Sesuci Kasih Bonda

Hmmm.. dah beberapa hari aku x update blog aku dek kerana bz ngan mcm2 hal specially keje n training tuk sukan kementerian.. ok last update aku ada cite pasal satu novel yang aku baca karya "Ilani Mysara". Novel ni bertajuk Sesuci Kasih Bonda, satu novel islamik yang boleh dikatakan agak mencabar juga minda nak memahaminya..aku sebagai pencinta novel mmg tak berkira tentang bahan bacaan..nak2 pulak kalau yg bebentuk ilmiah..kalau nak ikut cita rasa aku lebih kepada novel yg berbentuk " horror, adventure, mistic, islamic & mind challenge"... tp pada aku kalau novel tu menarik pun dah kira ok.. sbb novel ni yg penting adalah isinya yg tersurat n tersirat.. (rasanya ramai akan kata ada ke isi tersurat n tersirat ni?) Sebenarnya ianya bergantung pada penerimaan kita..
Ok..berbalik pada novel tadi..novel ni berkisahkan dugaan wanita bernama Mastika yang telah kematian suami dan perjuangan beliau dalam membesarkan anak2 angkat yang beliau dan arwah suaminya pelihara.. dalam novel ni bagaimana perjalanan seorang wanita yang selama ini bergantung harap pada suami dalam menguruskan kegiatan dan juga keperluaan harian beliau dan juga bagaimana beliau mencari persoalan mimpi yang seringkali beliau terima.. Pencarian beliau bermula dgn kisah perjalanan beliau di Johor atas dasar untuk menyelesaikan hal2 berkaitan pusaka yg ditinggalkan oleh arwah suaminya hinggalah terjadi pertemuan 2 keluarga yang terpisah lama akibat sengketa antara ibu dan anak..Dan dalam novel ini juga turut diselitkan kisah salah silah sejarah keluarga Mastika dan juga kisah kepercayaan kepada ilmu sihir dan juga kewujudan serta kepercayaan kepada makhluk halus..
 Menarik novel ni cuma bergantung kepada penerimaan dan kebolehan kita sebagai pembaca untuk menerima dan memahami isi kandung dalam novel.. jadi nak tahu apa terjadi pada Mastika kenalah baca novel..

I'm Back

Huhuhu.. hari ni aku masuk keje cam biasa lepas MC 2 hari gara2 peha aku sakit, sebenarnya x budget pun dokter nak kasi MC sampai 2 hr tp alhamdulillah dpt 2 hr..so bila dah dpt MC tu mcm biasa kena rest la kat umah.hmm bila cite bab rest kat umah nih.. aduh! satu benda yg amat boring2x coz aku tak tau nak wat pe kat umah..dah la dok sorang2 kat umah, org tua aku mmg balik kampung dah dkt 3 bln.. adik yg kecik gi kolej yg sorang lagi sah2 la gi keje.. nak kuar sembang ngan jiran sebelah lg la seme gi keje.. kesudahannya aku belasah tido.. petang bangun tido tgk adik x balik lg..nak tgk TV x de yg best pun..

Tak tau nak wat pe aku gi dapur tgk pe benda yg boleh dibuat..hmm ada keje yg aku leh buat. Aku kemas rak tmpt letak pinggan mangkuk kesayangan mak aku yg dah tunggang langgang....biasalah adik aku kalau masukkan pinggan mangkuk yg dah basuh main belasah je dia letak.. bukan nak susun betul2. sesuka ati je campur adukkan pinggan makan, mangkuk lauk, periuk n lain2 brg..yg mana aku tgk ada habuk2 or bau ala2 lipas tu, aku punggah masukkan dlm sinki basuh...

Semua2 dah selesai.. aku tak tau nak wat pe lg, cadang nak tgk tv tp tu lah asyik2 cite telenovela indonesia yg ditayangkan.. pe la yg bestnya cite dr seberang nih pun aku  x paham.. tp tetiba aku teringat sabtu lepas masa gi Alamanda aku ada beli novel baru yg belum sempat ku baca.. Novel bertajuk "Kasih Suci Bonda". Novel ni aku kategorikan novel berat & maybe kalau org yg jenis x suka novel berat kurang gemarkan novel ni tp aku ok je janji jalan cite ye menarik, ada pengajaran & motivasi tersurat dan tersirat...Nanti lah aku cite pasal novel ni pulak..

balik pasal baca novel td.. ingatkan aku leh habiskan novel tu hari tu jugak x sempat, last2 novel tu aku habiskan petang smlm..jarang bagi aku habiskan novel selepas hari kedua sbb biasanya aku akan habiskan dalam hari yg sama.. kiranya kenkadang lupa nak makan minum..hehehe.. so itu lah xtvt aku kat rumah masa aku dlm MC..aku terasa bosan sesangat kat umah, aku jadi miss ngan keje..huhuhu

Malas...ye!

Arrghhh.. malas ye hari ni, dah la petang ni aku ada training futsal kat danau kota.. hmm makin dekat games makin aku malas nape ye.. nak2 plak bila aku ye ligamen peha injured sket, lg la malas tu menjadi2.. huhuhu.. pls.. ape aku nak wat ni ...


pelik jgak aku bila kali ni mcm malas sket drpd sblm2 ni..maybe sbb smpi masanya tuk aku bersara or stop drpd aktif sgt kot.. ye la dr lepas sekolah smpi skrg aku masih lg aktif..dengan memacam xtvt...tp kalau aku stop ape yg aku nak wat.. dah la aku jenis x reti dok diam..hmmm ape ye?


Tapi boleh jadi aku perlukan rehat yang cukup.. sbb dah beberapa bulan aku x ckp rehat.. mana nak fikirkan pasal parent aku especially abah yg masih belum ok sakitnya.. kat kampung, mana nak fikir2 hal rumah ngan adik n dah semestinya pasal keje.. tido pun lebih banyak x ckp daripada cukup tido.. balik keje tok sah cite.. biasanya cecah kul 9 baru sampai umah..tapi apapun hopefully perasaan malas ni x melarat2 la sampai masa game nanti kalau x masak aku kena bebel dek partner aku..huhuhuhu..!

Lagenda Budak Setan...Bila Cinta!

Kesinambungan dari movie Lagenda Budak Setan.. dlm movie ni ada satu lagu yang dinyanyikan oleh dua orang penyanyi. Sorang lelaki n sorang lagi perempuan.. meaning is ada 2 versi. kalau ikut versi perempuan ni lagu yang mendayu sket n liriknya pendek sket tp tuk versi lelaki lirik panjang sket n muziknya jugak berbeza.. Pada aku dua2 penyanyi dah sampaikan dengan baik sbb kalau dilihat kat dlm movie tu mmg buat orang nangis .. touching la katakan!

Bila Cinta Kini
Tak lagi bermakna
Yang kurasa kini
Hanyalah nestapa 
ditinggalkan cinta masa lalu

Dulu kau tawarkan 
Manisnya Janjimu
Yang ku sambut itu
Dengan segenap hatiku
Bila engkau pergi 
Tinggalkanku

**
Hilangnya cintamu
Menusuk hatiku
Hinggaku memilih
Cinta yang fana

Perginya dirimu
Merobek jantungku
Hingga ku terjatuh
Dalam Harapan

Ku sebut namamu
Disetiap doaku
Bangkitkan setiap 
Kenangan tentangmu
Yang ku dapat hanyalah Bayangmu
(repeat **)


Lagenda Budak Setan..

Last saturday..gi Alamanda ngan kak sri siantan & anak bongsu dia dik eiya.! aku dah boring sangat so aku ajak dia gi tgk wayang then kak sri pilih gi Alamanda. Hajat di hati nak tgk movie "Karate Kid" tapi nak wat cam ne tiket full sampai midnight.. aduh! dasyat jugak movie nih ....so disebabkan dah tak ada pilihan pe lagi tgk lo movie Lagenda Budak Setan walaupun kak sri & dik eiya dah tengok..huhuhu sian dua beranak ni..
Pada pandangan aku movie ni best, jalan cite menarik kena pulak ngan lagu latar yang mendayu serta sedih.. cuma yg x best ye cite tu ada sambungan meaning is cite ye x abis lg.. huhuhu
Tapi apapun mmg la bila tgk movie tak akan sama dengan apa yang kita baca novel asal movie ni... biasa la tak semua  plot dlm novel dapat dimasukkan dlm movie yg tayangan hanya tuk 2 jam.. overall ok n the best movie melayu..sbb bukan mudah and senang nak terjemahkan isi cite dari novel ke dalam bentuk "real as movie" ni.. sbb dlm novel kita guna imaginasi tp dalam reality ni bukan senang nak di imaginasikan... anyway tahniah juga kepada pengarah yg berani menterjemah novel ahadiah akasyah ni.

Bukan Tak Suka Cuma....


Hmm.. pagi tadi sedang aku menikmati breakfast aku ngan member office tiba2 aku dpt satu call drpd sesorang yg aku kenal tp x berapa kenal background dia.. aku kenal dia ni ms aku enter satu bowling tournament yg dianjurkan oleh satu website virtual yg dah lama aku join..Kalau nak ikut aku jumpa dia ni rasa baru 2 kali gitu, itupun masa event anjuran website ni la.. dia start contact or tegur2 aku kat website ni lepas event.. tp aku anggap tu biasa je sbb normal lah bila dah jumpa kengkawan baru kat event pasti akan tegur menegur.. Tapi aku tak de la fikirkan dia ada agenda lain...

Rupa2nya dia punya agenda tersendiri.. boleh dikatakan dia sering akan hantar PNC mail ke box aku kat website tu.. mula2 aku just reply biasa je tp sejak 2,3 bulan ni kekerapan dia PNC aku tu tinggi.. sampai satu tahap dia tnya aku pasal bab personal so aku dah mula rasa cuak & curiga.. nape dia ni melalut smpi tny personal matters..! after that siap invite aku gi dinner..lain mcm je dia nih..
 
So berbalik cite aku pg tadi.. dia call aku sbb nak invite aku kuar ngan dia gi tgk wayang.. alamak! Kuar ngan dia? Aduh pe reason kukuh yg aku nak bagi ni,so aku bagi tau dia yg aku ada kat office sbb aku ada keje kena settlekan.. huhuhuhu (sorry la ye terpaksa tipu u) actually bukan aku tak sudi tp mmg jenis aku kalau aku rasa something ngan org tu, aku akan rasa berat hati sket nak kuar.. ntah la nape,maybe instinct hati aku agak berat so mmg payah la..normally bila cam ni aku cuba elakkan.. bukan sbb dia x handsome atau sbgnya...tapi ntah la..susah nak explain... nape cuma yang pasti hati menidakkan kehadiran dia lebih drpd seorang kawan..yg menambahkan aku x sedap hati bila siap ckp nape x nak kenalkan parent aku kat dia.. alamak nape ngan dia nih? susah hati tul aku dibuatnya

Susah bila hati aku  x leh terima seseorang tu lebih dari seorang kawan.. apa yg aku harus buat, aku seringkali ada rasa "instinct" yg kuat kalau bab cam gini..kalau aku rasa x leh nak carrying on mmg aku akan elakkan.. Please what should i do!

Pening


Aku betul-betul pening hari ni.. pening sbb aku kelam kabut kena uruskan hal cabutan undi pemain tuk futsal wanita dalaman kat office aku..kebetulan pulak partner aku bercuti..Yang menjadikan lebih pening sikap staff yg mendaftar... dah tertulis dalam announcement pemain akan diundi kumpulan tp masih yang nak bermain ngan geng or group derang sendiri.. hai x reti2 bahasa agaknya derang ni.. cabut undi bermakna bermain secara adil & pro bukan main sbb kawan2..
Aku dah explain dah nape mesti undi..reason paling kukuh aku bagi sbb nak bagi kenal sesama sendiri staff yg keje dlm opis walaupun berlainan unit.. selama ni asyik dok ckp tak kenal la, bila masuk la?.. adoi! susah dibuatnya....hhuhuhu. sib baik skrg ni aku leh sabar..
Tapi pe2 pun mslh tuh dah settle bila kau discuss balik ngan incharge futsal lelaki .. so 3.30 - 4.30 ptg (18/06/2010) selesai sudah proses undian player & team futsal lelaki/wanita. Tggl tuk hari games pulak...

Lalai!

Gara2 nak settle macam2 kat opis.. aku nyaris terseliuh lg kaki yang pernah terseliuh tahun lepas! Inilah orang kata kalau kita lalai dalam melangkah (bukan berangan2)..jaga langkah apabila berjalan, jgn kelam kabut semacam, jangan berlari mcm x cukup tanah tanpa sbb musabab..


Kejadian ni jd lepas rehat tadi masa aku sibuk2 dok uruskan pasal group futsal wanita nak training + peralatan yg x cukup sbb partner aku yg sepatutnya incharge futsal ni bercuti pulang ke kampung halaman nun jauh kat sarawak.. huhuhu, walaupun x terseliuh tp kesan terpelecok tu ttp terasa.. ingat balik umah jap lg nak panggil makcik urut kat blok sebelah dtg urut.. hehehe boleh tahan ke? insyaallah cik xxxx ni tahan lasak.. kalau tidak, de la ikut mcm2 xtvt sblm ni..

actually aku cuak gak aku takut terseliuh betul2x td sbb aku dah la ada 2 game yg aku masuk tuk sukan kementerian ni.. haru la kalau aku tak ada exspecially futsal sbb aku dikira org penting gak la.. (penting ke.. ?hehehhehe)..kalau takat ping pong aku x kisah lg sbb ada player sorang lg, so aku rasa sakit sengal2 la maybe sbb td aku x sapu minyak panas.. hopefully balik jap lg lepas aku rendam kaki dlm ais tuk rilek .. ok la.

Jatuh Hati


Bagai tidak percaya.. biar betul? mcm x caya cik xxxx jatuh hati dengan seseorang! siapa jejaka itu? ntahlah aku sendiri x percaya dgn kata hati aku sbb selepas bertahun pintu hati aku tertutup tuk insan bernama lelaki.. mungkin pada kengakawan aku ini ia satu perkembangan yang baik. tapi kata hati aku sendiri belum pasti apatah jejaka tu pon x tahu (mcm mana tuh.. hehehehe)...
Bak kata dlm lirik2 lagu ni(petikan dr ost movie KLdrift 2), mungkin aku msh keliru.. tp bkn senang hati aku nak rasa tak tenteram tau bila berdepan ngan org yg aku suka..ntah la, mslh jgak tuh.. buat org aku tertarik n jatuh hati tu.. moga2 kamu akan sedari kehadiran aku sbb hingga saat ini kau msh tidak sedar kehadiran aku w/pun selalu aku berdepan ngan kamu.. (maybe aku tak msk kategori idaman kot)...tapi aku mmg sudah jatuh hati.. dengan siapa.. biar ianya rahsia.


Oh....
Dari mula ku keliru
Dari mula ku tertarik dengan mu
Dari mula ku terasa gelisah
Ku tidak tahu apakah semuanya itu

Bilaku bersamamu
Terasa ketenangan di dalam jiwaku
Sering kali ku merindui mu
Setiap kali kau berjauhan dari sisi ku

Mengapa ku cemas
Terasa begitu lemas
Mindaku dipenuhi bayangan wajahmu
Mengapa ku cemas
Terasa begitu lemas
Ku perlu (perlu) tahu adakah kau pun begitu

Oh... Apakah Semuanya Itu
Tanpamu di sisiku... yeah
Terasa kekosongan di dalam hidupku
Sering kali bayanganmu mengganggu
Setiap kali ku dengar gema suaramu

Mengapa ku cemas
Terasa begitu lemas
Bukalah hatimu pada ku
Mengapa ku cemas
Terasa begitu lemas
Luahkan rasamu yang terbuku

Kekala ku rasa
Bagai kau menghayatiku
Kekala ku rasa macam lu tak hirau jemu
Ku sedar namun
ku sentiasa harus tabah
Walauku tetap cinta ku harus terus gagah

Oh selalunya tak begini
Gua pikir beribu kali sebelum nak ada bini (aku tukar jd laki)
Oh kalo tidak kau siapa lagi
Ku mencari masih kau di hati ini


Ohh... Yeah..

Training oh Training!

Apa yang aku nak cite pasal training nih.. hmm aku training sbb kena bersedia tuk pertandingan sukan kementerian kalau tak hampeh la aku nak gi training.. huhuhu sbbnya aku mmg kategori jenis maleh nak gi training.. Aku terlibat dlm Game futsal n ping pong.. tamak? heheh bukan tamak tp terpaksa sbb dah tak ada org dlm makna lain tak de pelapis.. ikut aku nak fokus kat futsal je. tp x smpi hati lak nak hampakan org yg menanya tuh..

Tapi tu la sukan kementerian ni setahun sekali so training aku n the gang pun setahun sekali. ahakss.... Ok la hari aku start training Ping Pong sbb bdk2 futsal tak smpt prepare pakaian sukan tuk training hari slps dpt pelepasan dari pihak atasan.. hmm cuak gak nak gi training ni sbb agak lama jugak aku training ping pong nih.. kiranya aku nak kena touch up balik skill yg sedia ada sambil belajar n polish new skill and tecnic (cewah speaking london...)

So tadi aku turun lewat la jgk training sbb aku dpt information pun last minit.. kebetulan aku ada keje sket nak kena selesai.. aku turun ala gamble je pakai baju kurung (baju keje tuh!) sbb tak prepare pun pakaian.. hmm teragak2 la aku nak start training sbb rasa cam kekok bila tinggal lama sukan ni..tp slowly alhamdulillah ok je.. pastu cam x puas lak bila kejap training, tak pe la nanti ada lagi sesi training lain cuma esok aku kena fokus kat futsal plak. so jumaat lunch hour ms org gi sembahyang jumaat tu aku dh janji nak turun training jap.. ok la..

Lesunya!


Kenapalah petang ni begitu lesu, nak kata aku tak makan tidak jugak atau mungkin aku rindukan seseorang..tapi betul ke aku rindukan seseorang? ntah aku sendiri tak pasti..betul atau tidak, tp apa yg pasti aku benar2 lesu hari ni..or maybe coz aku terlalu memikirkan pasal abah yg masih tak sihat kat kampung...

Ya bila sebut pasal abah, aku teringat hari ni mcm mana lah agaknya keadaan abah, sbb 2 mlm yg lepas aku telefon mie tny kabar abah. Kata mie ada la sikit perubahan sejak berubat ngan pakcik yahya (adik sepupu abah)..abah sakit gara2 hasad dengki manusia2 yang tak tahu takut akan akibat di akhirat..kenapa aku ckp mcm ni sbb kalau dah sanggup menggunakan ilmu sihir menyihir pada org lain bukan ke tak takut kesan diakhirat.!!...ntahlah ngan zaman penuh kemajuan ni masih lagi ada org yg mundur kebelakang
..maksud aku kebelakang dari segi pemikiran, dari segi keimanan diri, segi keyakinan diri dan juga ketentuan allah swt dalam menerima rezeki dan juga qadaq & qadar..

Ya Allah jauhkan lah aku dr kemunduran seperti ini walaupun hidup dan diri aku juga blom sempurna. Nauzubillahi min zaliq!


Hari Yang Kelam Kabut



Apa aku nak tulis ye.. hmm cite pasal hari yg kelam kabut boleh kut... Apa yang nak dicitekan eik pasal hari ni.. rasanya cam hari yg aku leh kategorikan hari yg agak kelam kabut.. bnyk benda yg aku nak kena fikirkan. Tapi apa yg aku fikirkan pun aku x tahu huhuhuhu ....

Mana ngan keje yang bertimbun mana aku nak kena fikir pasal xtvt sukan dalaman office n sukan kementerian, mana adik aku dok kelam kabut calling2 aku tanya pasal kunci umah kedai ayah aku....pendek kata aku huru hara sket tp tu arr org nampak aku cam biasa2 je..Harap2 menjelang petang flow kelam kabut ni beransur-ansur ok sbb pening jgk aku mana nak didahulukan...