Hari ni aku nak share sikit info pasal masalah mata..(sbb aku
pun ada mslh mata..Rabun silau)..Apa itu rabun silau, ok jom kita baca info
ini..
Selain rabun dekat dan jauh, rabun silau turut
menjadi masalah utama yang dihadapi oleh kebanyakkan individu di seluruh dunia.
Bukan saja menyukarkan penglihatan secara normal, rabun silau acapkali
menganggu pemanduan seseorang terutama diwaktu malam.
Menurut
Pakar Mata Hospital Ampang Puteri, Dr.Rozita Ahmad, tidak ramai yang mengetahui
bahawa silau yang dihadapi berpunca daripada dua faktor. "kebanyakkan
silau berpunca daripada astigmatism manakala yang lain berpunca daripada
keradangan atau jangkitan pada mata," jelasnya.
Astigmatism berkait rapat dengan penglihatan menjadi kabur pada semua jarak yang disebabkan oleh permukaan kornea atau kanta tidak sekata.
Apabila keadaan ini berlaku ia akan menyebabkan pesakit melihat imej yang tidak jelas dan pecah-pecah terutama cahaya pada waktu malam. Tambah Rozita, astigmatism yang sedikit atau kurang daripada 0.50D biasanya tidak menganggu penglihatan.
Astigmatism berkait rapat dengan penglihatan menjadi kabur pada semua jarak yang disebabkan oleh permukaan kornea atau kanta tidak sekata.
Apabila keadaan ini berlaku ia akan menyebabkan pesakit melihat imej yang tidak jelas dan pecah-pecah terutama cahaya pada waktu malam. Tambah Rozita, astigmatism yang sedikit atau kurang daripada 0.50D biasanya tidak menganggu penglihatan.
Namun, sekiranya ia lebih, ia boleh menyebabkan sakit kepala, mata
letih dan silau yang kronik. Apabila ini terjadi, pembetulan kornea atau
kanta harus dilakukan seperti pemakaian cermin mata atau kanta sentuh
khas, ujarnya.
Keadaan
kornea pesakit rabun silau (kiri). Dengan daya penglihatan yang kabur, ia
menyukarkan pesakit terutama memandu pada waktu malam
Rozita memberitahu, rabun silau boleh berlaku
serentak dengan rabun dekat atau rabun jauh dan penyebab kejadian rabun jenis
tersebut adalah pelbagai. Antara faktornya ialah keturunan, kecederaan kornea
mata, berlaku selepas pembedahan mata seperti pembuangan selaput katarak,
ketumbuhan pada kelopak mata atau penyakit kornea seperti keratoconus.
Bagi pesakit kencing manis, astigmatism bukanlah
satu perkara luar biara. Ia dikenali sebagai renticular astigmatism, kandungan
gula yang berlebihan mampu mengubah bentuk kanta pesakit. Bagi pesakit diabetes
yang mengalami rabun silau, mereka dinasihatkan agar tidak menjalani pembedahan
terlebih dahulu. katanya.
Bukan Fotofobia
Dalam pada itu, Rozita menjelaskan, rabun silau boleh terjadi pada semua peringkat umur. Penghidap akan menyedari masalah astigmatism yang dihadapi apabila berasa tidak selesa terhadap cahaya terutama bagi mereka yang selalu memandu di waktu malam. Namun ujar Rozita, terdapat perbezaan yang jelas antara mereka yang mengidap astigmatism dan fotofobia.
Melalui pemeriksaan penglihatan, ujian permukaan kornea dan pantulan, pakar mata akan mengetahui sama ada pesakit tersebut mengalami rabun silau atau fotofobia, terang Rozita.
Permukaan kornea pesakit astigmatism (kiri)
yang berbentuk seperti bola ragbi dan tidak sekata.
Di samping itu, berbeza dengan penghidap jenis rabun
yang lain, kadar peningkatan kerabunan mata bagi pengidap astigmatism amat
perlahan dan lebih stabil.
Senam mata
Selain daripada penggunaan cermin mata. RGP yang
menggunakan teknik orthokeratology iaitu memakai kanta sentuh separa kera
semalaman bagi membentuk semula kornea menjadi rawatan alternatif bagi
memperbaiki keadaan rabun tersebut.
Teknik senaman yang dikenali Eye-Robic merupakan
pilihan terbaik dalam merawat permukaan kornea dan kanta ini. Malah, ia
membantu melegakan ketegangan pada otot mata, katanya. Bagi kes-kes tertentu,
rawatan Photorefractive Keratectomy (PRK), Laser-Assisted Sub-Epithelal
Keratectomy(LASEK) atau Laser-assisted In Situ Keratomileusis (Lasik) akan digunakan.
Dalam kes yang serius, pengimplanan kanta atau
kornea (Restore) dilakukan bagi memulihkan tahap penglihatan pesakit. jelasnya.