakim |
|
Contoh-contoh Daftar yang ada |
|
Contoh Jubah Hakim Besar Ketika zaman pemerintahan British |
|
Satu lagi Jubah hakim |
|
Alat yang di gunakan dalam Mahkamah sebagai tanda sedang bersidang |
|
Senarai Hakim Besar |
|
Model Bangunan Istanan Kehakiman |
|
Kenangan aku kat Wall Justice Hall Of Fame ni.. |
|
Carta Evolusi Perundangan |
|
Seni Bina Bangunan Mahkamah |
|
Rujukan kod prosedur Jenayah |
|
Rujukan Kes yang pernah dibuat |
|
Kami dalam bilik mahkamah yang baru selesai bersidang.. Lambang JATA Negara dibelakang tempat duduk Hakim
Menarikkan? Rugi sesangat kalau
sape belum penah dtg kat sini..dan ada lagi menarik yang kita org
dapat alami dan mungkin bukan semua org akan dapat rasai pengalaman tu..
Mula-mula kami dibawa masuk dan menduduki bilik mahkamah yang baru
selesai bersidang bagi kes2 rayuan.. pegawai pengiring En.Khairul Azhar telah menerangkan bagaimana prosiding mahkamah rayuan bersidang dan perkara-perkara yg
perlu diikuti dan dipatuhi oleh orang untuk mengikuti proses persidangan ini.
Ingat org awam boleh main redah macam tu je ke nak masuk ikut satu2
prosiding yg berlaku? Minta maaf la ye.. bukan boleh main redah je..
kena ikut aturan & tertib yang termaktub.. . ada beberapa peraturan
yang perlu diikut.. antaranya:
1) Masuk/keluar melalui pintu
utama, setiap orang awam, peguam, pendakwaraya, pemerhati @ saksi perlu
tunduk hormat kepada lambang JATA NEGARA yg berada kt depan
2) Wanita @ lelaki yg membawa
handbag/bag galas tidak boleh mengalas dibahu/belakang tetapi perlu
memegang secara gantung di tangan..
3) Selepas memberi tunduk hormat
terus duduk di tempat yg telah dikhaskan bagi setiap pendakwaraya,
peguam, saksi, pemerhati @ org awam.
4) Tidak dibenarkan membuat
bising @ mencelah ketika proses persidangan diadakan. Sekiranya berlaku
ianya dianggap menghina mahkamah dan polis yg akan membawa org itu ke
kandang pemerhatian sebagai denda.
5) Semasa berada di kerusi yg
telah dikhaskan tidak dibenarkan duduk secara menyilang kaki, bersimpuh,
bersila diatas kerusi tetapi hendaklah duduk seperti dengan keadaan
tangan berada di atas peha (mcm pengantin).
6) Tidak dibenarkan membawa kamera dan mengambil gambar ketika proses persidangan berlaku.
7) Handphone perlu ditutup atau silent ketika proses persidangan, sekiranya tidak akan diminta keluar dr bilik mahkmah tersebut.
8) Tidak dibenarkan memakai selipar, seluar jean, kasut sukan ketika di dalam mahkamah.
9) Tidak dibenarkan membawa makanan @ minum.
Fuhhh... banyakkan peraturan yg kena ikut kalo nak masuk dalam proses
mahkamah bersidang. Tapi apapun ini memang satu pengalaman baru yg aku
dapat semasa ikut program lawatan anjuran Belia ni.
Pada sesiapa yg nak merasa masuk dan alami sendiri pengalaman berada dalam mahkamah bersidang boleh la cepat2 buat anjuran program2 mcm ni.. tak rugi banyak ilmu yg kita tak tahu selama ni kita dpt.. Dan aku sendiri berharap lepas ni akan ada lg program2 berasaskan pendidikan mcm ni di anjurkan oleh Belia @ mana2 persatuan..tak rugi pun... ;) |