Komik Anor & Meow lagi...

Haii.. ari ada lg update komik jawi Anor & meow.. mmg betul-betul nakal la si meow ni, biasa orang di sembahyang Jumaat je kena sorok @ dilarikan selipar/kasut.. tp dalam kes anor & meow ni, si meow sorok kasut kwn Anor atas bumbung.. jom kita baca komik

Anor & Meow : Sorok

Komik Jawi Anor & Meow

Selamat pagi.. hari ni ada lg cite komik pasal Anor & meow, jom kita baca komik jawi ni..mmg lawak2 tul la meow ni kan..?
Anor & Meow : Bukak Kipas

Pening pala kan ada kucing macam ni.. heheh tp reality mana ada kucing leh bukak kipas :P

Komik Jawi : Anor & Meow

Assalamualaikum semua....tiba-tiba terasa nak share satu komik berbahasa jawi karya seorang anak muda yang telah dikongsikan oleh rakan beliau dalam facebook Stray Cats Lover. Apa yang menariknya komik adalah berkisarkan Anor dan kucingnya bernama meow....kalau tengah ngantuk & stress, baca je komik tu terus tersenyum tergelak-gelak.


Tetapi yang membanggakan tu komik ini di buat dialog dalam bahasa jawi.. sungguh bagus kerana ramai generasi sekarang tidak ramai yang mampu membaca dalam jawi dengan baik, jadi satu proses pembelajaran yg menyeronokkan..Ok jom kita baca komik tu.. ;)

1) Anor & Meow: Kantoi


2) Anor & Meow : Babysitter

3) Anor &Meow : Blackout
4) Anor & Meow: Babysitter II
5) Anor & Meow : Mogok
6) Anor &  Meow: Tuam Kucing
Nanti kita tunggu tengok sambungan kisah Anor & Meow..apalah agaknya gelagat & kerenah Meow ni lagi bila bersama Anor.. ;)


kredit kpd
Stray Cats Lover kerana anda sudi berkongsi komik ini..

Om Shakti Om.. Hindi la pulak!!!

 

 Aku tak tahu nape... tapi aku mmg suka sgt dgr ulang2 lagu movie Om Shakti Om ni. Agaknya sbb muzik dia dgn penampilan pulak beberapa artis veteran & baru kot dlm lagu ni..Tapi mmg tak puas pun dgr sekali.. ada satu lagi lagu dalam movie ni yg aku suka.. jom kita layannnnnn!




30 Tanda Anda Jatuh Cinta

Tengah2 dok explore Fb tu sekali terpandang la aku kat satu link blog yg share beberapa senarai tanda jatuh cinta.. nak tau apa dia, jom kita check ;) sblm tu.. terlupa nak info blog ape..artikel tu aku ambik dr Barlisusu.com

1. Sukar melelapkan mata
Biasanya anda jarang mengalami masalah untuk tidur. Kali ini, sejak bertemu dan berkenalan dengannya ingatan anda kepada si dia kian menebal hingga mengganggu tidur anda. Bak kata org tua-tua mandi tak basah, makan tak kenyang, tidur tak lena.

 2. Perasaan sentiasa berdebar
Perasaan anda sentiasa berdebar-debar jika bertembung dengan si dia di jalan. Malah anda jadi kelam kabut dan menggelabah apabila dia menghampiri anda, hinggakan anda rasa mulut terkunci dan berat untuk berkata-kata.. kelu seribu bahasa.

3. Suka ambil tahu
Anda semakin berminat untuk ambil tahu tentang latar belakang dan perkembangan si dia. Anda tekun mendengar cerita mengenai si dia dan sering bertanya tentang si dia dari kawan-kawannya.

4. Resah gelisah
Hati anda merasa resah dan gelisah bila si dia tidak kelihatan. Anda tercari-cari kalau-kalau terlihat kelibat bayangnya. Kalau boleh anda ingin tak ingin mengalihkan pandangan dari dia.

5. Perasaan cemburu
Anda mula merasa cemburu bila si dia berbual dan melayan kehadiran orang lain sekalipun kawan-kawanya. Ikutkan hati anda, biarlah dia berbual dan melayan anda seorang. Sikap anda itu ketara kelihatan sehingga disedari kawan-kawan anda sendiri.

6. Hobi baru, termenung
Bila tidak melakukan sesuatu, anda segera termenung. Fikiran anda jauh melayang dan pancaindera anda tertutup untuk menyedari hal-hal yang berlaku di sekeliling anda. Di mata anda terbayang-bayang wajah si dia dan anda berada di sampingnya.

7. Dating
Ada sahaja alasan anda ajukan kepadanya untuk berjumpa. Kemudian secara terang, anda tawarkan keluar bersama. Kesempatan yang terluang atau di hari cuti pasti anda habiskan untuk dating. Kadang-kadang anda buat temujanji lagi di waktu malam sekalipun baru petang tadi anda berdua sudah berjalan-jalan.

8. Rindu
Anda tidak dapat mengawal perasaan. Setiap saat mengingati si dia, bagaikan terdengar suaranya sayup-sayup di telinga. Apapun yang dipandang akan mengingatkan anda kepada si dia. Anda ingin berjumpa dan melihat wajahnya.


9. Bergayut di telefon
Sekalipun bayaran telefon mahal, anda sanggup menghabiskan masa berjam-jam sehingga terjejas masa tidur anda hanya untuk berbual kosong dengan si dia. Anda tidak peduli kalau bil meningkat atau perlu beli kad telefon banyak-banyak. Yang penting dapat dengar suaranya untuk melepaskan rindu. Lagipun anda baru lena tidur setelah mendengar suara si dia.

10. Berubah citarasa
Kehadiran si dia berjaya mengubah citarasa anda tentang pelbagai perkara. Sejak kebelakangan ini, anda lebih berminat untuk menghayati senikata lagu-lagu berirama sentimental yang bertemakan percintaan. Sebelum ini anda lebih gemar mendengar irama rock, heavy metal dan hip hop.

11. Memberi hadiah
Anda memberi si dia hadiah padahal hari lahirnya masih jauh. Anda peka dengan perkembangan semasanya supaya dapat dijadikan alasan untuk memberikan hadiah. Malah, tiap bulan anda memberikannya hadiah sekalipun harus berbelanja besar. Yang pasti, anda akan memberikan hadiah yang paling istimewa di hari lahirnya nanti.

12. Awal ke tempat kerja
Sejak menaruh minat kepadanya, anda lebih bersemangat untuk datang ke pejabat malah datang lebih awal lagi. Anda harapkan ada peluang anda berbual berdua dengannya atau sarapan pagi bersama di kantin.

13. Lebih rajin
Prestasi kerja anda semakin men ingkat jika dibandingkan sebelum ini. Anda jadi lebih semangat, kreatif dan berfikiran positif. Perkembangan anda yang membanggakan itu disenangi kawan-kawan dan majikan.

14. Menjaga penampilan
Penampilan anda tidak lagi ringkas dan sederhana. Meskipun anda lelaki, anda akan mengunjungi salon kecantikan untuk potongan rambut yang bergaya dan rawatan muka. Pakaian anda berubah corak menjadi lebih menjurus kepada fesyen mutakhir. Wajah berhias dengan mekap hingga nampak mempersona. Dari rambut ke hujung kaki anda cantik menawan dan segak bergaya.

15. Defensif
Maknanya anda melakukan pembelaan. Pantang orang lain salah cakap atau sekadar mengusik, anda akan mempertahankan si dia meskipun sampai anda marah dan timbul permusuhan. Ada masanya percakapan mereka itu ada kebenarannya, tetapi anda tetap bersikap defensif.
      

16. Merajuk
Sedikit salah, sedikit silap anda lekas merajuk. Anda sanggup tidak makan tengahari atau tidak menegur sapa selagi si dia tidak menegur dan meminta maaf. Anda juga terus merajuk sehingga dia berkali-kali memujuk.

17. Mudah bersalah sangka
Anda mudah merasa hampa lalu kecewa jika kemahuan atau permintaan anda tidak dipenuhi. Misalnya si dia tidak hadir temujanji, anda sangka dia mungkir janji. Anda anggap dia tidak memberi perhatian dan tidak mempunyai perasaan.

18. Sentiasa kata ‘Ya’
Apa pun katanya, pendapatnya dan permintaannya, anda jawab dengan ‘Ya’. Anda sentiasa akur dan menurut sekalipun ada di antara permintaannya yang keterlaluan dan pendapatnya kurang anda senangi.

19. Sanggup berkorban
Untuk si dia sanggup bersusah payah melakukannya semuanya. Dengan rela hati anda jadi pemandu peribadinya, jadi orang suruhan, meluangkan diri anda untuknya di hari cuti dan memenuhi setiap permintaannya.

20. Jadi orang lain
Tiba-tiba anda jadi pelakon yang terbaik kerana mahu memenuhi cirri-ciri peribadi yang menjadi idaman si dia. Di depannya anda seorang romantik dan berlemah lembut sekaipun kenyataannya anda seorang yang kasar dan mudah marah. Demi si dia, anda sanggup berubah menjadi orang lain


21. Prihatin
Anda bukan hanya ambil tahu malah sentiasa menghulurkan tangan membantu. Anda akan pastikan si dia tidak mengalami sebarang masalah dalam kehidupan sehariannya dan menjamin kebajikan dan keselamatannya.

22. Berkhayal
Potret wajah si dia jadi teman setia di waktu keseorangan. Ada masanya anda habiskan masa hanya merenung wajahnya di potret sambil berangan-angan jauh. Berkhayal seperti itu anda rasa bahagia.

23. Inginkan persamaan
Sejak mengenali si dia anda berusaha mengikuti kegemaran dan citarasa untuk mempamerkan anda meminatnya. Anda akan mengemari filem dan lagu Hindustan, masakn barat dan meniru setiap tingkah lakunya. Anda mahukan wujud persamaan anda dengan si dia.

24. Sumber ilham
Kata-katanya menjadi pendorong semangat. Anda sedari bahawa anda mempunyai kemampuan untuk melangkah jauh dan mengejar cita-cita anda. Rupanya anda ada kelebihan tersendiri yang baru anda sedari. Si dialah yang membuka minda anda. Dialah sumber ilham anda.

25. Pasang impian
Anda sering termenung membayangkan impian masa depan anda bersama dia. Selalu berdua ke mana sahaja, lalu mendirikan rumahtangga, mempunyai sejumlah anak yang comel dan tinggal dalam sebuah rumah idaman bersama. Anda dan dia sama-sama susah dan senang dalam menjayakan cita-cita sekeluarga.

26. Suka memuji
Dari pendiam anda jadi seorang yang ramah mesra dan suka memuji. Anda peka dengan penampilan si dia dan lekas memberikan pujian dan sanjungan. Hati anda rasa berbunga-bunga dapat memuji dan apalagi kalau dia merasa bangga dan senang hati oleh puji-pujian anda.

27. Mulut manis
Anda hanya berkata hal-hal yang baik sahaja ketika bersamanya. Anda akan bersetuju dan mendukung percakapannya sekali pun tidak anda sukai. Tujuannya kerana anda tidak mahu menyinggung perasaan. Tambahan anda tidak mahu menjejaskan perhubungan yang baru berputik itu.

28. Tanda ingatan
Anda memberikan sesuatu yang istimewa seba gai tanda ingatan. Jika buku diberikan, anda akan tulis sedikit kata-kata di dalamnya sebagai renungan atau kenangan. Di hari raya anda hulurkan kad raya atau kad ucap selamat di hari lahirnya. Sekalipun tidak berterus-terang, dari kata-kata yang tercoret di dalam buku dan kad dapat mencerminkan luahan isi hati anda terhadapnya.

29. Inginkan perhatian
Anda selalu mengharapkan si dia memberikan perhatian dan mahu meluangkan masa bersama anda. Walaupun anda tidak mahu menyusahkan si dia, namun sedikit perhatian yang diberikannya sudah cukup menggembirakan hati dan anda hargai.

30. Bertekad memilikinya
Secara drastik, anda berhasrat untuk memilikinya. Apapun keadaan dirinya, anda pasrah dan menerima. Anda ingin selalu di sampingnya, menjadi teman hidupnya sehidup semati.

Rasanya korang ada tak satu dua yang tersangkut @ termasuk dalam senarai ni..? cer komen sket...

Motivasikan diri

Haish...selalu pepagi ni mood bekerja tu agak slow la sket, almaklum la, mood tido tu x abis lagi... heheheh....jadinya sekali sekala kita motivasikan diri kita tu salahkan?..tak semestinya kena pi kelas motivasi pun, cukup kita membaca sesuatu yg boleh memotivasikan jati diri..org kata dengan cara baca bingkisan-bingkisan @ ayat-ayat motivasi pun sudah mencukupi untuk menaikkan semangat kita..

Nape aku ckp psl motivasi? ok nak motivasikan ni bukan hanya sbb org tu down sbb x de semangat or hilang arah dlm hidup..kadang2 motivasi ni diperlukan dlm diri kita setiap hari, setiap saat, setiap minit, jam & waktu. Lagipun ingat org yg hilang arah tujuan hidup sbb kecewa psl bercinta, pasal kegagalan je ke yg kena dptkan motivasi..pleaseee la. Kadang-kadang org yg ada mslh hutang pun kena ada motivasi tuk tenangkan jiwa, org yg susah nk dpt pasangan hidup pun kena cari motivasi tuk muhasabah diri, org yg selalu wat salah & silap dlm setiap apa pekerjaan @ tugasan pun nk kena motivasi..

Ok bila dh cite psl motivasi ni ada la sedikit cebisan @ bingkisan motivasi dr Prof Muhaya, antara insan yg suka memberikan motivasi untuk dikongsi bersama :


Lagi satu x salah pun kita sekali sekala beli buku-buku motivasi ni.. sbb kadang-kadang buku tu boleh di buat rujukan tuk bina semula jati diri yg mungkin ada masanya merudum..antara buku-buku boleh kita cari macam buku "Hidup Tenang Walaupun Berhutang" Karya Shamsuddin Kadir, "Petua Mendapat Pasangan" nukilan Dato' Dr. Mohd. Fadzilah Kamsah bagi mereka yg msh belum bertemu pasangan hidup buku-buku motivasi karya Dr HM Tuah pun bagus mcm buku "Membina Rasa Cinta", "Buat Sampai Jadi" & banyak lagi la..

Kalau nak motivasi yg boleh ceriakan hati, minda kita boleh jugak kita dgr video & bingkisan kata2 dr Ustaz yg tengah meletop tu.. Ustaz Azhar Idrus..hehehe

Antara Buku Motivasi yg boleh dibaca




M.A.I.D


Semalam masa lunch hour aku gi KL Sentral kejap sbb nk gi cari kasut kt satu Lot kedai brg2 dr kilang..selesai membeli belah kt situ..sbb masa masih panjang maka aku saja2 la singgah kt satu kedai buku kt tkt 1 KL Sentral.. sekali aku terbeli la satu novel baru.. Boleh tahan gak la tebalnya..tajuk pun unik gak tp simple.. "M.A.I.D". Kalau diterjemahkan lam bahasa melayu pembantu rumah. Jom kita review sket sinopsis novel ni, lepas tu terpulang pd pembaca nk gi beli @ tidak.. ;)

Sinopsis:

Terdesak untuk melucutkan gelaran penganggur yang disandangnya, Noorul rela dalam terpaksa menjawat jawatan sebagai pembantu rumah kepada Harris Tan Sri Hamdan. Sikapnya yang cepat gelabah sering mengundang kemarahan Harris, si cerewet tahap gaban hingga menyebabkan Noorul menggelarnya Mr.F (fussy).

Daripada berbalas-balas nota berkaitan dengan kerja pada awalnya, boleh pula mereka makan semeja.

Fitnah yang melanda menyebabkan Noorul dan Mr. F terpaksa disatukan. Siapa punya angkara? Asyraf? Musuh perniagaan Tan Sri Hamdan?


Serabutnya Noorul hanya Allah yang tahu. Dia terpaksa berhadapan dengan Puan Sri Kirana yang enggan menerimanya sebagai menantu, Elisa - perempuan 'plastik' yang tergedik-gedik memburu cinta Mr. F, Nurina - bekas kekasih Mr. F yang pulang semula ke Malaysia untuk menagih kembali cinta Mr. F dan si petualang yang mengharu-birukan hidupnya.


Apakah perisai Noorul untuk menghadapi pancaroba ini? 'Kuali'? 'Sudip'?

Jutawan Akhirat vs Jutawan Dunia

Nabi Muhammad s.a.w bersabda, "Sesiapa yang menjadikan akhirat sebagai tujuannya, Allah s.w.t menjadikan kekayaan di dalam hatinya,
menghimpunkan bagi segala urusannya dan dunia datang kepadanya dalam keadaan tunduk.

Sesiapa yang menjadikan dunia sebagai tujuannya, Allah s.w.t menjadikan kefakiran dekat kepada kedua-dua matanya, memisahkan-misahkan urusannya dan dunia tidak akan mendatanginya melainkan sedikit yang telah ditentukan baginya " (Riwayat Al-Tirmizi dan dinilai sahih oleh Al-Albani).

- maksud kefakiran dekat kepada kedua-dua matanya adalah semua yang dia tengok, rasa diri tak cukup je harta yang dimiliki dan timbul rasa tidak puas hati bila tengok harta orang lain.

- maksud memisah-misahkan urusannya adalah dia akan selalu stress, tertekan dalam usaha mengumpul harta dunia -

Nabi s.a.w juga bersabda "Bukanlah kaya itu (hanya sekadar) kaya pada harta, tetapi kaya itu adalah kaya jiwa" (Riwayat Muslim)

Pepatah cina ada menyebut, andai mahukan kebahagian setahun , semailah benih, andai mahukan kebahagian sepuluh tahun, tanamlah pokok dan andai mahukan kebahagian seratus tahun, didiklah manusia.

Perhiasan Rumah Yang Dilarang Islam

RUMAH adalah tempat perlindungan & beristirehat.. pastinya setiap orang inginkan ketenangan setiap kali berasa di rumah.. Dlm mencari ketenangan tentu shj kita memerlukan rumah yg bersih tanpa wujudnya brg2 yg boleh mendatangkan kemusyrikan kepada kita.

Dlm hadis yang diriwayatkan oleh Ibnu Hibban, Rasullah s.a.w. bersabda : "Empat unsur yg membawa kebahagian iaitu isteri solehah, tempat tinggal yg luas, jiran yg baik & kenderaan yg menyenangkan hati."..


Manakala dlm surah an-Nahl (80), Allah s.w.t. berfirman: "Allah menjadikan untuk kamu rumah-rumah kamu sbg tmpt yang menyenangkan"...

Oleh itu, dalam menghias rumah, tidak harus wujudnya unsur2 berbentuk syirik spt patung.. Ini kerana dalam mencari ketenangan, kita juga mengharapkan supaya malaikat rahmat masuk ke dalam rumah, keran malaikat tidak akan masuk ke dlm rumah yg mengandungi patung...

Dlm hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari & Muslim, Rasullah s.a.w. bersabda: Sesungguhnya malaikat tidak akan masuk ke rumah yang didalamnya ada patung"

Begitu juga dgn rumah2 yg dihiasi dgn gambar-gambar berbentuk lucah wanita tidak berpakaian seumpamanya...

Kadangkala terdapat rumah yg mempunyai kwsn yg luas & pd zahirnya kelihatan tenang & cantik tetapi malangnya tidak dimasuki malaikat sbb wujudnya gambar-gambar berunsur kemaksiatan patung2 hiasan & seumpamanya... 
  • CACATKAN ANGGOTA PATUNG
anak patung permainan anak2 perempuan
         Sekiranya terdapat perhiasan berbentuk patung di dlm rumah, maka hendaklah dicacatkan anggotanya spt patahkan kepala patung tersebut/ yg sewaktu dgnnya..Ini berdasarkan sebuah hadis yg menceritakan tentang keengganan Jibrail a.s memasuki rumah Rasullah s.a.w. kerana di pintu rumahnya ada sebuah patung... 
Hari berikutnya pun Jibrail tidak mahu  masuk, sehingga dia mengatakan kepada Nabi Muhammad "Perintahkanlah supaya memotong kepala patung itu". Maka dipotonglah ia sehingga keadaannya menjadi spt sepohon pokok... (riwayat Abu Daud, Nasai & Termizi & Ibnu Hibban).. dengan kecacatan tersebut, tiada kemungkinan patung itu akan diagung2kan, bagaimanapun patung2 permainan yg digunakan oleh anak2 perempuan dibolehkan dlm Islam kerana permainan sebegini sekurang-kurangnya boleh mengajar anak-anak untuk masa akan datang cara mendidik anak2 mereka.
  • TIDAK BERNYAWA
          Menyentuh isu perhiasan yg dibolehkan dlm Islam, adalah seperti ayat2 suci al-quran, pokok, gmbr2 permandangan / benda yg tidak bernyawa... Tidak salah dlm islam membuat perhiasan drpd gmbr berbentuk permandangan laut, perkampungan, pohon dihutan, sungai & sebagainya yg selari dengannya...Cuma yg tidak dibenarkan oleh Islam antaranya ialah gmbr2 artis yg memperagakan auratnya untuk tatapan umum/gmbr org kafir (org bkn Islam) yg melakukan musyrik terhadap Allah s.w.t... 
Gambar2 artis yg tidak dibolehkan sebagai hiasan
Islam tidak menggalakan gmbr2 spt ini kerana ia melambangkan keagungan / timbul perasaan memuja mereka. Menggantungkan gmbr2 org alim dibenarkan sbb ia dilihat dr sudut ketokohan & kelebihan ilmunya & islam mengharuskan gmbr sebegini untuk dijadikan contoh.. Begitu juga gmbr2 keluarga / haiwan yg diambil secara fotografi dibenarkan kerana boleh menjadi kenangan.

Hiasan ayat-ayat suci al-quran

  •  SEKSAAN HARI KIAMAT
        Islam melarang perhiasan pinggan mangkuk yg diperbuat daripada emas & perak kerana bilamana adanya perhiasan sebegini di rumah, kemungkinan besar akan menimbulkan perasaan /sifat sombong, riak & ingin menunjuk2 kemewahan yang ada padanya.. Larangan ini adalah untuk menjaga hati fakir miskin supaya tidak merasa rendah diri / wujudnya perbezaan / jurang yang berlebihan antara golongan kaya & miskin.

Manakala bekas-bekas acuan kuih muih yang berbentuk haiwan, ia dibolehkan kerana acuan2 ini akan dibuat dlm bentuk makanan yang akhirnya akan dimakan, tidak simpan & tidak kekal maka ia dibolehkan.. Begitu juga halnya dengan permaidani yg ada gmbr binatang, tidak haram diletakkan di dalam rumah sebab ia diletakkan di dlm kedudukan rendah.. Permaidani akan dipijak & ia tidak akan membayangkan ia diagungkan.

Islam juga mengingatkan, orang yg mengukir & memahat patung akan menerima azab yang dasyat pada hari kiamat.. Sabda Rasullah s.a.w: "Sesungguhnya org yg paling berat seksaanya pd hari kiamat ialah org yg membuat ukiran/memahat patung ini..  dalm satu riwayat diterangkan : Orang yg menandingi kuasa ciptaan Allah".... (Riwayat Bukhari & Muslim). Dlm hadis lain yg diriwayatkan oleh Bukhari, Rasullah s.a.w bersabda : Sesiapa yg membuat patung, pada hari kiamat nanti dia akan dipaksa untuk meniupkan roh padanya, pada hal dia selamanya tidak dapat meniupkan roh itu..

Maksud hadi ini ialah, Allah akan menyuruh orang yg membuat patung itu meniup roh sehingga boleh & ini tentu sahaja merupakan satu seksaan &  penghinaan kerana bukan kerja manusia meniupkan roh.
          

Cara Pemakaian Hijab Yang Betul

Aku tertarik nak share satu artikel yang aku dpt dari sebuah blog,  www.tupai.com.my, nukilan Nadia Najib. Satu artikel yang ada kaitan dengan kita sebagai wanita/gadis muslim.. sesuatu bahan bacaan yg seharusnya kita teliti dan kemudian kita jadikan satu panduan....Jom kita baca apa tulisan beliau.


Bertudung bukan sahaja trend, malahan ianya adalah satu tuntutan kepada semua wanita Muslim agar menutup aurat. Perkembangan trend bertudung dilihat semakin berkembang dengan adanya fesyen tudung terkini dengan pelbagai warna yang lebih menawan untuk digayakan.

Selain daripada itu juga, si pemakai tudung gemar menjadikan selebriti tanah air sebagai ikon mereka dalam menggayakan tudun. Antara selebriti yang terkenal dengan gaya bertudung mereka adalah, Datuk Siti Nurhaliza, Datin Norjuma Habib, Wardina Safiyyah dan juga Yuna dimana gaya mereka menjadi ikutan sehingga kini.

Wardina antara artis yg berhijab
Ramai yang memakai tudung tetapi pemakaianya tidak kena dengan fesyen yang digayakan dan juga tidak mengikut tuntuan syariah dalam panduan menutup aurat. Ikuti beberapa tips ini mengenai cara dan panduan bagi mereka yang memakai tudung:


Datuk Siti Nurhaliza - fesyen beliau menjadi ikutan

Tudung haruslah menutupi keseluruhan rambut
Bagi mereka yang mengambil keputusan untuk bertudung, harus tahu garis panduan menutup aurat dengan betul, antaranya adalah pastikan anda memakai tudung dan menutup keseluruhan rambut tanpa ada sehelai rambut pun dapat dilihat. Ramai yang tidak sedar akan anak rambut yang terkeluar akibat tidak diliputi dengan kemas, ingatlah bahawa anak rambut itu juga haram dilihat oleh lelaki bukan muhrim kita. Maka anda haruslah menutupi rambut dengan tudung penuh agar anak rambut dan juga rambut lain tidak dapat dilihat.

Pilihan tudung yang tepat
Jangan pilihg tudung yang jarang dan dapat melihat rambut anda di dalam. Walaupun anda telah memakai tudung. Niat anda untuk menutup aurat haruslah beserta cara yang betul. Jangan disebabkan kerana mengikut peredaran zaman yang dikatakan memakai tudung adalah kerana fesyen barulah anda memilih untuk bertudung. Apabila berniat untuk menutup aurat, tudung yang dipilih  juga harus kena dengan nawaitu kita. Jangan pilih tudung yang jarang dan digayakan tanpa memakai anak tudung yang betul. Anda masih dikira belum mampu menutup aurat dengan betul jika memakai tudung yang jarang.

Pakaian harus bersesuaian
Jangan memakai pakaian yang ketat sehingga menampakkan susuk tubuh badan anda, kerana Islam menyarankan anda menutupi aurat dengan bertudung untuk menutupi sebahagian badan selepas memakai baju agar tidak menimbulkan fitnah bagi mereka yang melihat. Jangan memilih pakaian yang singkat sehingga menampakkan sebahagian tangan anda kerana itu merupakan aurat yang wajib dijaga semua wanita Muslim.

Pakaian yang singkat dari pinggul
Apabila bertudung, pemakaian juga harus dijaga, jangan memakai baju yang pendek sehingga di paras pinggang. Pastikan baju yang dipilih melebihi pinggul kita dan longgar. Ini kerana apabila kita memakai pakaian yang ketat dan pendek, apabila kita duduk ataupun merangkak, akan nampak sebahagian badan kita di belakang.

Fesyen tudung Yuna juga menjadi ikutan remaja kini

Pastikan tudung menutupi bahagian dada dan leher
Aurat yang seringkali dilupakan wanita muslim adalah menutupi sebahagian dada dan juga bahagian leher. Ramai yang tidak mengambil endah perkara sebegini sehingga mereka memakai tudung, namun masih boleh dilihat leher mereka kerana memilihan tudung yang tidak sesuai. Pilih tudung yang lebih panjang untuk menutupi dada anda. Pastikan tiada belahan di bahagian leher agar tidak kelihatan kulit leher anda ketika memakai tudung.

Tidak menampakkan sanggul yang keterlaluan di atas kepala
Jika benar itu adalah rambut anda, cuba elakkan membuat sanggul yang terlalu tinggi di atas kepala kerana ianya hanya akan mengundang fitnah kepada mereka yang melihat. Ikat rambut anda dan simpulkan di tengah-tengah kepala dan baluti rambut anda dengan anak tudung yang boleh menutupi semua rambut sebelum memakai tudung.

Pilih tudung yang mengikut garis panduan Islam
Berikutan fesyen terkini yang kian meningkat dalam pemakaian tudung, banyak gaya tudung yang diilham dari pelbagai agama yang turut mempraktikan penutupan rambut. Oleh yang demikian pastikan pilihan tudung anda mengikut garis panduan yang telah ditetapkan.
Pemakaian tudung @ hijab yang menurut garis panduan Islam

sumber:

FREE Coffee - SAN FRANCISCO


PERHATIAN.. PERHATIAN! untuk pengemar kopi tegar, bersempena dengan sambutan ulangtahun ke 15 SAN FRANCISCO pada hari ini 06 Jun.. SF telah berbesar hati memberikan kopi percuma bersaiz regular kepada pelanggan-pelanggan mereka.


Pemberian ini hanya terhad untuk seorang pelanggan sahaja tetapi anda boleh datang beberapa kali ke mana-mana outlet SF pada hari ini. Sekiranya ingin mendapatkan kopi yg lain, selain drpd kopi percuma..pelanggan cuma perlu tambah harga perbezaan dari kopi tersebut..

cth: Kopi Percuma sepatutnya berharga RM 6 tetapi anda ingin Kopi Copuccino berharga RM 10. Jadi tambah sahaja RM 4 lagi..


Jadi tunggu apa lagi.. terhad pada hari ini sahaja!

Sunan Musafir

ALLAH menciptakan cinta, justeru cinta harus dipertahankan dengan sebaik-baik cara. Maka itu sebagai manusia, Saifudin atau Laksamana Sunan tidak terlepas daripada belenggu cinta.

Tahun 1511 merupakan detik keindahan, cabaran serta air mata. Pengembaraan Saifudin berserta sahabat-sahabatnya ternyata bukan satu perjalanan yang mudah.

Fikiran Saifudin agak terganggu apabila mendengar khabar bahawa isterinya masih hidup. Namun, benarkah Sang Dewi itu adalah isterinya, Ratna mantan Ratu Sulaman? Atau sekadar Jelmaan?


Pada tahun 1531 - Saifudin yang duah berusia memutuskan untuk bermukim di Pinggir Hulu Melaka. dia mengisi hari tuanya dengan  menghambakan diri kepada ALLAH dan meninggalkan dunia pertarungan. Bagaimanapun, kejahatan seolah-olah mengejarnya sampai ke hujung nyawa. Berjayakah Saifudin menewaskan mereka?

 
Finally aku dpt jugak novel triller yg terakhir Laksamana Sunan



RAMLEE AWANG MURSHID dalam karya terkini, SUNAN MUSAFIR, lebih banyak bermain dengan 'ruang dan waktu'. Lebih menitikberatkan 'cinta dan air mata.' Mengutamakan 'perjuangan dan kesabaran'. Yakinilah... pada ketika diri merasakan tidak mempunyai sesiapa. ALLAH itu mencukupi segala-galanya.

Hukum Memakai Contact Lens

Pada zaman kini ramai yang gemar mengenakan mata dengan pelbagai jenis contact lens. Namun ramai tidak sedar bahawa pemakaian contact lens tanpa tujuan boleh mengundang fitnah terutama golongon wanita.

Contact lens untuk kesihatan mata - hukumnya harus

Pemakaian contact lens ini bukanlah satu isu yang baru kerana trend ini sudah lama diguna pakai oleh sesetengah golongan. Namun yang membuat isu ini timbul apabila si pemakai terutamanya bagi kaum wanita adalah semata-mata untuk menarik perhatian orang lain. Tidak jadi masalah untuk memakai kanta tersebut dengan tujuan untuk perubatan atas nasihat pakar perubatan untuk memulihkan penglihatan dan bukan tujuan perhiasan atau penipuan.



1. Tujuan perubatan - iaitu orang yang memakainya kerana masalah mata yang dihadapinya iaitu ia memakainya sebagai ganti cermin mata. Hukumnya adalah harus dengan syarat tidak mendatangkan mudarat kepada si pemakai.

2.Tujuan perhiasan - iaitu memakainya sekadar suka-suka, bukan kerana keperluan (yakni bukan kerana masalah mata). Ia masuk dalam hukum perhiasan. Perhiasan diharuskan selagi tidak melanggar batasan syarak iaitu

i) Tidak mendedahkan aurat dan berlaku tabarruj

ii)Tidak mendatangkan fitnah iaitu menimbulkan ghairah orang lain terutamanya wanita (yakni tidak harus wanita memakai perhiasan yang boleh mendatangkan ghairah atau mencuri tumpuan@ perhatian lelaki kepadanya)


iii) Tidak mengubah ciptaan Allah swt.

iv) Tidak berbentuk penipuan atau pemalsuan



v) Tidak menyerupai perbuatan orang kafir


iv) Tidak berlebih-lebihan


vii) Tidak memudaratkan


Merujuk kepada syarat-syarat di atas, sebahagian ulamak telah memfatwakan haram memakai contact lens yang berwarna (yakni mengubah warna mata yang asal) kerana ia mengubah ciptaan Allah swt, ia juga berupa penipuan/pemalsuan dan juga meniru perbuatan orang kafir disamping ia memudaratkan sebagaimana disahkan oleh para doktor sendiri. Di tambah lagi bagi perempuan, ia boleh menimbulkan fitnah (iaitu mencuri perhatian lelaki kepadanya. 

Melayukini. net - Jadi kembalilah kepada fitrah alam, apabila seseorang itu cuba mengubah sesuatu ciptaan Allah swt bermakna seolah-olah ia tidak redha dengan apa yang diterimanya. Bersyukurlah kepada Allah, kerana masih ramai insan yang kurang bernasib baik yang tidak dapat melihat ketika hayatnya.

Cik Bunga Dan Encik Sombong


Sinopsis:
Aku? Aku INTAN ASNIDAR. Mana cantik pun. Kulit pun ala-ala hangit. Kerja di kedai bungan dengan gaji cukup-cukup makan. Tak ada apa-apa yang istimewa tentang aku melainkan aku ada sebuah keluarga yang sangat bahagia.


Dia? Dia memang segak. Nama dia pun sedap HARRIS ISQANDAR. Kalau sekali pandang mesti tak nak lepas. Kulit dia putih amat sampai mak ingat aku dah bawa balik orang Belanda masa aku bawa dia datang kampung aku buat kali pertamanya. Tapi tak kisahlah semua tu, tak penting sangat. Kemudian-kemudian nanti, rupa paras tu bakal duduk tempat keempat atau kelima.


Asal-asalnya, dia suruh aku jadi tunang terkejut dia sebabnya gadis yang sepatutnya jadi tunang dia pada hari tu sudah lari. Okeylah sebab satu hari saja, kira aku tolong orang dalam darurat. Tapi paling terkejut bila dia cakap,

"Okey Intan, mulai sekarang, awak adalah tunang dan bakal isteri saya. Sekiranya ada sesiapa kacau awak, tolong jangan berahsia dengan saya sebab kita bakal menjadi suami isteri. Suami isteri tidak boleh ada sebarang rahsia."


Terkejut amat aku. Tapi sebelum tu mak dia, Datin Nora ada beri amaran kepadaku, "Jangan mimpi nak jadi menantu saya!".


Ah!Aku pun tak nak jadi menantu dia. Tak berminat langsung. Tapi sungguhlah kata orang, kalau sudah jodoh, tentu saja tak ke mana. Tinggal lagi, lama manakah rumah tangga tersebut bakal bertahan atau benarkah INTAN ASNIDAR itu hak milik kekal HARRIS ISQANDAR?


Ok macam mana? menarik tak sinopsip novel ni? Seronok baca novel ni sebab buat kita terbayangkan macam mana la agaknya jadi tunang & seterusnya pengantin bidan terjun. Ada ke hal2 mcm ni jd kat dunia realiti kehidupan kita sekarang? Kalau ada tu mesti menarikkan. Aku bagi 5 novel karya AIRISZ terbitan Karya Seni.. hargapun berpatutan dengan ketebalan muka surat novel ni.. Pada yg belum lagi baca novel ni disarankan beli la sebagai bahan hiburan ringan untuk kita realease stress & bosan.. sbb jln cerita santai sekali dan sekali sekala boleh buat kita tersenyum & tergelak2 sorang...lagi pun tak rugi sebenarnya luangkan masa membaca ni..