Provokasi

Assalamualaikum kawan-kawan Cik Pari-Pari, sihat ke? Sihat la ya harapnya.. Cik Pari-Pari ni je la yang tak berapa nak sihat lagi.. alahaiii ntah apa nasib tak tahu lah permulaan tahun baru 2013 ni bersama dengan masalah kesihatan.. tapi harap-harap tu tak de la berlarut-larutankan..huhu.. serius tau kalau tak baik-baik ni...

Tapi bukannya apa pun.. Cik Pari-Pari jadi gini sebab terkejut kot.. yelah mana tak terkejut, masuk tahun baru.. otak dah stress ngan macam-macam benda..dari hal keje sampai la hal study exam.. itu belum masalah peribadi.. kan? Ok sekarang ni kepala otak tu dah lega sket walaupun tak 100% lagi.. sebab apa, sungguhpun exam paper semester dh selesai sama hari ngan org sibuk ngan Program Perhimpunan Hijau a.k.a Samsidar besar-besaran.. tp Cik Pari-Pari masih tugasan yang belum selesai lagi.. Assignment belum hantar.. tp ok la tak de nak serabut pecah kepala sgt, bahan dah ada cumanya tinggal nak mengatur ayat je .. hehehe

Ok hari ni Cik Pari-Pari tak de la nak berceloteh panjang, cuma nak sentuh la sikit pasal provokasi.. Tau apa itu PROVOKASI? Istilah provokasi dalam Kamus Dewan Edisi Empat provokasi merupakan 

"Perbuatan membangkitkan kemarahan, minat, mencetuskan sebagainya".

Nak tahu kenapa Cik Pari-Pari sentuh pasal provokasi ni? bukan sebab kisah perhimpunan sabtu lepas..tapi ni berdasarkan pada pemerhatian, Pada pemerhatian Cik Pari-Pari, sikap provokasi ni terlalu kuat dibudayakan dalam masyarakat kita terutamanya isu-isu sensitif, perkauman & kenegerian. Bila dah ada provokasi biasanya pasti ada impaknya yang mana boleh mencetus @ mendatangkan kemarahan diantara satu sama lain. Kenapa mesti ada sikap & perlakuan seperti ini? Cik Pari-Pari ambik satu contoh sikap provokasi yang berlaku dari pemerhatian Cik Pari-Pari. Provokasi berunsurkan kenegerian. Provokasi akhir-akhir ini kerap kali terlintas di pembacaan Cik Pari-Pari sama ada dalam Facebook, Twitter dan lain-lain lagi. Baru-baru ni ada isu sorang budak perempuan provokasi perempuan-perempuan lain supaya jangan mencari jodoh dikalangan lelaki Kelantan kerana dia merasakan lelaki-lelaki Kelatan ni bersikap pelik. Kenapa perlu ada sikap memprovokasikan  jodoh mengikut negeri? Adakah benar fakta itu hanya lelaki dari Kelantan je yang pelik? lelaki-lelaki dari negari lain tak bersikap pelik ke? bukan sebab Cik Pari-Pari nak menangkan orang Kelantan hanya sebab Cik Pari-Pari asal dari Kelantan. Tapi nak betulkan fakta provokasi.

Yang menjadi persoalan sekarang mengapa harus ada budaya provokasi kenegerian? Sehingga sanggup menghina, maki hamun, menjatuhkan air muka orang semata-mata tidak sukakan sesebuah negeri itu. Dan menjadi persoalan jugak, negeri yang dibanggakan & negeri yang dihina, dimaki hamun tu terletak dalam negara mana? Bukan dalam Malaysia ke? Jadinya yang sering bersikap provokasi tu pulak bukan ke warganegara Malaysia ke?. Mana nilai kita sebagai bangsa & warganegara Malaysia?

Yakinkah mereka-mereka yang bersikap provokasi kenegerian tu mereka benar-benar asli jati dari keturuan asal negeri yang mereka banggakan, Cik Pari-Pari tak penah fikir Cik Pari-Pari ni asli jati darah keturunan Kelantan tapi satu Malaysia..nak tahu kenapa? Pernah tak kita kaji & selusuri susur galur keturunan Nenek Moyang kita sehinggalah generasi kita sekarang? Tahukah kita besar kemungkinan keturunan kita yang terdahulu tidak berasal dari negeri yang dicatatkan kelahiran kita. Cuba kawan-kawan tengok carta asas perkahwinan dari 2 buah keluarga berbeza.. cth sahaja tau, bukan Cik Pari-Pari ambik contoh mana-mana :
Contoh Susur Galur Keturunan & Kelahiran Ikut Negeri

Berdasarkan contoh carta ni.. bolehkah kita mengaku kita adalah jati asli dinegeri kelahiran kita sendiri sedangkan ibubapa kita belum tentu berasal dari negeri kelahiran kita? Sebenarnya kita ni asal usulnya pusing sana pusing sini dari semua negeri yang ada dalam Malaysia ni. Dan sepatutnya isu provokasi kenegerian ni tak ada, sebab mana boleh kita nak mengaku negeri kelahiran kita itu hebat dan negeri orang lain tak hebat, jahat dan sebagainya sedangkan nenek moyang kita besar kemungkinan berasal dari negeri yang kita benci.. kita ni asalnya dari rumpun yang sama. Naungan negeri-negeri kelahiran kita semuanya adalah dibawah nama negara MALAYSIA.. 

Hapuskanlah budaya provokasi kenegerian ni kawan-kawan,tak kemana pun sebab satu hari nanti akan ada orang-orang dari negeri yang kita benci tu akan menjadi ahli keluarga kita.. Percayalah!


 

Perlu ke Azam baru setiap tahun?

Assalamualaikum kawan-kawan,
Wah kita dah pun masuk tahun baru..Tahun 2013, bermakna segala kisah ditahun 2012 kita tutup dengan segala macam rasa, ada pahit, ada manis, ada duka, ada gembira, ada sendu..bla..bla.. bla..(eh apa aku merepek nik..? :P)..Ok rasanya macam selalu bila masuk je tahun baru pasti ada yang berlumba-lumba pasang azam tahun baru, tapi Cik Pari-Pari tak pasti la setiap azam yang kawan-kawan kejarkan tu setiap tahun tercapai matlamat.. capai ke idakkkk

Sebenarnya azam ni tak semestinya masuk tahun baru je baru kita niat nak buat itu, nak ubah ini, nak tambah sana, tambah sini, dalam setahun tu rasanya, kita boleh je nak buat azam..12 bulan tu, Kalau tanya Cik Pari-Pari apa azam tahun baru ni, jawapan ye nak sentiasa berada & mendapat kerahmatan daripada Allah swt..sebab Cik Pari-Pari ni selalu rasa tak sempurna dalam setiap apa yang dibuat, jadinya bila nak dapat @ capai satu-satu benda tu, sampai kita rasa nampak sempurna mestilah kita nak dapat kerahmatan daripada Allah swt, pencipta kita nan satu selain daripada ibu bapa..Jadinya, nak buat apa sekalipun, pertama kita kena berdoa mohon pada Allah swt, lepas tu minta la restu mak ayah (bukan ngan boyfriend/girlfriend ok) dan kalau yang dah berkahwin tu kena la ada restu pasangan baru la semua benda tu nampak sempurna walau ada kekurangan...
 
Ok la Cik Pari-Pari ni tak nak merapu meraban sebab kerja Cik Pari-Pari ada yang belum selesai.. Aduhhh.. mati aku, semuanya sebab SKT..Oh SKT! napelah setiap tahun aku kena pening pala nih.. ok lah chow dulu, 

Bye!