Trip ke USS

Assalamualaikum kawan2 Cik Pari-Pari.. sihat semua, kemana cuti-cuti ni? Mesti ramai yang gi bercuti nak-nak pulak bulan Jan & Feb ni banyak betul cuti Umum & cuti ganti. Oklah ni Cik Pari-Pari nak up sikit cerita trip bercuti Cik Pari-Pari ke negara kat Seberang Tambak Johor.. Kalau hujung tahun lepas Cik Pari-Pari melangkah ke Haadyai, Songkla, kali ke Singapura la pulak.. 

Trip ni anjuran sorang rakan sekerja...price package murah sbb 2H1M je.. ok la kan, lagipun ni first time rakan sekerja ni anjur jadi standard la kot ada kekurangan tu. Opsss, lupa pulak.. Tarikh trip pun secara kebetulan ada berlakunya cuti umum iaitu  25 -27 Januari 2013. Perjalanan bermula pada 25hb sekitar jam 10.30 malam dari Bangsar, secara totalnya kami seramai 8 orang. 


Perjalanan kami tiba di Johor Bahru sekitar jam 5-5.30 pagi, oleh kerana masih awal dan kami pun dah siap2 mandi kat hentian rehat sebelum jadinya kami berenti la makan kat satu restoran kt sekitar bandar Johor sementara nak tunggu waktu subuh. selesai makan kami mencari masjid untuk solat subuh, dan destinasi kami adalah masjid yang dikenali sebagai Masjid Negeri.. memang cantik Masjid ni..

Masjid Negeri Johor Bahru
Selesai sahaja solat subuh, kami pun bergerak untuk melintasi Tambak Johor untuk ke Singapura dan destinasi kami sudah pastilah Universal Studio Singapore (USS), seperti yang kita semua tahu, Tambak Johor merupakan laluan untuk negara jiran kita memasuki ke negeri Johor dan begitu juga bagi penduduk Johor untuk ke Singapura untuk bekerja. Dan disebabkan  itu makanya Tambak Johor ini sentiasa berlakunya traffik jam yang teruk terutama sebelah pagi. Perjalan kami kat sini je pun dah ambik masa 1 1/2 jam belum masuk lg proses nak melepasi Imigresen Malaysia & Singapura.. tengoklah gambar-gambar yang Cik Pari-Pari sempat ambik masa kt dalam perjalanan nak menyeberang Tambak Johor ni..







Kami melepasi Imigresen Singapura sekitar jam 9.00 dan perjalanan diteruskan menuju ke USS, jadinya sementara nak sampai tu apa lagi.. masing-masing tidur la..hehehe.. Kami tiba ke destinasi yang dituju sekitar jam 10 pagi. so masa ni masing2 ambil peluang nak duduk-duduk sambil tinjau persekitaran dulu.. segarkan biji mata kejap. lepas tu baru naik ke atas mencari pintu masuk USS..naik atas tu dia... ramainya umat dok beratur panjang..yang nak beli tiket la yang memang nak menuju kat pintu masuk pun.. Tak caya ok jom, meh tengok gambar-gambar ni.. 






















Ok lah.. takat ni dulu.. ye Cik Pari-Pari kongsikan, gambar-gambar trip ke USS.

Hikayat Cinta Si Pematah Hati

Assalamualaikum kawan2, Hari ni Cik Pari-Pari muncul lagi, dah mcm sabut pulak.. kejap tenggelam, kejap timbul..hehehe

Ok hari ni Cik Pari-Pari nak up sinopsis novel baru, atas permintaan sorang kawan makanya dengan senang hati Cik Pari-Pari up kan sinopsi novel ni. jom kita layan karya E-Man Sufi ni.

Tajuk : Hikayat Cinta Si Pematah Hati
 Penulis : E-man Sufi
Penerbit ; Karyaseni
 ISBN : 978-967-024-33-8 
Harga: RM 35 (Semenanjung/ RM 38 (Sabah & Sarawak))
 
"Saat pandangan kita bertemu, bermulalah hikayat cintaku.."

WARFEEN WARDAH mempunyai impian untuk membina rumah tangga bersama lelaki pilihannya, Daniel Elhan. Sayangnya, sekian lama dia menanti masih belum ada sebarang tanda dijari. Bukan kerana tak sabar menanti tetapi Daniel Elhan hanya pandai menabur janji hinggalah suatu hari dia bertemu dengan seorang lelaki...

RAYYAN RAIQARL... lelaki yang sentiasa membawa diri. Kecewa dengan rumah tangga ibu bapanya yang gagal membuatkan dia mengambil keputusan untuk tinggal jauh daripada keluarganya. Pertemuannya dengan Wafeen Wardah membuat dia jatuh cinta pandang pertama. Sayangnya, gadis yang dipuja kepunyaan orang. Pada awalnya, dia tidak mahu mengikut rasa hati. Baginya, dia bukan perampas kekasih orang!

"Betul... saya single lagi. Saya tengah tunggu awak jadi kekasih saya la..."

"Sorry... saya dah ada kekasih."

"Tak apalah. Saya tunggu awak putus dengan dia."

"Hah?"

Tapi segalanya bermula bila dia mengetahui siapa Wafeen Wardah yang sebenarnya. Rayyan nekad, bagaima cara sekalipun... dia mahu memperisterikan Wafeen! Istilah perampad kekasih orang ditolak ke tepi. Dia tidak mahu ambil peduli asalkan dapat membalas dendam atas sakit yang tertanggung dalam hati.

Mampukah Wafeen Wardah mempertahankan tembok kesetiaannya kepada Daniel Elhan atau dia sendiri jatuh cinta dengan panahan cinta Rayyan Raiqarl? Siapa yang akan patah hati dan siapa pula pematah hati?
"Tak apalah kalau saya bukan sayang awak... Cara mia, ti voglio bene..."

"Apa makna..."
"Honey, I love you so much. Sayang, saya sangat cintakan awak".

Hah.. macam mana? rasa2 nak mencari ke buat sebagai koleksi? Cik Jeton a.k.a Siti NorZaitun.. puas hati kah?