Bila Hati Ingin Tuntut Ilmu Hingga Negeri China

Hari ini menjadi langkah permulaan bagi aku untuk nak kembali menjadi seperti mereka-mereka yang sedang berjuang dalam menimba ilmu, hidup aku hari ini penuh dengan keceriaan bila permohonan aku untuk menyambung pengajian semula kat sebuah Universiti telah berjaya dan hanya menunggu surat tawaran untuk pendaftaran.. Alangkah bahagianya hati aku..actually ada sebab kenapa aku gembira bila permohonan untuk sambung pengajian ini diterima..aku nak buktikan pada mereka-mereka (adalah dikalangan sedara mara aku) yang memandang hina pada aku bila kelulusan aku hanya setakat "lower 6" dan tidak seperti anak-anak mereka yang telah ada kerjaya dengan pangkat dan gaji yang besar.

Sebenarnya bukan aku saja-saja belajar tak pandai tapi kita kena tahu setiap apa yang kita terima tu adalah ketentuan daripada Allah SWT.. Masa result SPM aku dulu tidak memberangsangkan, tidak bermakna aku bodoh atau malas, aku percaya kepada ketentuan Allah SWT. Ada sebab musabab kenapa dia jadikan kita gagal dan ada sebab kenapa ada orang diberikan kejayaan. Pada aku sebenarnya ada kebaikan apabila result SPM aku dulu tidak bagus sebab daripada situ aku ada keinginan untuk majukan diri dan buktinya hingga kini aku tetap belajar sambil bekerja..memang agak penat bagi aku bila melakukan 2 perkara dalam satu tapi hanya ini sahaja jalan untuk aku majukan diri..kerana kalau bukan diri kita sendiri siapa lagi? Tak akan ada kejayaan yang datang bergolek atau orang kata "bulan jatuh keriba". Dan ini merupakan pengorbanan aku untuk diri sendiri dan yang paling membanggakan diri aku perbelanjaan pengajian aku menggunakan hasil titik peluh usaha aku sendiri. Ini bermakna seandainya aku gagal tiada siapa yang akan memperkatakan "buat rugi duit mak bapak je!"

Sebenarnya aku telah mula menyambung pengajian secara part time bermula dengan Diploma dan ramai dikalangan sedara mara aku tidak tahu yang aku mempunyai kelulusan diploma kerana aku tidak pernah menghebahkan pada mereka. Pada aku biarlah mereka tahu bukan daripada mulut aku sendiri dan yang penting aku menamatkan pengajian peringkat diploma dengan keputusan yang memang aku banggakan kerana siapa sangka keputusan akhir aku cemerlang walaupun pada ketika aku menyiapkan assignment akhir, aku juga dihambat dengan kesibukan dalam menjayakan program besar melibatkan tempat kerja aku yang sememangnya dijalankan setiap tahun..alhamdulillah syukur aku.

Seperti yang telah dipesan oleh Rasullah S.A, tuntutlah ilmu hingga negeri China. Dan aku pegang pesanan Rasullah S.A itu bagi memajukan diri sebab untuk menuntut ilmu ni tak perlu berkira dengan peningkatan usia kita yang penting keinginan kita dalam mendapatkan ilmu itu sendiri dan insyaallah allah swt tidak akan menyusahkan umatnya yang berkeinginan kearah kebaikan..insyaallah. Pedulikan dengan kata-kata yang tidak memberansangkan atau memprovok minda kita untuk tidak terus maju. Aku tahu banyak dikalangan teman-teman aku tidak meneruskan pengajian mereka sebenarnya disebabkan mereka mendapat tentangan atau provokasi secara halus terutama mereka yang telah  berkeluarga. Seperti aku juga, ummi dan abah aku juga tidak bersetuju dengan keinginan aku untuk menyambung belajar, ummi aku boleh cakap "Cukup-cukup la dengan diploma yang ada tu" dan paling best adik ipar aku cakap " Kalau Akak belajar lagi, bila nak kisahkan kahwin, bila nak kumpul harta?" Tapi aku tetap teruskan juga sebab aku tahu ini adalah kepentingan untuk masa depan aku juga. Sementara aku belum kahwin ini aku nak susahkan diri dengan belajar.. kalau aku kahwin belum tahu lagi aku mampu uruskan 3 perkara dalam satu masa.. Jadi buat teman-teman kat luar kenapa kita fikirkan apa jua tentangan atau provokasi yang cuba melemahkan semangat dan keinginan kita nak menimba ilmu? Perlukan kepentingan menuntut ilmu untuk diri kita ditentukan oleh orang lain? Fikir-fikirlah wahai teman-teman sekalian.. Menuntut ilmu ini bukan satu kerugian atau kewajiban tapi adalah ibadah. Dengan ilmu lah baru kita tidak ditindak, ditipu, diperkotak-katikan oleh orang lain.

Dugaan & Cemburu Alam Pertunangan - Haruskah Tiada Kepercayaan!

Kali ni aku nak berkongsi sket cite tentang alam pertunangan. Nape aku nak cite pasal alam pertunangan sedangkan aku pun belum bertunang atau punyai hubungan dengan sesiapa..hahah.. actually cite ni timbul bila semalam ku tengah on FB sambil rileks jap lepaskan stress wat keje tiba-tiba tunang kepada adik lelaki aku menyapa aku thru chat FB..ok la sbb pada aku biasa la chat kat FB ni tapi rupanya dia ada hal yang nak dikongsi & tanya pendapat aku..

Aku cite sikit la pasal adik aku & tunang dia ni.. both of them ni bertunang pada Mac 2010, mereka berdua ni memang berkawan dah lama dari tunang adik aku ni sekolah lagi dan sekarang bertugas sebagai pendidik disebuah daerah di Johor. Macam mana mereka berdua kenal? adik aku merupakan kawan rapat kepada arwah abang tunang adik aku. Dalam masa mereka berkawan ni mereka pernah putus sekejap.. memang la family aku especially my mum bising jugak sbb putus, ya la dah lama dok usung-usung sana gi jalan, jalan-jalan kat umah kita semua dah.. Masa dia terputus ni mmg adik aku ada berkawan ngan budak perempuan lain & aku pernah jumpa this girl.. rupa-rupanya satu sekolah & duk blok sebelah rumah kita orang je.. tp tu la kalau dah jodoh lastly adik aku sambung balik dengan tunang dia then tak lama lepas tu dia orang bertunang..

Isu yang aku nak cite ni bila tunang adik aku ni mengadu pasal dia ada received copy sms yg diterima kat hp adik aku.. rupa-rupanya dia ada set hp adik supaya all sms thru my brothers hp will send copy or "CC" to her hp.. Adik aku tak tahu pasal.. Hmm hati aku terdetik rupanya dia spy adik aku ngan cara ni. Back to story 'bout sms tadi..tunang adik aku ckp sms tu drpda sorang perempuan nama "Sxxx" and then siap "berabang-abang" katanya. Dia cakap dia tak percayakan sgt adik aku sbb dia takut sejarah lama berulang.. Meaning is dia takut kes adik aku berkawan ngan perempuan lain then dia yang melepas.aduh! macam mana aku nak cakap ye.. serba salah dibuatnya sbb silap cakap nanti dikatakan sebelahkan adik sendiri.. Actually aku tak sebelahkan mana-mana pihak either my brothers or his fiance..

Apa yg menjadikan aku susah nak bagi pendapat bila tunang adik aku cakap dia geram kat adik aku sbb tipu & tak nak berterus terang kat dia pasal sms tu..aku tanya nape, dia ckp adik ku ckp dia tak terima sms tu pun... hmm susah jugak, aku cakap la pada dia, lelaki ni tak semua yang jenis suka bercerita melainkan mereka bersedia nak berkongsi bila dirasakan perlu.. nak2 lagi kalau kena paksa-paksa..Tunang adik aku x leh terima pendapat aku.. dia ckp susah sgt ke nak ckp & nape mesti nak tipu.Aduh..! susah aku dibuatnya..Conclusionnya pada aku.. Tunang adik aku ni dia susah nak terima bila tunang dia berkawan dengan perempuan lain dan kalau boleh setiap apa yang dibuat kena berterus terang ngan dia sedangkan adik aku pulak jenis tak suka nak kongsi apa-apa melainkan dia dia rasa perlu baru dia cite.. dah tu  pulak dua-dua type baran.. !

Inilah antara contoh rencah yang berlaku pada pasangan sedanga bertunang.. seperti yang kita tahu alam pertunangan ni mmg akan ada pelbagai dugaan yang perlu dihadapi jadi harus bersedia untuk terima semua tu dan apabila masalah atau gangguan berlaku dalam hubungan kedua-dua pasangan haruslah ada kepercayaan.. sbb bila kepercayaan tidak ada sudah pasti hubungan itu akan goyah sbb tiang kepercayaan tidak kukuh... Sebenarnya dugaan ni adalah antara pembelajaran  dalam mengenali diri pasangan masing-masing. Kalau ketika bertunang pun dah tak boleh nak handle masalah apatah lagi apabila sudah selamat diijabkabul...


Ya! orang akan tuding jari pada aku "awak belum bertunang & tak rasa, boleh la cakap macam-macam"... Memang kenyataannya aku tidak terikat dengan ikatan pertunangan lagi tapi satu hari nanti aku akan lalui juga, dan seperti yang kita tahu.. setiap apa yang ada didepan kita pastilah pelajaran.. dan pembelajaran tidak semestinya melalui buku tapi persekitaran kita dan juga pengalaman mereka-mereka terdekat bisa dijadikan panduan..Adakah perlu belajar mengendalikan masalah atau dugaan seperti ini apabila kita telah terikat sebagai pasangan bertunang? Sebenarnya dugaan seperti ini satu proses mematangkan diri sebelum melalui alam perkahwinan..Tak bererti bila ada gangguan atau dugaan semasa alam pertunangan akan terputus atau tiada jalan penyelesaian, harus diingat setiap keputusan yang dibuat harus dengan hati yang ikhlas tanpa dibayangi atau diselaputi marah, keputusan dalam keadaan diri yang rasional insyaallah akan menjanjikan keputusan yang terbaik tapi keputusan ketika diri dikuasai cemburu, marah dan juga kekecewaan biasanya akan merugikan diri atau menyebabkan diri kita sendiri berada dalam penyesalan.. 

Lagi satu cemburu dalam masa bertunang ni adalah perkara lumrah..aku petik tulisan dari buku  Motivasi Kasih Sayang : Dr.HM Tuah Iskandar Al-Haj bertajuk "Membina Rasa Cinta" Dalam bab Anda Wajib Cemburu. Dalam tulisan beliau: (Petikan ni telah aku edit/ringkaskan)
"Cemburu adalah satu keperluan masa silam , masa kini dan masa depan. Mereka yang hilang rasa cemburu sudah hilang manisnya rasa memilikinya.  Kita memang awajar berasa cemburu, patut berasa cemburu malah ada ketikanya wajib berasa cemburu. Cemburu membuat manusia terpelihara diri, memelihara diri dan berasa dipelihara ataupun diambil peduli. Tanpa rasa cemburu kita lebih layak dipanggil batang kayu sebab haiwan juga tahu berasa cemburu, inikan pula kita manusia yang telah dibekalkan ALLAH hati nurani.
Dari sudut psikologi, cemburu adalah motivasi untuk mencetuskan ras mahu bersaing, mahu mengatasi, mahu ada apa yang orang lain ada. itu positif.
Rasa cemburu  adalah lumrah tapi kalau sudah terlalu cemburu itu susah jadinya. Apalagi baru bertunang, belumlah ada apa-apa tanggunga kalau hendak disuluh melalui hukum agama. Namun cemburu itu satu keperluan kerana ia menandakan rasa tanggungjawab."
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------
Note : Apabila anda telah merelakan diri untuk dicintai oleh seseorang lelaki fahamilah juga bahawa anda sedang berjinak-jinak dengan keegoaanya sama.

Mimpi

Semalam aku tidak berkesempatan nak menulis berkenaan mimpi yang aku alami pada malam kelmarin dulu.. sebenarnya aku sendiri tak pasti sama ada entri berkenaan mimpi ini satu kebetulan atau  sekadar mainan tidur seperti teman-temanku perkatakan..



Kalau aku fikir-fikirkan mcm tak logik pun ada tapi itulah yang berlaku..mmg aku tak pernah bermimpi perkara seperti ini..itu membuatkan aku tertanya-tanya apa maksudnya..Aku bermimpi aku diberi amaran oleh seorang teman dalam erti kata lain "secret admire" aku yang selama ini aku tidak berlaku communication secara face to face as a friends..cuma dalam alam maya sahaja kami berkomunikasi. Apa yang pelik kenapa dia bagi amaran? bukan la amaran tu berbentuk ugutan cuma amaran untuk tidak lagi menganggu beliau baik secara berdepan atau di alam maya.. lebih kurang mcm ni la amaran yang aku terima "Awak jangan lagi ganggu saya, jangan hubungi saya sbb saya tak suka dan jangan sesekali awak ganggu saya.. faham?". Dan sudah pasti aku terkedu dan riaksi seperti :

1) Terkejut
2) Tidak mampu berkata apa-apa
3) Keliru
4) Terasa/Kecil hati
Part yang paling best dalam mimpi tu, bila aku buat keputusan drastik dengan mengeluarkan "secret admire" ini dari senarai teman2 alam  maya aku...dan akibatnya dia tercari2 sbb kenapa aku keluarkan diri aku dr senarai teman-teman dia.. hinggakan dia cuba kembali menghubungi aku tapi aku tidak layan disebabkan kecil hati dengan apa yang telah berlaku..Hingga dia mencari teman rapat aku di alam maya untuk mengetahui sbb munasabah aku tidak ingin lagi berkomunikasi ngan dia. 

Sehingga kehari ini aku masih tercari-cari maksud mimpi aku ini..kerana belum pernah aku bermimpi seperti ini waima aku dalam keadaan tegang, sedih atau keletihan.. Memang aku pernah terbaca dalam buku agama & dengar ceramah-ceramah agama berkaitan mimpi ni..biasanya mainan syaitan sekiranya mimpi itu melibatkan komunikasi percakapan, tangisan atau rayuan dan sudah tentu ianya tidak benar.. Tetapi ada juga mimpi yang boleh dipercayai kata ustaz-ustaz dalam ceramah agama..



Ada juga teman-temanku  kata setiap mimpi ni akan menjadi sebaliknya dengan apa yang dimimpi.. Contohnya: "Mimpi ditimpa musibah atau berlaku perkara buruk ianya akan menjadi terbalik..begitu juga menerima sesuatu  kejayaan atau kegembiraan akan menjadi sebaliknya pula.."...

Jadi pada kalian teman-teman bagaimana? haruskah aku percaya bahawa mimpi ku ini adalah sesuatu mesej yang aku sendiri tidak ketahui..Wallahuaalam.. Tapi aku berharap agar mimpi ku tidak membawa kesedihan dalam hidup aku dan aku percaya hanya allah swt sahaja yang tahu yang ingin dia berikan dan tentukan perjalanan hidup aku.. Insyaallah!


Tak Secantik Husna

Kali ni aku nak kongsi ttg novel yang terbaru aku baca..hmm menarik jugak novel karya Ainul Hazrah ni. Bila dilihat tajuk novel mula-mula aku ingatkan pasal perbandingan rupa paras antara 2 gadis rupanya ia berkisarkan tentang bagaimana seorang pemuda bernama Luqman Hariez yang perlu memilih salah jodohnya dikalangan 7 orang gadis bersepupu bagi memenuhi kehendak nenek kedua-dua belah pihak. Sinopsisnya lebih kurang begini: 


"Luqman Hariez disuruh memilih salah seorang daripada tujuh cucu perempuan mak tok untuk dijadikan isteri, sementelah hatinya masih kosong. Malangnya, dia cuma diberi masa seminggu untuk mengenali hati budi mereka. Semua ini dilakukan demi menghormati permintaan opah dan mak tok.

Sejak mula lagi, Hariez dapat merasakan bahawa Husna, gadis yang paling cantik dan lemah lembut, seakan-akan sudah mengisi ruang di hatinya. Pada masa yang sama, dia turut terpaut pada Tija, cucu perempuan bongsu mak tok yang bersifat keanak-anakan, namun hatinya penuh dengan kasih sayang dan keceriaan.

Bila masanya tiba, Hariez telah memilih salah seorang daripada mereka berdua. Namun pilihannya telah mendapat tentangan hebat. Bagi Hariez, itulah pilihan yang paling tepat dan dia tidak mahu berganjak dari keputusannya.

Dapatkah Hariez dan pilihannya disatukan? Mampukah perkenalan yang singkat menghidupkan suasana indah dalam rumah tangganya?"


Ironi kan bila baca sinopsis novel ni kan.. tapi seandainya perkara seperti ini berlaku dalam hidup kita atau dikalangan adik-beradik kita mampu ke kita nak buat pilihan dan kenal hati budi orang yang bakal jadi pasangan hidup kita dalam masa yang singkat? Mampukah kita tangani tentangan yang kita hadapi bila keputusan kita tidak disenangi oleh pengatur rancangan perkahwinan seperti ini... Tapi kalau nak tahu apa kesudahan kisah Luqman Hariez kena lah beli dan baca.. sbb yang pasti jalan ceritanya penuh dengan kegembiraan, kesedihan, dendam dan juga kasih sayang yang mampu buat kita tersentuh hati . Dan yang paling penting ambil lah iktibar atau pengajaran daripada cerita dalam novel ini. 

 -------------------------------------------------------------------------------------------------------------
"Cinta datang sendiri, ia satu anugerah dan aku tak perlukan sebab untuk mencintainya. Setiap kali aku pandang wajahnya, aku tahu itulah wajah kesayanganku. Aku cuma mencari kasih sayang disitu, mencari sesuatu yang membuatkan aku rasa bahagia..."
 - Luqman Hariez

Aku Bengang

Masa lunch tadi.. aku betul2 bengang ngan sorang pompuan nih, sabtu last week dia mintak tolong aku bwk gi berubat sbb dia nak suh pakwe ye baik balik ngan dia.. aku mmg agak berat gak la nak tolong sbb aku jenis nak tolong bwk gi tmpt2 cam tu kena tgk org gak..tp sbb fikir kwn ok la..

Apa yg buat ku bengang ngan minah ni dah bwk berubat ok la.. pastu dok sibuk tny ok ke, betul2 jadi ke..kalau x jadi mcm mana? ya allah aku mmg pantang nak berubat dok was-was cam gitu..kalau x yakin wat  pe lagi nak gi berubat, nak berubat ni kena yakin lagi satu org yg kita gi minta tolong  wat ubat tu pun dia minta melalui Allah swt. so kalau org tu pun usaha dia melalui allah bermakna kita kena paham . kalau Allah swt kata dia x izinkan bantuan tukang buat ubat ni berjaya maka x jadi la! x kisah la tu.. one sampai sana dok suruh aku yang masuk ubat dulu.. aku kata skrg yg nak ubat ko sgt ko, aku ni sampingan je.! pastu sibuk ckp segan la malu.. hissh.. sabar lg.

Ok la aku ingat lepas balik tu selesai la.. rupa2nya dia balik leh siap cite kat kakak ipar dia pasal gi berubat tu.. hampeh, bukan nak rahsia dulu.. pastu kakak ipar dia plak nak bawak org..n dia pun main setuju je tanpa tny pendapat aku yg tukang bawak ni.. bukan aku x suka tp aku kalau boleh biar selesai satu -satu lgpun org yg buat ubat tu pun x suka kita ye mslh lom selesai kita dah kalut dok heboh kat org... dia minta no.phone org tp aku buat bodoh je.. sbb aku kalau boleh malas nak layan sgt lg.. tp tu la masa tu lunch aku hmpr2 bergaduh.. Kalau x fikirkan aku kat opis.. mmg kena dah minah ni.


Ahh lantak la ko.. aku malas nak layan ko, rasa ko terrer sgt gi la sendiri then cari la org lain berubat tuk ko kalau ko jenis x yakin jadi ke tidak..janji jgn jo busy body hal aku lg sudah.

Serkap Jarang

Pagi ni ada my buddy bgtau something kat aku yg buat aku rasa cam bengang pun ada, nak ketawa pun... citenye gini, ada lah sorang staff sambilan ni bertanya kat my buddy.. "betul ke akak E admire with one's of our office vendor?", so ngan rs terkejut my buddy jwb "tak ada la, yg saya tau bukan org tu"..terkejut gak aku bila dpt information tu.. nape la suka sgt wat story or assumption sendiri nih.? yg pelik tu nape x nak tanya kat aku sendiri yg pi tanya kat my buddy tu wat pe...? 

Aku tau sape yg info kat staff sambilan ni...maybe org yg info kat dia pun buat assumption sendiri bila baca cite psl secrect admire aku tu kot.. Ya allah secrect admire aku tu bukan la my office vendor but he is someone around the corner working in the same building with me n definitely not that person! aku tau sape mamat vendor yg dimaksudkan..tak bermakna aku selalu berurusan ngan mamat  tu maka aku suka kat dia.. 

hallo semua tu sbb keje je la n doesn't mean i'm false in love with him... pada aku sebenarnya dia ni (minah tukang info pd staff sambilan td) yg ada hati kat mamat ni tp bcoz her job not related with this guy so she can do nothing... tp kelakar gak eik bila org lain yg aku admire orang lain pulak yg diteka.. agaknya sbb cite psl secrect admire aku tu ada sikit persamaan ngan mamat vendor tuh kot... sian dia kena tempias cite ni sib baik la dia x tau.. huhuhu..Sabar gak tuk Cik XXX ye!

Oklah pada minah tukang sampai cite ni.. before u make any assumption pls double check first the truth of the story.. coz if the story not true it will definitely effect to others people feeling!

Secret Admire


Kali ni aku nak cite psl sorang mamat yg aku kira "secret admire "aku..nape aku suka kat dia aku x pasti tp yg aku tau aku suka kat dia..aku kenal mamat ni dlm tahun ni, sblm ni aku x pernah nampak dia dekat2 opis aku..First aku jumpa mamat ni ms tu gaya dia mmg x semengah org kate..tp aku dah alert ada something intresting 'bout him.. and one more things, mamat ni mcm penah aku lihat somewhere but i'cant remember where..! 

One day.. mamat ni change dia ye style, pe lagi baru le terserlah gaya dia yg "smart & casual.". yg best ye tu, "one's he change his style & dressing" ramai la plak awek2 yg bukak mata kat dia..ada yg kata handsome la, smart la, baik la.. bla..bla..bla...ok la tu kan dah ada ramai peminat.. Pada aku dia bukan la dlm kategori handsome tp dia ada karisma tersendiri.. dr segi bercakap mmg dia soft spoken..dr segi perbualan kira best specially bila dia gelak..paling aku suka bila dia senyum and the important thing is his shining eyes.. kalau pompuan tenung mmg leh cair la, kiranya dia ni termasuk golongan romantic person (yoyo or je aku descripe diri org!)..Tp ada member aku kata dia sombong sbb dia pyh nak senyum & serius pd org yg dia x kenal..huhuhuu but not with me..

Actually aku admire ngan dia hny sorang je yg tau..minah ni kiranya skrg cam buddy aku yg paling best..coz dia ni lurus org ye tp kepala otak dia gila2, funny and person yg selalu kena usik ngan aku..hehehe, alhamdulillah rahsia aku tersimpan dlm tangan dia lagi.. tp kalu dia kasi bocor mmg kena ngan aku ler.. back to my story 'bout secret admire aku.. Aku tkt cuma dpt sembang ngan dia time keje n masa kat FB itu pun jenjarang sbb dia jrg online almaklum org ada 2 akaun..actually aku ni jenis yg susah nak mulakan langkah tuk lebih rapat sbb satu je kelemahan aku.. Aku jenis merendah diri (siapa la aku nih).. mmg dr dulu lg aku ssh nak mulakan langkah ngan seseorang. Pernah ada sorang brother yg aku jumpa kat satu tmpt kursus..dia sesaje je tengok tpk tgn aku then dia ckp aku ni suka merendah diri..bila jumpa one yg aku suka aku mula ckp bab kekurangan dlm diri.. so this is the proof..

Nak2 pulak aku tau dia ye education compare ngan aku agak jauh, pastu job kira best then yg paling aku lg rasa rendah diri.. bila aku tau dia ni dr family yg org senang (cam no tuh...!) mmg kalu bole aku nak je dia tau pe perasaan aku skrg.. pe yg aku leh buat takat ni..aku cuba2 berinteraksi ngan dia melalui alam maya.. maybe respon agak slow tp takat ni dah ada sket kemajuan..cuma aku takut dikata PSS (Perasan Syok Sendiri.. hehehehe!), tp salah ke aku suka kat dia? salah ke aku admire kat dia?..uhuhuhuhu

Macam2 hal...

Akhirnya.. setelah dekat 3 minggu aku x sempat nak update apa2 kat blog ni.. rasa mmg rindu nak menulis sesangat tp tu dek sbb kekangan masa menjadikan aku x sempat menjenguk blog aku.. bnyk hal sebenarnya  nape aku x smpt nak update blog..semuanya sbb bz first last 2 week bz ngan training sukan then selesai sukan msk keje, bnyk la back-log dok tgg.. and then start on last week beban keje aku bertambah sket disebabkan aku kena wat keje member aku yg cuti bersalin...

Sebenarnya ada beberapa hal yg berlaku dr last week.. friday last week team futsal aku ada friendly match ngan team kementerian pelancongan kat court futsal segambut.. yg best bila gi sana rupe2 ye team tu bwh jagaan member VF aku..(hola.. Kapak keris). Friendly match ni saja sesuka je sbb dak kem.pelancongan ni nak wat preparation tuk gi friendly match ngan kem.pelancongan thailand hujung bln ni.. apa pun team aku menang 3-2 w/pun team KK main tarik baju.. ok la psl futsal.. 

ni nak cite psl lg psl mamat yg ku cite kat last entry sblm.. yg aku x berape bekenan tuh kali ni dia mmg tul2 wat aku tension.. sbb dia asyik dok call desak aku kuar ngan dia gi tgk wayang.. dah mcm2 alasan yg aku bg tp x jgk paham2. Mlm sabtu lepas mamat ni betul 2 kasi aku tensi..dah la call ajak kuar dlm kul 9 lebih, ajak gi tgk wayang..bila aku ckp dah lewat..dia siap ckp "x pe nanti saya gi ambik awak kat umah, lgpun sok kan hr minggu pe salah ye balik lewat sket.." Hallo! aku bukan cam tu gaya ye sesuka hati nak balik lewat.. No way, aku x akan izinkan ko dtg umah aku.. mmg aku x nafikan bkn aku x biasa balik lewat mlm tp aku kuar n balik ngan kengkawan yg family aku dah kenal n biasa. 


Yg aku geram ngan mamat ni dia desak2..cam org dah desprade sgt nak kwn ngan pompuan.. mmg dia mcm marah gak bila aku bo layan.. suka hati aku la lg pun aku x berapa bekenan kat ko.. bkn sbb rupa or usia tp hati aku mmg dr awal mmg x berapa nak rapat ngan ko..hopefully dia ni paham yg aku x suka ngan dia.. dia cuma boleh jd kenalan aku tp bkn lebih daripada seorang kenalan.. x bermakna aku x suka aku benci tidak.. tp aku x leh paksa diri aku jd org lain.

Selesai sudah

Hari ni hari ke-5 bulan Julai.. hari isnin plak tuh, hari blur for first day in a week..hehehe, okla hari ni aku start keje ngan bnyk benda nak difikirkan slps kesibukan ngan preparation training tuk sukan kementerian yang baru selesai semalam (04 Julai) kat Bangi. First thing aku dah mula terasa aura kepenatan slps segala sesi training yang berlaku dlm 2-3 mgg lepas. aku terasa badan aku n segala urat saraf aku betul2 sakit n lesu.. mlm semalam la paling terasa bila umi aku call dr kampung aku mcm org mamai jawab call tu..x tau la ape yang umi aku fikir..n aku sendiri pun x ingat ape yg aku sembang ngan umi huhuhu (sorry umi!)
Cite pasal sakit urat.. aku teringat nak panggil makcik tukang urut yg slalu dtg kat office aku so otw nak gi keje td alang2 teringat aku trus sms dia then dia setuju nak dtg.. dlm kul 10.30 pg tadi makcik tu sampai pe lagi aku pun trus gi kat port kita org slalu lepak bila time nak urut.. mana lg kalau bkn bilik rehat makcik cleaner.. thanks makcik mah sbb kasi pinjam bilik rehat ye... bila dah ngurut ni biasa la kalau dah urat mmg bermasalah nak2 kalau dah masuk angin n dah lama x urut.. mcm kes aku, mmg aku dah lama x ngurut, bukan suka2 hati aku x nak ngurut tp kak KL ni bukan senang nak cari tukang urut yg betul serasi n pandai urut urat saraf..kebanyakkan pula yg banyak type cari makan je.. maksud aku urut lebih kurang atau cukup syarat je la..Aku nih plak jenis suka kalau urut kena urut betul2, biar kena ngan urat saraf yg sakit baru badan rasa sedap n segar.. kalau takat, picit2 manja, gosok2 biasa comfirm aku x mau.. kiranya biar sakit sket masa ngurut tu dr dok sakit kemudian.. huhuhu
Oleh sbb aku dah lama x urut pe lagi.. mmg sakit teramat2 la..nak2 bila makcik tu urut leh siap bagitau urat aku bengkak sbb masuk angin.. sbb tu badan aku mcm kembang..(kata dia la..) tp mmg sakit pun.. bila dia urut urat yg bengkak tu mmg aku rasa ringan sket badan aku specially tangan, bahu n labu betis...kalu x betis aku mcm bengkak besar..dah keras mcm batu... tapi Ya allah sakit ye sblm tu tuhan je yg tau.. terkial2 gak la aku tahan sakit ms makcik tu urut.. Anyway thanks makcik rose.. !