Dah Terlebih...

Assalamualaikum kawan2.. hari ni cik Pari-Pari online dengan gaya sentap mak jemah u all...ni semua gara-gara ada sorang hamba allah ni, dah terlebih sudah xtra pandainya...Mak Jemah pun tak terlebih pandai macam dia tau..Haishhh.. susah jugak bila dah ada sikap terlebih rajin, terlebih pandai, ter.. segala2 ter...la, sampai ter "intterup" orang lain ye keje..

Tapi kot dia paham ngan apa segala yg "ter" tu tak ape jugak.. ini karang nyusahkan cik Pari-Pari jugak....sudahnya mak jemah ni lah juga yang kena update, cover bagi pihak dia...Kawan-kawan ada ke kes gaya gini? Rasa2 kawan-kawan apa yang patut cik Pari-Pari buat, nak kena sound gaya macam mana agaknya bila berdepan orang spesis ala "Ada Aku Kisah" ni?

 Cer korang bagi sikit idea atau pendapat bernas kt cik Pari-Pari, mana la tahu kot ada yang boleh diguna pakai...hahahah.Tapi apapun petang hari yang sedang berdendang kat atas sana dengan guruh tu, nak hujan ler tuuuuu! meh kita layan lagu ni sket... Skyfall - Adele... ;)

Jalan-Jalan Cari Makan

Assalamualaikum.. kawan2 ni Cik Pari-Pari baru sempat on9, hadoiii.. bz tul mak jemah ni kan? tapi dalam bz tu sempat lagi la cik Pari-Pari ni menyelit kt xtvt program office.. futsal la, training dart la, training ping pong la.. Aiyak! dah ngalahkan atlet la pulak!

Dah tau dah nak cite apa..ari ni meh cik pari-pari share gmbr psl makan...makan2 bukan plan pun just kebetulan jumpa tempat makan sedap tetiba rasa cam nak share.. hehehe!

Cendol Kacang Merah & Cendol Jagung
Ok cendol ni kat satu stall mamak bawah pokok kt simpang Pekan Sungai Besi.. stall mamak ni dah lama tau.. dari stall biasa sejak cik pari-pari sekolah rendah, sekarang dah bertambah besar, ada stall atas lori pulak.. mmg terbaik..!

Breakfast Spagetti kat Deli Oasis Cafe - Bangsar ..
Spagetti ni pulak cik pari-pari makan masa breakfast kt Deli Oasis Cafe, Bangsar..Cafe ni tepi jalan je, turun LRT Putra, kemudian nampak Rapid Transit Bus..kedepan sikit dah nampak.. Spagetti ni ala-ala Spagetti Olio mcm kat Kenny Rogers tu.. ;)

Kueh Teow Kari

Ala-ala mee sup tapi ada udang
Sedap ! - Set Nasi Kerabu yg  meriah dgn lauk2
haha.. yang 3 gambar makan ni pulak kat tempat yang sama iaitu The Treats Cafe, KL Sentral tapi pada hari yang berbeza..Gambar memula tu.. Kueh Teow Kari.. sebenarnya menu asal Mee Kari. Oleh kerana cik pari-pari tak berapa gemar mee kuning, as special request.. dari cik Pari-pari, bertukar jadi Kueh Teow Kari...sedap tau, ada udang, kuah tak berapa pedas..& pekat tul kuah dia..!

Cik Pari-pari makan ni waktu lunch pada 18 Okt 2012 dgn kawan pejabat cik pari-pari..Kawan cik pari-pari pulak pilih menu berasaskan mee kuning.. tapi boleh pulak terlupa nama menu pilih kawan cik pari-pari.. gambar menu tu yg kedua..Menu pilih kawan cik Pari-pari ni lebih kurang Mee Sup la..


Dan gambar yang paling akhir ni pulak.. santapan cik pari-pari pada waktu lunch tadi (19 Okt 2012) iaitu Set Nasi Kerabu..tengok la betapa meriah ye pinggan tu.. ada ayam goreng, ikan goreng celup  tepung, keropok, sambal belacannya.. menjilat jari..yummy2x..

Jadinya pada sesape yg ada tau atau nak cuba.. boleh la cari & singgah rasa, tp jgn marah cik Pari-pari kalau selera kawan-kawan tak sama rasa dengan lidah cik Pari-pari.. okey!..

Istiadat Konvokesyen - Lain dari yang lain..

Assalamualaikum kawan-kawan.. maaf la akhir-akhir ni cik Pari-Pari tak berkesempatan betul nak mengupdate blog ni..macam-macam hal yg jadi, Pagi Rabu 10 Okt 2012 sebaik habis je sarapan cik Pari-Pari dapat panggilan dari rakan sekolah rendah menyatakan bahawa seorang rakan sekolah rendah kami telah kembali ke rahmatullah bersama bayi yang dikandung 7 bulan kerana masalah jantung lemah & tidak dapat berfungi pada malam 9 Okt 2012.

Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas mu wahai sabahatku Fatimah Samat. Tim @ Ima, kami sabahat-sahabatmu akan sentiasa merindui mu.

Allahyarhamah Fatimah Samat - sahabat cik Pari-Pari ketika Sek.Keb.Sg Besi, KL

Sesungguh setiap dari kita pasti akan kembali kepada penciptanya iaitu Allah swt, cuma bila, dimana, bagaimana tidaklah diketahui lagi. Tapi apapun kita yang masih hidup harus meneruskan kehidupan dengan mengisi setiap ruang-ruang kosong dgn pengisian-pengisian keagamaan sebagai bekalan untuk diakhirat nanti..

Ok lah petang sabtu ni sedang dilanda kehujanan ni cik Pari-Pari nak kongsi satu clip video sebuah adat istiadat konvokesyen yang unik dan lain daripada kebiasaan. Cik Pari-Pari terjumpa clip ni kat blog Wowberita.org. Macam yang kita semua tahu, untuk setiap istiadat konvokesyen ni ada tertib dan etikanya dari cara berjalan, cara hormat dan juga cara ketika menerima scroll pengajian. Bagaimanapun untuk konvokesyen pelajar Jurusan Seni Tari Persembahan, Universiti Malaya (UM) ni pula berbeza dan unik dengan cara tersendiri..

Nak tengok? Ok Jom kita tengok..!

Kisah pengajaran buat kita....

Assalamualaikum semua kawan2 Cik Pari-Pari, harapnya semua sihat la ye..kalau tak sihat tu cepat-cepat ambik ubat @ dptkan rawatan daripada pakar yg lebih arif iaitu doktor.. jgn dah teruk, dah kritikal baru nak cari doktor..

Hari ni Cik Pari-Pari cuma nak kongsi sebuah kisah yang Cik Pari-Pari baca di Facebook yg telah dikongsikan oleh rakan-rakan FB Cik Pari-Pari. Kisah ni boleh kita jadikan sebagai pengajaran dan juga peringatan untuk diri sendiri dan juga orang lain.. Kisah kepayahan seorang lelaki yg berusaha mencari rezeki di tengah panas terik demi keluarga..seorang lelaki tidak miskin yang dipandang sepi sahaja usaha beliau hanya kerana dia kelihatan seperti pengemis...
Lelaki yang berbaju Putih itulah yang dimaksudkan..

Mari kita baca kisah beliau yg sepertimana yg telah dkongsikan oleh insan yg berhati mulia & bersimpati dengan beliau.

"Rasanya semua orang di Malaysia pernah terserempak dengan saudara seperti ini. I watched from inside McD's play place, saudara ini mengetuk BMW, Merc, Camry dan kereta-kerea mewah sewaktu dengannya yang beratur di Drive thru. SATU JAM berlalu, matahari makin perit, tak sorang pun sudi beli.

Setelah pasang niat moga diberi kesempatan untuk membantu saudar ini sekadar yang mampu, I searched for him on my way out but couldn't find. Surprisingly he was near my car (on the other side of the drive thru lane) when I wanted to go home.

Kami bebual ringan, sambil diri ini terkial-kial meletakkan anaqi (anaqi rasanya anak hamba allah ini)  di car seat, dan makanan tak habis McD di kaki seat. Dia terkejut saya boleh cakap kelantan, biarpun saya bukan dari kelantan. Keropok RM 20/paket, kalau beli dua RM 35 katanya. Sementara saya membuka purse nak keluarkan RM 35, saudara ini sempat memberi nasihat, yang "anak itu harto Allah bagi kat kito, keno jago memolek". Dia mintak maaf bukan niat nak beri ceramah, saya kata tak perlu minta maaf, kita kena saling mengingatkan. Saya tanya abang ada anak? Anaknya 3 orang di kampung. Dia merantau mencari rezeki.

Bila saya bagitau saya nak beli 2 paket, dia tunduk mencari-cari, saya perasan bajunya dah banyak bertampal-tampal. Kain jubahnya lusuh sekali. Maaf cakap, kalau dirumah saya dah  jadi kain buruk. Hati ini tersentuh sangat-sangat. Tetiba teringat Rasullah s.a.w dan para sahabat. Agaknya macam ni lah pakaian mereka (Sayidina Umar diriwayatkan ada 14 tampalan di bajunya). Saya melihat dlm purse, ada duit RM 50 sekeping. Saya beri padanya, dan bila dia nak bagi balance saya kata " tak po lah abe, sedeqah sayo untuk anak2 abe".

Dia terduduk. Terus sebak teresak2. Saya tergaman. Passerby started staring. Dalam sedu dia kata "timo kasihlah dik. susohnya nok cari rezeki untuk anok2.. make minum pun tak tentu"...sebak sendunya makin kuat.. Allah sj yang tahu apa yang dia rasa. Berejam di tgh panas, minta belas org2 berada yang duduk dalam kereta aircond, tak sorang pun sudi membantu. Bukan minta sedekah, dia ikhtiar sekadar kemampuan dia.

Saya cuba beri sedikit peringatan buat dia dan diri saya. "Jange sedih abe. Kita ado Allah, tak po kito miskin didunio pong, yang penting akhirat kito kayo. Biarlah kok oghre nok kato lagu mano pon, asalke Allah tok hino kito.. sabar deh.. Allah ado.. cukuplah Allah buat kita abe..HasbiaAllah"

Dia masih sebak, saya tak tahan terus masuk kereta dan menangis sepuas2nya dalam kereta.

Anak2ku Amirul Shaqil Azmir & shireen Ara Alyssa, kalau jumpa saudara kita yg berusaha keras mencari rezeki mcm pakcik ni, bantulah sekadar mampu. Biarpun kita tak makan keropok yang dia jual, boleh je sedekahkan kat jiran ke, saudara mara ke, pak guard ke, hatta tol booth operator pun kita boleh bersedekah (kalau dah tak suka apa yang dijual). Tak makan bukan alasan untuk tidak membantu. Janji kita bantu pulihkan semangat yang menjual, untuk berusaha lagi mencari rezeki dengan cara yang halal. RM 10-2  is nothing to us, but  it could mean with or without rice for the day for them. Rezeki Allah bagi untuk kita agih2kan, bukan untuk disimpan sampai jadi gunung.

Berkongsi cerita bukan nak bermegah dengan RM 15 yang sy sedekah, tapi untuk membuka mata hati diri ini & yang sudi membaca. Semoga Allah jauhkan diri ini, anak2, suami & semua umat dari sifat ujub & riak. Wallahua'lam."


-Credit info Majlis Ilmu Bangi.

Sedih bila Cik Pari-Pari baca kisah teladan ini, bersusah payah lelaki ini mencari duit untuk sesuap nasi demi keluarga beliau.. rela dia buang rasa malu dengan mencari rezeki dengan cara itu..Sebak rasanya.

Jadinya kawan-kawan kita ambilah ikhtibar dari perkongsian ini.. bukan semua orang miskin itu pemalas, bukan semua orang miskin itu bernasib baik, bukan semua orang miskin itu pengemis @ peminta sedekah.. Masih ada orang miskin yang rajin berusaha mencari rezeki yang halal dengan cara seperti lelaki dalam gambar td..mungkin pada mereka2 yang bernasib baik hidup dlm kemewahan, pabila memandang lelaki itu dari segi penampilan cara beliau mengetuk tingkap kereta hanya nak meminta sedekah..Sesungguh pekerjaan yang beliau lakukan itu lebih mulia dari mereka yg meminta sedekah kerana beliau cuba juga mencari jalan untuk teruskan kehidupan demi anak2 dan keluarga. Dan boleh jadi lebih mulia dari pekerjaan orang-orang berada dalam kereta-kereta mewah. wallahua'lam siapa tahukan.. ?

Janganlah kita pandang hina pada mereka2 yang berpangkat rendah seperti  peniaga2 kecil mcm lelaki ini...bukan itu jalan hidup yang mereka pinta tapi itulah dugaan allah beri untuk mereka..
hidup kita yang sedia ada ini juga belum tahu bagaimana penghujungnya nanti di masa hadapan...bersyukurlah dengan apa yg kita ada...