Instant Product...

Siapa suka makan kek? especially kek coklat moist..rasanya ramai yang suka makan kek tak kisah la kek apa pun kan..nak beli kat kedai memang agak mahal, nak buat pulak ada tak pandai tak pun tak tahu nak adun bahan-bahannya, lepas tu tengok resepi pulak allahuakbar, susah pulak kan..Itu persoalan yang selalu berlegar-legar kat dalam minda kita..

Tapi sekarang ni dah tak susah mana pun, dengan perkembangan teknologi rasanya banyak yang memudahkan masyarakat sekarang..orang kata sekarang ni adalah zaman @ era kejar masa jadi banyak orang tak ada masa nak tunggu buat benda-benda renyah & remeh ni. Sebab tu wujud la produk makanan segera @ intanst food..tinggal panaskan atau bukak je dari tin utk makan. Jadi sama la jugak dengan kek...inovasi untuk bahan-bahan pastry yang berbentuk segera contohnya adalah Tepung Moist Choc Cake. 


Dengan tepung kek ni sangat mudah sebab kita dalamnya terdapat:

1) Tepung Coklat Premium Coklat - siap bersukat (hanya perlu ayakkan sahaja)
2) Serbuk Koko untuk topping
3) Gula yang siap disukat
4) Sekeping kertas resepi untuk menyediakan kek.

Kita hanya tinggal tambah bahan-bahan seperti telur, minyak jagung/minyak masak, susu pekat dan air. Siap penyediaan bahan-bahan kita boleh pilihlah untuk kukus atau bakar selama 1 jam..siap boleh la kita hias ikut kreativiti atau cara yang kita suka. Mesti anda tak percaya..ok jom kita tengok contoh-contoh customer Cik tinta yang sudah mencuba tepung kek ini.






Ada yang berminat nak mencuba keenakkan tepung kek ni? Mahal tak? Jawapannya murah sahaja. 1 bungkus tepung ini anda mampu menyediakan sebiji kek seberat 1 kg..Macam mana nak buat tempahan? 

boleh sms/whatsapp ke 012-2239524 (Shelly)
atau boleh juga inbox www.facebook.com/sueaqmal.elly

Harga : RM 19.00 (400 gm)
Postage :
Semenanjung - RM 6.00
Sabah/Sarawak : RM 10.00

Tahun Baru serba baru...

Assalamualaikum pembaca Pari-pari, lama sunggun Cik pari-pari tak update blog ini ye? Tahun 2014 nak masuk bulan Mac. Tapi tak Salah pun Cik pari pari nak ucapkan Selamat Tahun Baru, sebut tahun baru ni biasanya orang akan highligh pasal AZAM tahun baru.

Cik pari-pari tak nak cerita pasal azam, tapi nak cerita pasal baru juga tapi berkenaan Iain. Sebenarnya tahun baru ni, tak semestinya kena pasang azam baru..banyak hal lagi yg boleh dikaitkan dgn tahun baru. Contohnya semester baru, kerja baru, kereta baru dan lain-lain lagi...

Macam ni cik pari-pari sendiri, tahun baru ni bnyk benda baru yang berlaku antaranya tugasan baru, semester baru dh mula, target baru dan ada lagi la....tapi antara benda baru yang selalu cik pari-pari tunggu adalah novel baru...hehehe (panjang betul mukadimah eik!)...so bercakap pasal novel baru ni..ada beberapa isu juga melibatkan novel ni..cik pari-pari skrg ni mmg ada banyak novel baru tapi banyak juga yang belum dibuka pembalut & belum dibaca...hahaha, nak tahu kenapa jadi mcm tu? Bukan sbb sayang atau saja2 beli, cuma sekarang cik pari-pari je yg tak ada masa...jadi sbb tu la berlambak-lambak novel yg belum buka pembalut & masih bau kedai orang kata...

Meh kita jom kita tengok apa novel terbaru yang cik pari-pari nak update. SIAPA perminat novel tulisan Ramlee Awang Murshid a.k.a RAM? Erk??  RAM??? Mesti ada yang cakap,  tak minat la, bahasa dia tinggi arr, novel dia pening aaaa nak faham, boleh jadi psiko aaaa baca novel dia..itu kata org yang tak minat tp kalau org yang minat mesti semua tahu novel berantai RAM yg terbanyak kan?? Tak tahu? Tak ingat? Ala novel kisah lelaki digelar SUNAN tuuuu...!!

Sebenarnya RAM dah keluarkan novel terbaru kisah SUNAN iaitu novel yang ke 7 beliau...tapi hanya akan berada di pasaran untuk jualan sekitar bulan Mac 2014 ni. Tapi Cik Pari-Pari dah pun dapat beli naskah terbaru Ramlee Awang Murshid. Mesti ramai yang akan kata eh macam mana boleh dapat dulu? Beli kat mana? hahahah.. jangan panik, jangan panik...sebenarnya pada 07- 09 Feb 2014 baru-baru ni, Karangkraf telah adakan Karnival Karangkraf di perkarangan Pejabat Karangkraf di Shah Alam, oleh sebab tu sebanyak 1000 unit Novel Ramlee Awang Murshid edisi khas "Hardcover" dijual semasa karnival tersebut berlansung. Disebabkan pada tarikh tersebut Cik Pari-Pari tak dapat turun padang tapi oleh sebab nak dapatkan novel edisi khas ni, dengan senang hati la Cik Pari-Pari minta bantuan kenalan Facebook yang berkerja di Karangkraf untuk membeli bagi pihak. Alhamdulillah beliau bersetuju untuk membantu Cik Pari-Pari.
"Hard Cover" Edisi Khas
Tapi yang menariknya tu, tak dipesan, kenalan Cik Pari-Pari ni telah mendapatkan tandatangan khas daripada penulis novel ni. Alhamdulillah seronoknya. Tak percaya? jom tengok.

Jangan Tak Percaya Lagi...
Jadi jangan tak percaya lagi ye...! Alhamdulillah novel ni dah pun selamat berada di dalam simpanan Cik Pari-Pari, cuma buat masa ni belum ada kesempatan lagi nak membacanya. Jadi pada peminat RAM yang belum dapatkan novel rantaian terbaru SUNAN jangan jealous tau? heheheh.. Nanti Cik Pari-Pari akan update Sinopsis SUNAN ni kat posting terbaru...TUNGGUUUuuuuu. So setakat inilah posting terbaru. Jumpa lagi.