Teman Penganti - Black Mentor & Malique

Assalamualaikum.. kawan-kawan, hari ni celoteh ni dimulakan dgn membahasakan diri dari aku kepada Cik Pari-Pari pulak.. sedap sikit org nak membacanya.. sedap gituuu! ewahhh.. Cik Pari-Pari tak de la nak berceloteh mana pun.. cuma hari ni berkongsi la video Teman Penganti, lagu nyanyian Black Mentor & Malique Too Phat tu..

Alah lagu yang liriknya telah sebabkan salah faham dek peminat sampai kecoh tersebar berita kata si Malique tu meninggal dunia.. sedangkan hamba allah tu sihat walafiat je, tak sakit pun.. tapi apapun moh kita melayan la video tu.. dengar khabar sedap utk dijadikan halwa telinga waktu-waktu yg sendu ni... :P


Cinta Untuk Sedetik Lagi

Assalamualaikum..kawan2, korang semua sihat ke? ada yang bz tak? kalau bz jgn stress2 tau..hah ape mcm, hari tu aku share psl novel "Sebenarnya SAYA ISTERI DIA!", ada yang dh baca ke?@ ada yg baru nk gi beli? hehehe..mesti korang bengang kan ngan watak husband tu kan.. Jadi disebabkan dah 2 hari aku tak sempat nak update blog ni ngan latest novel..maka hari  ni aku update novel baru, aku jamin mmg best.. Ada happy, ada kelam kabut & ada part yg leh buat korang nangis (itupun kalau yg jenis cepat touching la.. ada ke?)

Novel kali ni pun berkisar kisah dua beradik kembar tpi perempuan.. alah mcm novel Kahwin Ganti tapi yg tu pasal saudara kembar lelaki, tapi kali ni kisahnya beza sket..Tajuknya "Cinta Untuk Sedetik Lagi" karya Ezza Mysara...

Hah ini dia rupa covel Novel Cinta Untuk Sedetik lagi!..
Yang aku jadi teruja sekejap tu bila baca petikan kata-kata kt cover novel tu..

"Ketika cintamu menjadi lukaku,
tidakku peduli akan keperitannya..
Walaupun cinta datang sedetik cuma,
Namun bahagia pasti milik kita
selamanya..."

Cewahhhh touching la pulak kan.. tp apapun jom kita layankan sinopsis novel ni, lepas tu pandai2 la korang semua fikir sama ada nk pi pinjam ke, beli ke @ rembat siapa2 punya kan.. ;) tp jgn cakap aku yang suruh ye.. aku x nak bertanggungjawab...hahah

NAILA FARAFEESA
merasakan yang dunia seakan-akan terhenti saat dia menerima khabar tentang penyakitnya. Lantas cinta yang menghuni rasa hati terpaksa ditolak tepi demi kebahagian insan-insan tersayang. Dia tekad untuk menjodohkan lelaki yang dicintainya bersama kakak kembarnya yang baru kehilangan tunangnya. Tapi hati tak mampu menipu bila lelaki bernama Ezrakil itu semakin bertahta dalam hati.

"Setakat Ezrakil yang pakai Honda tu, aku tak pandanglah. Duit berkepuk-kepuk, tapi kedekut yang amat! Segala benda dalam ofis dia nak catu@ Entah-entah kasih sayang dia pada kekasih pun dia nak berkira nanti! Lagipun, dia tak cukup hansome macam Remy Ishaklah!" - Naila Farafeesa

 "Sebab tak cium atau tak peluk awak, sebab tu awak rasa saya tak sayangkan awak? Macam tu? Hei, saya boleh bagilah semua tu.. tapi dengan syarat awak kena jadi seorang yang halal disisi agama untuk saya." -Ezrakil

NAILA FARANEESA mula hilang percaturan lantas melumpuhkan jiwanya untuk bercinta lagi lantaran pemergian tunang tersayang. Tapi kemunculan seorang lelaki bernama Nazreen yang sifatnya persis arwah telah menghentak naluri hatinya. Menyingkap sehelai demi sehelai kenangan yang pernah terukir cantik. Kenapa lelaki ini mampu membuatkan jantung Faraneesha berdebar sama seperti ketika dia bersama Luqman?

"Neesha, saya betul-betul sayangkan awak. Tapi saya tak tahu sama ada awak sayangkan saya sebab saya ataupun kerana saya adalah pemilik hati Luqman!" - Nazreen

Sudut Ilmu :

Dalam novel ni Naila Farafeesa telah disahkan menghidap penyakit Systemic Lupus Erythematosus (SLE). Penyakit apakah itu? Jadi kt sini aku nak kongsikan sikit info berkenaan penyakit ni..

Systemic Lupus Erythematosus atau SLE

Adalah penyakit kronik berpanjangan yang berlaku akibat kecelaruan sistem pertahanan tubuh membabitkan sistem auto imun badan apabila sistem pertahanan menyerang tubuh. Sistem pertahanan tubuh adalah rangkaian sel yang bertindak melindungi tubuh daripada serangan benda asing.

Penyakit ini adakala sukar di diagnos pada peringkat awal kerana gejala-gejalanya tidak begitu ketara. Ini kerana gejala awal penyakit SLE tidak spesifik termasuk rasa letih, lesu, demam, sakit sendi dan keguguran rambut. Kebanyakkan pesakit SLE (70 hingga 80 peratus) mengalami masalah kulit. Selalunya bahagian muka akan terjadi ruam yang dikenali sebagai malar rasa atau butterfly rash. Ruam ini terjadi di bahagian pipi dan hidung. Oleh kerana bentuk ruam ini mempunyai bentuk sayap rama-rama, ia juga dikenali sebagai butterfly rash.


Faktor-Faktor:
  • Faktor genetik - meningkatkan kecenderungan menyebabkan masalah auto imun dan penyakit auto imun seperti lupus, rheumatoid arthritis dan kekacauan imun tiroid.
  • Sesetengah saintis percaya sistem imun dalam lupus mudah distimulasi oleh faktor luaran seperti virus. Kadangkala simptom lupus lebih buruk apabila pesakit terdedah pada cahaya matahari. 
  • Banyak ubat-ubatan dilaporkan menjadi pencetus SLE. Kebanyakkan ubat ini dikatakan menstimulasi sistem imun.
  • Sistem hormon wanita juga dikaitkan dengan SLE. Hubungan hormon dengan SLE bagaimanapun masih dalam kajian.
  • Mutasi genetik yang menganggu sistem "pembuangan sampah" dalam tubuh dikaitkan dengan permulaan SLE.

Gejala/Tanda-tanda:
  1. Ruam merah atau perubahan warna pada muka. Biasanya berbentuk rama-rama pada hidung dan mata.
  2. Sendi membengkak dan sakit.
  3. Demam tanpa sebab.
  4. Sakit dada ketika menarik nafas panjang.
  5. Kelenjar menjadi bengkak.
  6. Keletihan yang berlebihan.
  7. Keguguran rambut yang luar biasa (terutama di atas kepala).
  8. Jari tangan atau kaki menjadi pucat @ berwarna ungu kerana kesejukan @ tekanan.
  9. Sensitif terhadap matahari.
  10. Sel darah rendah.
  11. Kemurungan, sukar menumpukan perhatian @ masalah ingatan.
  12. Ulser mulut.
  13. Sawan tanpa sebab.
  14. Masalah mental.
  15. Keguguran yang kerap.
  16. Masalah buah pinggang.
Sebenarnya ada dua jenis lupus - pertama dan yang paling lazim adalah Discoid Lupus Erythematosus (DLE) yang hanya menjejaskan bahagian kulit yang terdedah manakala jenis yang lebih serius dipanggil Systemic Lupus Erythematosus (SLE) yang menjejaskan sistem tubuh termasuk kulit.

Bentuk rawatan Lupus perlu menumpukan kepada kesan sampingannya. Tiada penawar untuk penyakit ini, jadi perkara yang mampu dilakukan pesakit adalah dengan mengurangkan gejalanya. Ubat anti keradangan diberikan untuk kesakitan arthritis begitu juga pleuris. Ruam kulit boleh dibantu dengan corticosteriods, yang biasanya datang dalam bentuk krim atau losyen, bukan sahaja untuk menghilangkan ruam tetapi juga melegakannya. Gegala yang teruk perlu diperiksa oleh pakar menerusi pemantuan yang rapi terhadap jenis gejala lain selain pelbagai cubaan ujian dilakukan bagi mengesan jenis rawatan paling berkesan.

Tu dia aihhh!...panjang lebar dah aku share ilmu berkaitan penyakit SLE ni..tp kalau nak tahu lebih detail kena rajin-rajin la  bertanya kt pakcik Google ye.. macam-macam ada.!


Sumber diperolehi :
Berita Harian
UKKP UniMAP

Sebenarnya SAYA ISTERI DIA!

Assalamualaikum.. kawan2, first day selepas bercuti selama 3 hari kan, jadi apa yg korang buat cuti 3 hari tu?..mcm yg kita tahu ahad 16 Sept tu jatuh hari sambutan Hari Malaysia jadinya cuti ganti dibawa ke hari Isnin.. so korang bangga tak menjadi warganegara Malaysia? Kalau tanya aku mesti lah bangga sbb aku bertuah dilahirkan dalam negara yg aman makmur ni..jadi sebagai anak Malaysia harus dan perlu kita bangga dan menikmati segala kemakmuran yg ada ni.. sbb kita adalah antara manusia yg beruntung dilahirkan di Malaysia berbanding mereka-mereka yg dilahirkan dalam negara yg bergolak dengan peperangan, politik dan juga isu kemiskinan.

Haisssh.. panjang pulak mukadimah aku hari ni..eik, dah ada unsur-unsur patriotik la pulaknya..tapi tak salahpun kalau nak berpatriotik sebab harus pun. Oklah sebenarnya aku nak update pasal novel..dah alang-alang ada kawan pulangkan novel yg dia pinjam beberapa minggu lepas.. hahah beberapa minggu lepas tu yg tak tahan.. sbb apa dia kena ambik masa nak khatam novel setebal 897 muka surat.. Kali aku nak sharing sekali la beberapa isu yg berbentuk ilmu yg boleh dikaitkan dari novel ni.. tapi apapun jom kita layan sinopsis novel ni dulu.. ehhh! sebelum aku terlupa tajuk novel ni "Sebenarnya SAYA ISTERI DIA!"..


Ahaaaa. tajuk pun dah ala-ala unik kan? jadi mari kita baca sikit sinopsis dia yg lebih kurang mcm ni..


CINTA pertama tidak semestinya akan bersatu walaupun masing-masing berjanji untuk hidup bersama. Itulah yang terjadi pada Syafa Aqira dengan Farish Adryan. Cinta yang pernah dipupuk sejak zaman universiti lagi akhirnya terputus di tengah jalan apabila Farish bertekad untuk memutuskan hubungan itu lantaran satu peristiwa hitam yang terjadi pada satu majlis yang dihadiri oleh mereka berdua.


"Aku buat semua ni kerana mama. Dan kau tu sepatutnya bersyukur sebab aku selamatkan maruah kau." - Firash Arshad.
"Ya, aku tahu Firash. Sepatutnya aku bersyukur sebab kau sudi kahwin dengan aku." - Syafa Aqira.

Laluan untuk mengharungi sebuah perkahwinan tanpa cinta bukanlah sesuatu yang mudah buat Syafa Aqira. Kehidupannya sebagai isteri langsung tidak dipedulikan apatah lagi perkahwinan mereka dirahsiakan atas permintaan Firash. Namun dia reda kerana kesibukan lelaki itu masih bergelar pelajar walaupun setiap kata-kata sini yang terbit dari mulut Firash ditelan dengan rasa terbuku di dalam hati.

Dan kala rasa sayang dan cinta mula hadir, ada saja dugaan yang datang menimpa. Kehadiran abang tiri dan adik tirinya yang tidak disangka-sangka mengeruhkan rasa cinta yang mula terbina. Syafa akhirnya pergi membawa diri dengan hati yang terluka. Firash jadi nanar. Hidupnya serba-serbi tidak kena. Bagi Firash, Syaf adalah anugerah terindah di dalam hidupnya. Dia sanggup untuk berbuat apa saja demi mendapatkan kembali kepercayaan dari isterinya itu.

"Siapa nak tidur atas riba awak? Please lah! Tak ingin pun!" - Syafa Aqira.

"Betul ke tak ingin? Dulu okay aje sampai lenguh paha nak menanggung kepala awak. Takkan awak dah lupa kut?" - Firash Arshad.

Namun apakah cinta mereka akan kembali bersatu? Bagaimana pula dengan kisah adik beradik tiri Firash? Dan apakah bahagia akan terus menjadi milik mereka?
 

"Titik-titik duka yang pernah kau taburkan dulu, lama-kelamaan bercambah
menjadi sejuta rasa yang tak mampu untuk aku ungkapkan."

Sudut Ilmu:

Apakah itu Dadah? :

Dadah atau "drug" adalah bahan atau kimia yang amat merbahaya kepada individu yang menggunakannya kerana ia mengubah cara minda dan tubuh manusia berfungsi. Banyak hal yang berkaitan dengan dadah sentiasa menjadi bahan dalam berita.

Menurut Kamus Dewan Melayu - Inggeris, makna perkataan "drug" bermaksud ubat-ubatan. Walaupun demikian, untuk memberi takrif penyalahgunaan kepada "drug", perkataan "use", "misuse" atau "abuse" perlu digunakan bersama-sama dengan perkataan "drug". Contohnya "drug abuse" atau "misuse of drug" yang membawa maksud penyalahgunaan dadah.

Dadah merupakan satu istilah khas yang merujuk kepada sejenis bahan yang mendatangkan kemudaratan kepada kesihatan seseorang dari segi fizikal, mental dan emosi serta tingkah laku pengguna apabila digunakan. Akibat daripada kesan ini, seseorang yang menyalahgunakan dadah akan menjadi ketagih dan akan terus bergantung hidup kepadanya. Tanpa disedari, anda sendiri mungkin telah menggunakan beberapa jenis dadah dalam hidup anda.

Namun demikian, beberapa jenis dadah adalah dadah yang dilarang pengambilannya kerana dadah ini mengakibatkan ketagihan dan masalah-masalah kesihatan, sosial, ekonomi dan sebagainya. Oleh itu Kerajaan Malaysia telah menyenaraikan dadah ini di dalam Akta Dadah Berbahaya 1952 untuk mengharamkan penanaman, pengeluaran, pengedaran, import, eksport, pemilikan dan penyalahgunaan dadah seumpama ini.


Jenis dadah seperti seperti kokain, ganja, heroin, syabu dan “ecstasy” diambil untuk mengubah perasaan fikiran anda. Dadah-dadah ini juga dikenali sebagai”dadah yang disalahguna”.

Dadah merujuk kepada sejenis bahan kimia psikoaktif yang mempunyai ciri-ciri seperti berikut : 
  • Mempunyai kesan paling ketara ke atas saraf pusat (otak dan saraf tunjang) 
  • Digunakan bukan untuk tujuan perubatan dan penggunaannya adalah dilarang
  • Diperolehi secara haram
  • Membawa kepada pengantungan fizikal dan psikologikal dan meningkatkan daya tahan terhadap dadah
  • Mendatangkan kesan-kesan buruk dan bahaya ke atas kesihatan dan fungsi sosial seseorang.
Jenis-Jenis Dadah
Setakat ini , dadah boleh dikategorikan kepada beberapa jenis seperti berikut :
  • Opiat dan Opiat sintetik
  • Stimulan
  • Ganja
  • Halusinogen
  • Depresen
  • Ubat-ubaan dan bahan-bahan yang disalahguna.  
Hah itulah sikit sebanyak pasal apa itu dadah.. kalau nak tahu lebih lanjut jenis-jenis dadah sila klik link ini.
Ok setakat ini utk hari ni.. kalau ada yg baru nanti aku update dan kita share sudut ilmu lain pulak ;)

Kahwin Ganti

Assalamualaikum kawan2.. sihat? lama kan tak update blog ni.. sibuk je akhir2 ni, mmg tak sempat dibuatnya. Rasanya dah lamakan aku tak update pasal novel yang bestkan? ok aku update satu  buku yang aku rasa best dan menarik untuk aku kongsikan.. Pernah dengar dan biasa dengar pasal kahwin ganti? penah dengar tapi susah nak kuar atau dipublish kat mana-manakan?.. so mari kita layankan novel Kahwin Ganti ni...
Biar berapa kali dia datang dan pergi,
kasihku tetap kepadamu...
Novel Kahwin Ganti ni merupakan Idea karya dari penulis bernama AIFA BATRISYA.. aku share la serba sedikit sinopsis dari novel ni..



Luqman Hakim
Perempuan yang bertudung semuanya sama! Nampak baik, tapi hati busuk! Cinta konon! Ada apa dengan cinta? Dah bercinta, nak kena setia. Punyalah setia, kena tinggal juga! Jadi seperti dia juga senang. Tempoh untuk berkawan dengan perempuan, hanya satu bulan. Cukup masa, tukar yang lain. Muda lagi kut! Enjoy la!

Nuqman Hakim
Bertunang, banyak dugaannya. Ramai yang tunan dengan orang lain, tapi nikah dengan orang lain. Nikah terus lagi senang. Lepas ni, boleh fokus pada belajar. Bukan macam mamat seorang tu, sibuk ke hulu dan ke hilir heret perempuan yang bukan muhrim. Macam manalah ilmu nak berkat kalau dok sibuk buat perkara tak senonoh!

Mya Zara
Bila berdua dengan lelaki itu, bayangan Nuqman selalu saja nampak pada dirinya biarpun perangai mereka ternyata berbeza. Tapi, bila wajah itu tiada di hadapannya rindu pula mula menghimpit diri. Dia sendiri tak pasti sama ada itu adalah cinta atau sekadar kerana taat setia pada yang sah memilikinya.

"Awak suka saya tak?" - Mya Zara
"Aku.. aku suka Dibo!" - Luqman Hakim

Takdir Alllah telah menuntukan jodoh di antara Luqman Hakim, pelajar tahun akhir Kejuruteraan Kimia yang kasanova, dengan Mya Zara tutor mudanya yang juga bakal kakak iparnya tatkala Nuqman Hakim menghilang secara tiba-tiba.


"Sebab dia adiklah, abang akan buat macam tu. Abang akan paksa dia ceraikan Zara dan pulangkan semula Zara pada abang. Tak selamanya dia boleh rampas semua hak abang. Kali ini abang akan bertegas. Sama ada dia suka atau tidak, Zara mesti jadi hak abang!" - Nuqman Hakim


Mampukah istana yang dibina atas dasar gantian bertahan hingga ke akhirnya? Berjayakah Mya Zara mengubah persepsi Luqman tentang perempuan dan cinta?


Haaa.... dah baca sinopsiskan? agak-agak menarik tak? kalau nak menarik atau tidak kenalah beli, sebab setiap naskah sebuah karya tu tak semestinya menarik untuk dibaca oleh orang lain.. al-maklum orang kata lain orang lain la seleranya... lain manusia lain la juga pendapatnya betul tak?

Jadi kalau nak tahu apa kesudahan kisah dua saudara kembar ni.. kenalah baca.. tak kisahlah sama beli atau dipinjam dari perpustakaan, janji anda baca. Barulah trill sket dan puas dihati kan?

Jangan Terlalu Susah Hati...Tazkirah sebentar!

Assalamualaikum kawan2.. dah berapa hari aku tak update blog ni dek kerana sibuk ngan keje & study.. ntah nape akhir2 ni mcm tak terurus dah masa aku, agaknya sbb banyak sgt kot masalah yg dok kelam kabut dlm hidup aku sejak akhir2 ni.. Tapi apa pun jom aku nk kongsi sikit tazkirah utk kalam rohani kita.. walaupun aku ni bukan la bagus dlm bab agama tp sekurang sebagai peringata tuk diri aku... tp tak salah jugak aku kongsikan.. betulkan?

Jangan terlalu susah hati dengan urusan dunia.
Akhirat itu lebih utama dan hidup di sana lebih lama dan kekal selamanya.

Jangan sengaja lewatkan solat.
Perbuatan ini Allah tidak suka. Kalau tertidur lain cerita.

Jangan tidur selepas solat Subuh, nanti
ReZeki mahal (kerana berpagi-pagi itu membuka pintu berkat).

Jangan makan tanpa membaca BISMILLAH dan doa makan.
Nanti rezeki kita dikongsi syaitan.

Jangan biarkan mata liar di perjalanan.
Nanti hati kita gelap diselaputi dosa.

Jangan menangguh taubat bila berbuat
dosa kerana mati boleh datang bila-bila masa.

Jangan ego untuk meminta maaf pada
ibubapa dan sesama manusia kalau memang kita bersalah.

Jangan mengumpat sesama rakan 
taulan. Nanti rosak persahabatan kita, hilang bahagia.

Jangan lupa bergantung kepada ALLAH
dalam setiap kerja kita. Nanti kita sombong apabila berjaya. Kalau gagal kecewa pula.

Jangan bakhil untuk bersedekah.
Sedekah itu memanjangkan umur dan memurahkan rezeki kita.

Jangan banyak ketawa. Nanti mati jiwa.


Jangan biasakan berbohong, kerana ia adalah
ciri-ciri munafik dan menghilangkan kasih orang kepada kita.

Jangan suka menganiaya manusia atau haiwan. Doa
makhluk yang teraniaya cepat dimakbulkan ALLAH.

Jangan mempertikaikan kenapa ISLAM itu berkata JANGAN.
Sebab semuanya untuk keselamatan kita. ALLAH lebih tahu apa yang terbaik untuk hamba ciptaanNya.

Jangan Baca & Biarkan sahaja ilmu ini, Sebarkan kepada semua saudara islam yang anda kenal... !!!



Wassalam

"Sebarkanlah ajaranku walau satu ayat pun" 
(Sabda Rasullah SAW).

Anor & Meow kembali...

Assalamualaikum kawan-kawan, korang sihat? harapnya korang sihat la ye kan.. skrg tengah musim open house lagi, jadinya banyak ke korang gi beraya, ada yg kutip duit raya tak? kalau banyak jgn lupa menyimpan ye.. okla aku dh lama x update komik jawi Anor & Meow, jom kita layan la gelagat dorang tu..

Ni kisah masa dlm bulan ramadhan

Anor & Kisah Pak Sudin Pendekar Bujang Lapok

Org lain Puasa Meow yg kenyang!


hihihi... seronokkan melayan komik ni. Aku sendiri kadang tergelak sorang2 tau... ;)