Ramadhan Lagi

Assalamualaikum kawan2.. wah hampir 2 minggu nk mengupdate cerita kt blog, aku teramat sibuk terutama bila kena ambik cuti seminggu lebih menolong mak aku niaga kat bazar ramadhan disebabkan secara kebetulan ayah aku tak sihat... jadi bila dh sebut bazar ramadhan maka automatik yg ada kt fikiran adalah puasa & makanan..Makanan???

Macam biasa seperti tahun2 yg lepas2 orang tua aku meniaga kat bazar ramadhan pekan Sungai Besi selain daripada meniaga kt tapak meniaga bukan dibulan ramadhan..dan biasalah kalau dh nama bazar ramadhan tu memang banyak la gerai-gerai peniaga yg dibuka.. antara yg boleh kata femes kt bazar ramadhan sungai besi, Air soya panas gerai orang tua aku, Roti John, Sup Gear Box, Murtabak, Nasi Briani & Laksa..tahun ni yg pasti aku perasan ada lg pertambahan gerai baru dengan menu yang baru..


Inilah dia gerai Orang Tuaku
Air Soya Panas  + Air gula (dibungkus berasingan) - sebungkus besar RM 3.00 shj 
Air soya ni original handmade hasil air tangan orang tuaku..



Yang ini Taufu Fah Gula Merah & Putih - RM 1.20 satu tupperware
 

Bagi yang mencari laksa buyong (kuahnya je la...) boleh cuba cari gerai pakcik ni, gerai dia siap ada jual cucur udang berkuah kacang.. nyummy2x

Gerai Laksa Utara a.k.a Laksa Buyong

Yang peminat roti john nak cari roti john sedap leh la cari gerai brader baju merah ni.. tak susah nak cari.. sebelah gerai orang tua aku je..ehehehe



Roti John Ayam


Tapi kalau nak cari murtabak yang sedap, inti tebal memang aku rekemen la gerai  murtabak yang brader pakai spek mata itam ni...(sbb panas dok bakar murtabak kena pakai spek...)


Gerai Murtabak & Gerai Roti John

Anor & Meow lagi

Hai salam petang yg sejuk beku (sbb dok dlm ekon yg sejuk tahap peti sejuk beku)..huhuhu..nak share pasal Anor, Meow & anak sedaranya si Afi..  apa la lgi peel dorang ni.. mari kita layankan.


Anor & meow : Tersalah

Anor & Meow : Baju Raya


Shawl Salsabila CitrAida

Assalamualaikum kawan2.. ok ari ni saje la nak selit sikit produk bisnes, tak de la besar cuma baru nak cuba2 jual.. alah bukan product ape pun, khas tuk org pompuan je pun..nak cuba jual shawl dulu

Shawl ni sbenarnya produk CitrAida iaitu yg diasaskan oleh Aida ikon Gadis Melayu musim pertama..Mari kita tengok

Salsabila Tiger 01- Dark Orange
Salsabila Tiger 02 0- Navy Blue

Salsabila Tiger 03 - Orange

Salsabila Tiger 04 - Dusty Pink

Salsabila Tiger 05 - Silver Grey
 Menariknya material untuk shawl ini ada daripada fabric Chiffon Silk yang mana ianya mudah untuk dibentuk..harga pun tidak terlalu mahal...

Harga : RM 39.00 (termasuk postage utk semenanjung), Sabah & Sarawak cuma tambah RM 5.00 utk kos postage.

Sekiranya berminat sila boleh email pada terus kepada  : sueaqmal78@gmail.com atau boleh terus inbox Facebook Shelly Nelly
 


Anor & Meow

Assalamualaikum kwn2.. nampaknya hari ni boleh katakan dekat satu hari aku tak sempat update blog gara-gara banyak sgt kerja yg nak disettlekan... jadinya petang ni aku sempat update komik jawi Anor & meow je, macam biasa.. Jom la kita layan komik ni di petang yg lemau...


Anor & Meow : Terlupa


Kesian Anor.. gara-gara meow lapar sampai terlupa nak tekan suis periuk nasik elektrik.. lagi kesian kt mak Anor...balik penat-penat kononnya dah leh makan.. akhirnya yg kekenyangan jugak si meow...
Meow-meow macam2 hal ye kamu.. ;)

Anor & Meow lagi..

Assalamualaikum semua.. ni mood tgh rajin nk keje tapi ttiba plak baru terperasan keje2 aku tgh under status "CURRENT" tuk sementara waktu (sementara je tau..bkn selama2nya!).. hmm spoil kejap mood rajin.. (ye la tu rajinnn).

Dan disebabkan aku rajin + keje tak ade, jadinya aku update sket blog ni dipagi yg indah nyaman beku ini (sbb aku sedang kebekuan gara2 opis aku sedang bertukar menjadi Frozen Fridge!)..apa la aku meraban ni.. ok balik pd kisah nak update.. mcm biasa aku nk update cite komik favourite aku skrg.. komik jawi Anor & Meow.. saba suka meh la kita layan komik ni..
Anor & meow : Salah Tempat

Oooo.. merajuk ngan Afi rupanya si meow ni tp tu la kan, tak pasal pulak kena tuduh ngan Anor nak curi ikan walhal meow tak tahupun.. hahahaha

Hah ni satu kisah lagi.. kali si Anor pulak.. ingat Afi ngan meow je yg selalu wat perangai pelik2, rupanya dia pun ada perangai pelik .. Meh kita tgk Anor..

Anor & Meow : Terkena sudahhhh!

aduiii. mcm2 kan? akhirnya kena jgk gi buat susu Afi kt dapur.. itulah niat tak baik kan mcm tu la jadinya...

Sesuatu yg sukar dipermudahkan...

Assalamualaikum & selamat petang kawan2.. td dalam aku dok jalan-jalan kat Facebook profile aku, tiba-tiba terpandang la kat satu share dari sahabat FB ku cara mudah utk menghafal halaman Al-quran.. hmm sesuatu yg menarik untuk aku kongsikan kat sini..

sambil aku dok baca formula tu.. ada jugak la aku terpandang komentar yg ada kt sharing tu.. ada yg ckp formula tu dah lama, tidak lagi dipraktikan la tp kalau aku baca balik kt situ sudah terang dinyatakan bahawa formula itu cuma untuk Al-Quran yang standard sahaja... ok tak payah nak cite banyak.. mari kita lihat & hafal, kalau boleh praktikkan sekali..



Ok formula dia mcm ni..


Contoh 1

Sekiranya kita ingin mencari Juzu' 5 berada dihalaman yang keberapa caranya adalah:
5 -1 = 4,
no 4 ini perlu di darabkan dengan 2 (4 x 2 = 8)Letakkan no 2 selepas/akhir pada jawapan *82* , maka juzu'5 berada pada halaman 82

Tak percaya sila rujuk kepada pada Al-quran dan cari halaman tersebut... menarik bukan?

Seterusnya kita tgk pula lain

Contoh 2
Ingin mencari Juzu' 10 di halaman berapa gunakan formula yg sama
10 -1 = 9,
no 9 ini perlu di darabkan dengan 2 (9 x 2 = 18)
Letakkan no 2 selepas/akhir pada jawapan *182* , maka juzu'10 berada pada halaman 182



Contoh 3
Ingin mencari Juzu' 23 di halaman berapa gunakan formula yg sama
23 -1 = 22,
no 22 ini perlu di darabkan dengan 2 (22 x 2 = 44)
Letakkan no 2 selepas/akhir pada jawapan *442* , maka juzu'10 berada pada halaman 442


Indahkan? sehingga sebegitu sekali Allah swt sediakan kita suatu formula yang kita sendiri tidak terfikir bahawa ada jalan untuk melakukan sesetiap apa kerja @ tujuan.. Menakjubkan sekali, jadinya janganlah kita pula lupa untuk menyebarkan ilmu ini kepada anak-anak kecil supaya mereka akan tertawan untuk mencintai dan membaca al-quran Qallam suci allah..


Anor & Meow

Kalau komik sebelum ni, meow tunjuk perasaan bila Anor tak layan dia sampai tersepit celah kerusi rehat tu.. kali kisah meow & anak sedara Anor si Afi yang nak minta maaf dgn Acik Anor.. tapi dorang frust.. jom kita tgk muka ketat Afi & meow... :D

Anor & Meow : Mintak Maaf

Siankan Afi & Meow.. beriya2 nak mintak maaf sekali Anor tido dengan nyenyaknya.. hhihihi

Ok ni ada satu lagi.. kalau tadi Afi & meow cuba nak minta maaf tapi achik Anor tido... masih pasal tido tp kali ni mcm mana Afi terkantoi dengan achik Anor minta tolong meow tido dlm buai... hehehe...
Macam mana la ye agaknya Afi terkantoi...

Anor & Meow: Afi terkantoi
sian Afi, konon ingat dah bijak rupanya terkantoi jugak.. 
Apa pun memang seronok dibuatnya aku membaca komik ni... I'm Fall in Love with this comic...sila like Facebook Stray Cats Lover

Bingkisan kecil

Salam dipetang hari ni.. tak tau nak cerita apa petang-petang hari ni.. jadinya mari kita kongsi bingkisan tazkirah @ peringatan kecil, kita ni sebagai umat manusia walau sejahat mana, walau sejahil mana.. rasanya selagi iman dalam diri kita tu ada rasanya buruk baik tu kita masih lagi boleh fikirkan..dan walau segunung sekalipun kejahatan yang dilakukan oleh seseorang itu satu hari ianya akan kembali  pangkal jalan..

Jadinya walau orang itu dianggap jahil tidak bermakna dia tidak boleh berkongsi sedikit ilmu walau apa pun orang lain kata, walau apa orang perlekehkan.. Mari kita renungkan sedikit bingkisan ini...
Pesanan Ustaz Don

Renungan bersama

Anor & Meow

Assalamualaikum sahabat blogger sekelian.. salam 1Malaysia. Pagi ni saje nak share lg pasal Anor & Meow, tapi kali ceritanya pasal meow cuba dapatkan perhatian Anor selepas kes terkantoi selongkar cari aiskrim aritu.. Tp cian kat meow, Anor tak nak layan dia...jadi mari kita tgk ape reaksi meow...


Anor & Meow : Tunjuk perasaan
Aduhaii.. meow oh meow, kononnya nak tunjuk perasaan la kt Anor bila tak dilayan sudahnya.. hahahah tersepit.. kesian ngan meow.. perhatian tak dapat tapi sakit yg dapat...sabar la meow ye.. ;)

Resepsi Irma & Redza by Moment Effects - Sebelah Lelaki

Hai-hai...kalau beberapa hari lepas kita dah skodeng gambar-gambar perkahwinan Irma & Redza sebelah pihak perempuan hasil kerja dari The Kliker l Wedding & Portrait Photography. 

Itu kisah semasa majlis akad nikah & resepsi di sebelah pihak Irma.. kali  ni kita layan pulak gambar-gambar resepsi sebelah Redza oleh
Moment Effects.
Sila like page Moment Effects.

 

Dalam Diam Ada Cinta

Mellisa cuba mengubah perwatakannya menjadi lebih baik seperti adik kembarnya. Namun, sehebat mana pun persamaan wajah dan sifat mereka, Mellisa tetap Mellisa dan tak mungkin dia dapat menggantikan tempat adik kembarnya. Ikmal cintakan Wirdayu, bukan mellisa. Namun demi menggembirakan hati seorang ibu, dia akur. Hidup Mellisa makin kelam-kabut bila dia dengan rela hati ingin membantu kawan Haris yang dalam kesusahan. Dia perlu berlakon menjadi teman wanita Hakimi untuk satu malam. Hati makin gelisah apabila jejaka yang disangkakan 'gay' itu meluahkan cinta kepadanya. Mellisa hilang kata-kata. Betulkah Hakimi mencintainya? Atau dia hanya menipu untuk menutup perangainya itu? Antara Hakimi dan Ikmal, siapa perlu dia pilih?

MELLISA
"Biar betul ni? Takkan sampai jadi macam tu? Hisy, dah tak tahu hukum hakan agama ke mamat ni?"
IKMAL
"Awak tak mungkin gantikan Ayu. Awak dengan Ayu berbeza."
HARRIS
"Itulah jawapan kau, aku tak bersedia nak keluar dengan mana-mana perempuan. Dah dua tahun kau bagi jawapan yang sama. Kalau macam nilah cara kau, tak kahwinlah kau sampai bila-bila."
HAKIMI

"Lisa, kau dah tak betul ke apa? Takkan aku dengan Adi nak.. Hiys! Are you out of your mind? Macam mana kau boleh fikir aku dengan Adi macam tu?"

KARYA AYUMA UMAIRAH

~Nota Ayuma Umairah~:
Novel ini lahir daripada angan-angan saya tentang watak Mellisa dan Wirdayu. Daripada situlah watak-watak mereka berkembang dan saya turut mengaitkan watak mereka dengan watak-watak yang saya kenal dalam alam realiti. Watak-watak mereka seringkali bermain dalam fikiran saya dan akhirnya saya mengambil keputusan untuk menulis dan menghasilkannya menjadi novel.

Penghujung Cintaku - Pasha ft. Adelia

Hai kawan-kawan bloggerku..kalau hari tu aku share lirik & video dari Akad Nikah Irma Hasmie tu..bertajuk "Jalan Cinta" nyanyian Sherina Munaf, hari ni aku nak share satu lg lagu dari video pre wedding beliau yg karya Awan studio iaitu dendangan Pasha ft. Adelia.. iaitu "Penghujung Cintaku". Sesuai sungguh kan lagu latar ni di muatkan dalam video pre wedding Irma tu.. apa pun good jobs utk Awan Studio. Jom kita like page Awan Studio.


Apapun mari kita layan lagu ni.. sungguh indah sekali untuk mereka-meraka yg akan menjadi pengantin, sedang di alam bertunang @ ada niat untuk akhiri zaman bujang..aku dedicated khas untuk kalian.. ;)


L: 
Berakhir sudah pencarian cintaku
Jiwa in tak lagi sepi
Hati ini telah ada yang miliki

P: 
Tiba diriku di penghujung mencari cinta
Diri ini tak lagi sepi
Kini aku tak sendiri

* L:
Aku akan menikahimu
Aku akan menjagamu
ku kan selalu di sisimu
Seumur hidupmu

**P:
Aku akan menyayangimu
Ku kan setia kepadamu
Ku kan selalu di sisimu
Seumur hidupmu

Tiba diriku di penghujung mencari cinta
Hati ini tak lagi sepi
Kini aku tak sendiri

repeat : **
           *
 Ku kan selalu di sisimu
Seumur hidupmu (Seumur hidupmu)
Seumur hidupmu (Seumur hidupmu)
Seumur hidupmu...


Anor & Meow

Hai blogger, salam sabtu... apa program korang petang sabtu hari cuti cam gini? Bosan? ada date? hahah kalau ada date tu, biar la date betul2 ye.. jgn lebih-lebih yea ;)
Orite nak kali ni mari kita tgk ape aktiviti Anor & Meow.. seronok sebenarnya melayan komik jawi ni..dalam mendalam bahasa jawi sambik kita bergelak ketawa..jom kita..

Anor & Meow : Terkena!
Aduhai!!! kesian meow terkena.. orang lain yang buat orang lain yg kena marah.. anak sedara Anor pun sama, pandai tu cover lain.. lari masuk dlm buaian.. haha!

Sepupuku Suamiku

Hai blogger ku.. (w/pun tak ramai follower), rasanya dh lama tak update pasal novel kan..Kali ni aku update satu novel.. cumanya aku tak pasti sama ada baru atau lama, pada aku janji jalan cerita dia best.. mari kita layan sinopsis dia..


Siapa kata kawin dengan sepupu sendiri tak boleh bahagia? Kalau dah cinta, anjing dan kucing pun boleh hidup bersama. Nana dan Hisyam telah membuktikannya. Walaupun perkahwinan mereka hanya kerana ingin menjaga maruah keluarga, tetapi meraka masih mampu hidup bahagia. Cinta yang disemai semakin hari semakin segar mewangi.

Tetapi entah di mana silapnya, badai tak henti-henti melanda. Satu per satu dugaan mendatang hingga merobek tangkai hati mereka.


Si kekasih datang menuntuh janji. Nana tak dapat bertahan. Andai perpisahan sudah ditakdirkan buat mereka, dia pasrah.

Bagi Hisyam pula, andai bercerai badan sekalipun cintanya tetap utuh buat Nana. Tiada cinta lain baginya. Hani hanya perosak. Johan hanya datang menganggu. Tidak goyah walau sedikitpun cintanya buat si isteri.

Ketaasuba cinta Hani pada Hisyam tak dapat disangkal. Pelbagai cara dilakukan agar Hisyam kembali semula padanya. Makin kuat Hisyam menolak, makin kuat dia menarik. Demi cinta, andai terkorban diri sekalipun dia sanggup.

Johan juga begitu. Dalam hatinya hanya ada Nana. Selagi Nana tidak menjadi miliknya, selagi itulah dia akan terus berusaha.

"Abang, hati Nana hanya ada satu. Sekali Nana jatuh cinta, untuk selamanya hati Nana kat orang tu. Nana harap abang mengerti."

Mampukah mereka menepis segala rintangan yang mendatang? Mampukah mereka membina impian seperti yang diangankan? Berpeganglah pada janji Tuhan dan percayalah pada kuasa cinta.

Andai kau tercipta untukku, kita tetap akan bersatu walau terpisah seribu tahun.