The Wedding Breaker

Selamat Tengahari kawan-kawan...sihatkah kalian? Harap-harap sihat ya, bukan apa, sekarangkan cuaca tak menentu...kejap panas, kejap hujan. Jadi faham-fahamlah bila cuaca macam ni boleh undang masalah kesihatan jugak terutama bagi mereka yang kurang immunity kat tubuh badan.. cewaahhh, nasib bukan doktor..

Hmm.. rasanya dah lamakan Cik Pari-Pari tak kongsi novel terbaru yang menarik & the bommm.. (nasib tak kebabom!). Ok hari ni nak kongsi satu lagi novel karya dari Evelyn Rose..Sekali tengok tajuk ingatkan novel berbahasa Inggeris rupanya tajuk je ala Inggeris tapi isi cerita masih dalam bahasa ibudanda kita..nak tahu tajuk dia?, tajuk novel tu " The Wedding Breaker".. tu dia aihhh, ganasnya tajuk..hehehe

Cik Pari-Pari punya pemerhatian la kan.. jalan cerita novel ni memang menarik kenalah dengan cover novel ni pun sangat cantik..Nak tengok rupa novel tu.. baik kita sama-sama tengok..


Terbitan Karya Seni
Ok.. cover novel dah tengok, sekarang ni kita tengok la sikit sinopsis novel ni.. Cik Pari-Pari yakin pasti kawan-kawan akan pergi cari kat bookstore yang menjual novel ni.. Ayuh kita!

 "Saya memohon maaf kerana mengganggu majlis kalian. Tetapi sebelum Tengku Juwita bernikah dengan Tengku Adam, dia wajar mengetahui siapa bakal suaminya yang sebenar..." - Ariana Rose

Ariana Rose. Kehadirannya menyebabkan majlis pernikahan itu terbatal. Disebabkan gadis itu jugalah, reputasi dan status diri bekas pengantin lelaki itu menjunam jatuh di mata masyarakat. Siapa sebenarnya dia? Apa tujuannya dan siapa yang menghantarnya untuk merosakkan majlis pernikahan itu? Tak kira, dia akan menyiasatnya juga!

Akhirnya Ariana Rose terpaksa akur dengan balasan yang perlu diterimanya akibat perbuatannya itu. Semenjak bertemu dengan lelaki itu, banyak peristiwa yang tak terjangka berlaku dalam hidupnya.


"What's so funny?"
"Talking to me?"
"Nah...just talking to the lizard. See...there... we were talking just now. I know you won't be able to understand the lizard's language.

Tapi kenapa setelah berlari sejauh ini, lelaki itu masih ditemuinya? Setelah dia berusaha melupakan semua kenangan itu, kenapa lelaki itu kembali meruntuhkan azam dan semangatnya? Kenapa mesti ada nama itu dalam kamus hidupnya?!

"I'm gonna miss you...I'd rather stay by your side. Always."
"Sayang kat abang rupa-rupanya ya?"
"Mestilah, you are my bubbly boo and a naughty one too".

Selama ini sudah banyak perempuan yang lebih cantik daripada dia hadir dalam hidup Tengku Adam Kamil. Tapi kenapa gadis itu juga yang melekat dalam hati dan ingatannya? Adakah itu petanda yang dia memang ditakdirkan untuk dirinya?

"Satu aje kesalahan awak, Ariana... Awak dah curit hati saya." - Tengku Adam Kamil       

Ahaa.. rasa-rasanya ada ke tidak yang berlari dengan sepantas kilat pergi menjelajah segenap ruang kedai buku @ bookstore yang terdekat mencari naskah yang menarik ni.. Ayuh cepat dapatkan...

Ini je bahan terbaru Cik Pari-Pari sebab lepas ni nak pergi "mencutikan" diri Cik Pari-Pari sekejap.. insyaallah balik dari bercuti nanti ada lagi novel terbaru yang akan menyusul untuk dikongsi.. Byeeee!


Abang Nuar Oh Abang Nuar

Assalamualaikum kawan-kawan, sihat kah? Cik Pari-Pari baru je sihat sikit, al-maklumlah cuaca yg tak menentu ni, mudah la pulak penyakit nak kena tempias kat badan ni..Jadinya korang yang rasa ada tanda-tanda tak sihat tu jangan la tunggu dah betul-betul tak sihat baru nak ngadap tuan doktor kat klinik tu pulak.. (opsss.. dah mcm mak-mak pulak!)...

Sebenarnya cik pari-pari tak ada benda yang nak di kongsi kat kawan-kawan..ntah la nape akhir-akhir kurang ada mood nak mengarang pulak dah.... cumanya akhir-akhir ni rajin pulak diri ni nak melayan clip video yang menarik dari artis-artis kita..best la gamaknya sampaikan rajin nak melayannya..

Antara yang terbaru cik pari-pari dok melayan lentok syahdu..(hahaha gitu!).. Clip video terbaru Abang Nuar.. alah artis lelaki yang dok jadi kegilaan ramai anak-anak dara tu.. (cik pari-pari tidak la sampai mcm dorang tu..)..Tak tahu abang Nuar yang mana? Alahai korang ni.. sapa lagi kalau bukan Anuar Zain tu.. adik penyanyi Ziana Zain kening terangkat tu....korang ada ke idak?

Haa... kenal kan Anuar Zain, ini la semalam dalam dok melilau-lilau baca status kawan-kawan cik pari-pari kat Facebook tu ada la sorang kawan cik pari-pari yang duduk nun jauh kat London share la clip video terbaru abang Nuar ni.. wah memang meletop kau jah.. padanlah ramai anak dara yang tangkap cintan.. eh bukan anak dara je.. mak dara  pun ada.. Memang menarik & terbaik la clip video abang Nuar kali ni.. Nak tahu tajuk lagu dia.. tu hah lagu yang tengah dok meletop-letop kat radio sekarang ni.. tajuk "Ajari Aku"..

Nape cik Pari-pari kata best clip video abang Nuar kali ni.. tak nampak gaya macam clip video yang selalu artis-artis kita dok buat.. kali ni ala-ala video pre wedding gitu.. nak tahu sapa model perempuan dia.. memang sesuai tau.. Nora Danish yang comel, cute tu.. sesuai sangat...tak caya? Ok jom kita layan ... 

Deja Vu - Shila Amzah


Assalamualaikum kawan-kawan, Cik Pari-Pari tak ada apa yg nak di kongsikan sehari dua ni, bukan apa..otak jadi tepu sekejap bila dah terlalu banyak sangat benda yang nak disumbat dalam memori ni.
Tambah-tambah pulak dengan cuaca setiap hari yang ala sendu gitu...kena pulak air-cond dalam opis cik Pari-Pari ni menambahkan lagi tahap kebekuan... Oleh kerana otak tengah beku jom kita layan lagu Shila Amzah ni.. Deja Vu..cik Pari-Pari suka benar dengan bait-bait lirik lagu ni.. Jom kita..;)


Lirik:
Aku Bukan Lemah Tanpa Cinta
Hanya Tidak Mampu Sendiri Tanpanya
Biarkan Aku Menangis Kerna Cinta

Dia Hadir Mengubatkan Rindu
Mengajarkan Aku Erti Cinta
Namun Semua Tidak Seindah Ku Sangka

Chorus :
Dialah  Yang Aku Inginkan
Dia Cinta Yang Ku dambakan
Namum Semua Hanya Tinggal Mimpi
Terpisahnya Cinta 


Aku Harus Melupakannya
Aku Harus Memadam Rasa
Namun Hati Tidak Pernah Mampu
Melepas Kau Pergi
Dialah Yang Aku Inginkan
Dia Cinta Yang Ku dambakan 
Namun Semua Hanya Tinggal Mimpi

Setelah Sedar Dari Mimpi
Harus Ku Terus Hidup Tanpamu
Kini Ku Pasrah Segalanya
Tentang Cinta   

Hello Mekdi!

Assalamualaikum..kawan-kawan, cik Pari-pari dah lama tak update blog, al-maklumlah banyak sangat hal yang kena diuruskan.. oleh kerana petang-petang hari ni kepala otak dah tepu.. jom kita layan sketsa ni...sketsa perbualan anda Samad & staff McD...jom kita... ;)


Samad  : "Hello.. mekdi?" 
~McD  : "Iye.. .McD sini.. nak pesan ape encik?
Samad  : "Ayam ade?"
~McD  :  "Ade.."
Samad  : "Boleh beradu dengan ayam laga saya tak?"
~McD  :  "Huh?" (letak telefon)

Samad  : "Hello mekdi ke ni?"
~McD  : "Iye betul.. oooww ini yang tadi telefon yeee!!!"
Samad  : Nak tanye makanan ini.. ayam ada lagi?"
~McD  : "Ade...!!!"
Samad  : "Nasi... dengan eskrim ade?"
~McD  : "Masih ade..."
Samad  : "Kesian ... tak laku ekkk...?"
~McD  : "dasar orang gilaaaa...!!! (letak telefon)


Samad : "Hello mekdi?"
~McD : "Orang gilaaa ko jangan main-main eik!!!"

Samad : "Iye.. maaf nak tanye, bukak 24 jam ye?"
~McD : "Iye.. nape? nak pesan pape?"
Samad : "Tak.. cuma kesian tak tidur-tidur lagi nih..."
~McD : (baling telefon)


Samad : "Hello ini mekdi?"
~McD : "Ko jangan lebih-lebih, aku belasah baru ko tau...!!! (Start marah dah)"
Samad : "Maff.. serious sekarangn nak pesan makanan nih"
~McD : "Haa camtu laa.. jangan main-main lagi ke.. pesan ape?"
Samad : "bubur kacang hijiau besar punye 1"
~McD : (Kejang.. .mulut berbuih.. & pengsan..)      
   

Kalau la cik Pari-pari comfirm dah lama dah kena lempang orang tu kalau ada kat depan mata... :D

Dah Terlebih...

Assalamualaikum kawan2.. hari ni cik Pari-Pari online dengan gaya sentap mak jemah u all...ni semua gara-gara ada sorang hamba allah ni, dah terlebih sudah xtra pandainya...Mak Jemah pun tak terlebih pandai macam dia tau..Haishhh.. susah jugak bila dah ada sikap terlebih rajin, terlebih pandai, ter.. segala2 ter...la, sampai ter "intterup" orang lain ye keje..

Tapi kot dia paham ngan apa segala yg "ter" tu tak ape jugak.. ini karang nyusahkan cik Pari-Pari jugak....sudahnya mak jemah ni lah juga yang kena update, cover bagi pihak dia...Kawan-kawan ada ke kes gaya gini? Rasa2 kawan-kawan apa yang patut cik Pari-Pari buat, nak kena sound gaya macam mana agaknya bila berdepan orang spesis ala "Ada Aku Kisah" ni?

 Cer korang bagi sikit idea atau pendapat bernas kt cik Pari-Pari, mana la tahu kot ada yang boleh diguna pakai...hahahah.Tapi apapun petang hari yang sedang berdendang kat atas sana dengan guruh tu, nak hujan ler tuuuuu! meh kita layan lagu ni sket... Skyfall - Adele... ;)

Jalan-Jalan Cari Makan

Assalamualaikum.. kawan2 ni Cik Pari-Pari baru sempat on9, hadoiii.. bz tul mak jemah ni kan? tapi dalam bz tu sempat lagi la cik Pari-Pari ni menyelit kt xtvt program office.. futsal la, training dart la, training ping pong la.. Aiyak! dah ngalahkan atlet la pulak!

Dah tau dah nak cite apa..ari ni meh cik pari-pari share gmbr psl makan...makan2 bukan plan pun just kebetulan jumpa tempat makan sedap tetiba rasa cam nak share.. hehehe!

Cendol Kacang Merah & Cendol Jagung
Ok cendol ni kat satu stall mamak bawah pokok kt simpang Pekan Sungai Besi.. stall mamak ni dah lama tau.. dari stall biasa sejak cik pari-pari sekolah rendah, sekarang dah bertambah besar, ada stall atas lori pulak.. mmg terbaik..!

Breakfast Spagetti kat Deli Oasis Cafe - Bangsar ..
Spagetti ni pulak cik pari-pari makan masa breakfast kt Deli Oasis Cafe, Bangsar..Cafe ni tepi jalan je, turun LRT Putra, kemudian nampak Rapid Transit Bus..kedepan sikit dah nampak.. Spagetti ni ala-ala Spagetti Olio mcm kat Kenny Rogers tu.. ;)

Kueh Teow Kari

Ala-ala mee sup tapi ada udang
Sedap ! - Set Nasi Kerabu yg  meriah dgn lauk2
haha.. yang 3 gambar makan ni pulak kat tempat yang sama iaitu The Treats Cafe, KL Sentral tapi pada hari yang berbeza..Gambar memula tu.. Kueh Teow Kari.. sebenarnya menu asal Mee Kari. Oleh kerana cik pari-pari tak berapa gemar mee kuning, as special request.. dari cik Pari-pari, bertukar jadi Kueh Teow Kari...sedap tau, ada udang, kuah tak berapa pedas..& pekat tul kuah dia..!

Cik Pari-pari makan ni waktu lunch pada 18 Okt 2012 dgn kawan pejabat cik pari-pari..Kawan cik pari-pari pulak pilih menu berasaskan mee kuning.. tapi boleh pulak terlupa nama menu pilih kawan cik pari-pari.. gambar menu tu yg kedua..Menu pilih kawan cik Pari-pari ni lebih kurang Mee Sup la..


Dan gambar yang paling akhir ni pulak.. santapan cik pari-pari pada waktu lunch tadi (19 Okt 2012) iaitu Set Nasi Kerabu..tengok la betapa meriah ye pinggan tu.. ada ayam goreng, ikan goreng celup  tepung, keropok, sambal belacannya.. menjilat jari..yummy2x..

Jadinya pada sesape yg ada tau atau nak cuba.. boleh la cari & singgah rasa, tp jgn marah cik Pari-pari kalau selera kawan-kawan tak sama rasa dengan lidah cik Pari-pari.. okey!..

Istiadat Konvokesyen - Lain dari yang lain..

Assalamualaikum kawan-kawan.. maaf la akhir-akhir ni cik Pari-Pari tak berkesempatan betul nak mengupdate blog ni..macam-macam hal yg jadi, Pagi Rabu 10 Okt 2012 sebaik habis je sarapan cik Pari-Pari dapat panggilan dari rakan sekolah rendah menyatakan bahawa seorang rakan sekolah rendah kami telah kembali ke rahmatullah bersama bayi yang dikandung 7 bulan kerana masalah jantung lemah & tidak dapat berfungi pada malam 9 Okt 2012.

Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas mu wahai sabahatku Fatimah Samat. Tim @ Ima, kami sabahat-sahabatmu akan sentiasa merindui mu.

Allahyarhamah Fatimah Samat - sahabat cik Pari-Pari ketika Sek.Keb.Sg Besi, KL

Sesungguh setiap dari kita pasti akan kembali kepada penciptanya iaitu Allah swt, cuma bila, dimana, bagaimana tidaklah diketahui lagi. Tapi apapun kita yang masih hidup harus meneruskan kehidupan dengan mengisi setiap ruang-ruang kosong dgn pengisian-pengisian keagamaan sebagai bekalan untuk diakhirat nanti..

Ok lah petang sabtu ni sedang dilanda kehujanan ni cik Pari-Pari nak kongsi satu clip video sebuah adat istiadat konvokesyen yang unik dan lain daripada kebiasaan. Cik Pari-Pari terjumpa clip ni kat blog Wowberita.org. Macam yang kita semua tahu, untuk setiap istiadat konvokesyen ni ada tertib dan etikanya dari cara berjalan, cara hormat dan juga cara ketika menerima scroll pengajian. Bagaimanapun untuk konvokesyen pelajar Jurusan Seni Tari Persembahan, Universiti Malaya (UM) ni pula berbeza dan unik dengan cara tersendiri..

Nak tengok? Ok Jom kita tengok..!

Kisah pengajaran buat kita....

Assalamualaikum semua kawan2 Cik Pari-Pari, harapnya semua sihat la ye..kalau tak sihat tu cepat-cepat ambik ubat @ dptkan rawatan daripada pakar yg lebih arif iaitu doktor.. jgn dah teruk, dah kritikal baru nak cari doktor..

Hari ni Cik Pari-Pari cuma nak kongsi sebuah kisah yang Cik Pari-Pari baca di Facebook yg telah dikongsikan oleh rakan-rakan FB Cik Pari-Pari. Kisah ni boleh kita jadikan sebagai pengajaran dan juga peringatan untuk diri sendiri dan juga orang lain.. Kisah kepayahan seorang lelaki yg berusaha mencari rezeki di tengah panas terik demi keluarga..seorang lelaki tidak miskin yang dipandang sepi sahaja usaha beliau hanya kerana dia kelihatan seperti pengemis...
Lelaki yang berbaju Putih itulah yang dimaksudkan..

Mari kita baca kisah beliau yg sepertimana yg telah dkongsikan oleh insan yg berhati mulia & bersimpati dengan beliau.

"Rasanya semua orang di Malaysia pernah terserempak dengan saudara seperti ini. I watched from inside McD's play place, saudara ini mengetuk BMW, Merc, Camry dan kereta-kerea mewah sewaktu dengannya yang beratur di Drive thru. SATU JAM berlalu, matahari makin perit, tak sorang pun sudi beli.

Setelah pasang niat moga diberi kesempatan untuk membantu saudar ini sekadar yang mampu, I searched for him on my way out but couldn't find. Surprisingly he was near my car (on the other side of the drive thru lane) when I wanted to go home.

Kami bebual ringan, sambil diri ini terkial-kial meletakkan anaqi (anaqi rasanya anak hamba allah ini)  di car seat, dan makanan tak habis McD di kaki seat. Dia terkejut saya boleh cakap kelantan, biarpun saya bukan dari kelantan. Keropok RM 20/paket, kalau beli dua RM 35 katanya. Sementara saya membuka purse nak keluarkan RM 35, saudara ini sempat memberi nasihat, yang "anak itu harto Allah bagi kat kito, keno jago memolek". Dia mintak maaf bukan niat nak beri ceramah, saya kata tak perlu minta maaf, kita kena saling mengingatkan. Saya tanya abang ada anak? Anaknya 3 orang di kampung. Dia merantau mencari rezeki.

Bila saya bagitau saya nak beli 2 paket, dia tunduk mencari-cari, saya perasan bajunya dah banyak bertampal-tampal. Kain jubahnya lusuh sekali. Maaf cakap, kalau dirumah saya dah  jadi kain buruk. Hati ini tersentuh sangat-sangat. Tetiba teringat Rasullah s.a.w dan para sahabat. Agaknya macam ni lah pakaian mereka (Sayidina Umar diriwayatkan ada 14 tampalan di bajunya). Saya melihat dlm purse, ada duit RM 50 sekeping. Saya beri padanya, dan bila dia nak bagi balance saya kata " tak po lah abe, sedeqah sayo untuk anak2 abe".

Dia terduduk. Terus sebak teresak2. Saya tergaman. Passerby started staring. Dalam sedu dia kata "timo kasihlah dik. susohnya nok cari rezeki untuk anok2.. make minum pun tak tentu"...sebak sendunya makin kuat.. Allah sj yang tahu apa yang dia rasa. Berejam di tgh panas, minta belas org2 berada yang duduk dalam kereta aircond, tak sorang pun sudi membantu. Bukan minta sedekah, dia ikhtiar sekadar kemampuan dia.

Saya cuba beri sedikit peringatan buat dia dan diri saya. "Jange sedih abe. Kita ado Allah, tak po kito miskin didunio pong, yang penting akhirat kito kayo. Biarlah kok oghre nok kato lagu mano pon, asalke Allah tok hino kito.. sabar deh.. Allah ado.. cukuplah Allah buat kita abe..HasbiaAllah"

Dia masih sebak, saya tak tahan terus masuk kereta dan menangis sepuas2nya dalam kereta.

Anak2ku Amirul Shaqil Azmir & shireen Ara Alyssa, kalau jumpa saudara kita yg berusaha keras mencari rezeki mcm pakcik ni, bantulah sekadar mampu. Biarpun kita tak makan keropok yang dia jual, boleh je sedekahkan kat jiran ke, saudara mara ke, pak guard ke, hatta tol booth operator pun kita boleh bersedekah (kalau dah tak suka apa yang dijual). Tak makan bukan alasan untuk tidak membantu. Janji kita bantu pulihkan semangat yang menjual, untuk berusaha lagi mencari rezeki dengan cara yang halal. RM 10-2  is nothing to us, but  it could mean with or without rice for the day for them. Rezeki Allah bagi untuk kita agih2kan, bukan untuk disimpan sampai jadi gunung.

Berkongsi cerita bukan nak bermegah dengan RM 15 yang sy sedekah, tapi untuk membuka mata hati diri ini & yang sudi membaca. Semoga Allah jauhkan diri ini, anak2, suami & semua umat dari sifat ujub & riak. Wallahua'lam."


-Credit info Majlis Ilmu Bangi.

Sedih bila Cik Pari-Pari baca kisah teladan ini, bersusah payah lelaki ini mencari duit untuk sesuap nasi demi keluarga beliau.. rela dia buang rasa malu dengan mencari rezeki dengan cara itu..Sebak rasanya.

Jadinya kawan-kawan kita ambilah ikhtibar dari perkongsian ini.. bukan semua orang miskin itu pemalas, bukan semua orang miskin itu bernasib baik, bukan semua orang miskin itu pengemis @ peminta sedekah.. Masih ada orang miskin yang rajin berusaha mencari rezeki yang halal dengan cara seperti lelaki dalam gambar td..mungkin pada mereka2 yang bernasib baik hidup dlm kemewahan, pabila memandang lelaki itu dari segi penampilan cara beliau mengetuk tingkap kereta hanya nak meminta sedekah..Sesungguh pekerjaan yang beliau lakukan itu lebih mulia dari mereka yg meminta sedekah kerana beliau cuba juga mencari jalan untuk teruskan kehidupan demi anak2 dan keluarga. Dan boleh jadi lebih mulia dari pekerjaan orang-orang berada dalam kereta-kereta mewah. wallahua'lam siapa tahukan.. ?

Janganlah kita pandang hina pada mereka2 yang berpangkat rendah seperti  peniaga2 kecil mcm lelaki ini...bukan itu jalan hidup yang mereka pinta tapi itulah dugaan allah beri untuk mereka..
hidup kita yang sedia ada ini juga belum tahu bagaimana penghujungnya nanti di masa hadapan...bersyukurlah dengan apa yg kita ada...

Teman Penganti - Black Mentor & Malique

Assalamualaikum.. kawan-kawan, hari ni celoteh ni dimulakan dgn membahasakan diri dari aku kepada Cik Pari-Pari pulak.. sedap sikit org nak membacanya.. sedap gituuu! ewahhh.. Cik Pari-Pari tak de la nak berceloteh mana pun.. cuma hari ni berkongsi la video Teman Penganti, lagu nyanyian Black Mentor & Malique Too Phat tu..

Alah lagu yang liriknya telah sebabkan salah faham dek peminat sampai kecoh tersebar berita kata si Malique tu meninggal dunia.. sedangkan hamba allah tu sihat walafiat je, tak sakit pun.. tapi apapun moh kita melayan la video tu.. dengar khabar sedap utk dijadikan halwa telinga waktu-waktu yg sendu ni... :P


Cinta Untuk Sedetik Lagi

Assalamualaikum..kawan2, korang semua sihat ke? ada yang bz tak? kalau bz jgn stress2 tau..hah ape mcm, hari tu aku share psl novel "Sebenarnya SAYA ISTERI DIA!", ada yang dh baca ke?@ ada yg baru nk gi beli? hehehe..mesti korang bengang kan ngan watak husband tu kan.. Jadi disebabkan dah 2 hari aku tak sempat nak update blog ni ngan latest novel..maka hari  ni aku update novel baru, aku jamin mmg best.. Ada happy, ada kelam kabut & ada part yg leh buat korang nangis (itupun kalau yg jenis cepat touching la.. ada ke?)

Novel kali ni pun berkisar kisah dua beradik kembar tpi perempuan.. alah mcm novel Kahwin Ganti tapi yg tu pasal saudara kembar lelaki, tapi kali ni kisahnya beza sket..Tajuknya "Cinta Untuk Sedetik Lagi" karya Ezza Mysara...

Hah ini dia rupa covel Novel Cinta Untuk Sedetik lagi!..
Yang aku jadi teruja sekejap tu bila baca petikan kata-kata kt cover novel tu..

"Ketika cintamu menjadi lukaku,
tidakku peduli akan keperitannya..
Walaupun cinta datang sedetik cuma,
Namun bahagia pasti milik kita
selamanya..."

Cewahhhh touching la pulak kan.. tp apapun jom kita layankan sinopsis novel ni, lepas tu pandai2 la korang semua fikir sama ada nk pi pinjam ke, beli ke @ rembat siapa2 punya kan.. ;) tp jgn cakap aku yang suruh ye.. aku x nak bertanggungjawab...hahah

NAILA FARAFEESA
merasakan yang dunia seakan-akan terhenti saat dia menerima khabar tentang penyakitnya. Lantas cinta yang menghuni rasa hati terpaksa ditolak tepi demi kebahagian insan-insan tersayang. Dia tekad untuk menjodohkan lelaki yang dicintainya bersama kakak kembarnya yang baru kehilangan tunangnya. Tapi hati tak mampu menipu bila lelaki bernama Ezrakil itu semakin bertahta dalam hati.

"Setakat Ezrakil yang pakai Honda tu, aku tak pandanglah. Duit berkepuk-kepuk, tapi kedekut yang amat! Segala benda dalam ofis dia nak catu@ Entah-entah kasih sayang dia pada kekasih pun dia nak berkira nanti! Lagipun, dia tak cukup hansome macam Remy Ishaklah!" - Naila Farafeesa

 "Sebab tak cium atau tak peluk awak, sebab tu awak rasa saya tak sayangkan awak? Macam tu? Hei, saya boleh bagilah semua tu.. tapi dengan syarat awak kena jadi seorang yang halal disisi agama untuk saya." -Ezrakil

NAILA FARANEESA mula hilang percaturan lantas melumpuhkan jiwanya untuk bercinta lagi lantaran pemergian tunang tersayang. Tapi kemunculan seorang lelaki bernama Nazreen yang sifatnya persis arwah telah menghentak naluri hatinya. Menyingkap sehelai demi sehelai kenangan yang pernah terukir cantik. Kenapa lelaki ini mampu membuatkan jantung Faraneesha berdebar sama seperti ketika dia bersama Luqman?

"Neesha, saya betul-betul sayangkan awak. Tapi saya tak tahu sama ada awak sayangkan saya sebab saya ataupun kerana saya adalah pemilik hati Luqman!" - Nazreen

Sudut Ilmu :

Dalam novel ni Naila Farafeesa telah disahkan menghidap penyakit Systemic Lupus Erythematosus (SLE). Penyakit apakah itu? Jadi kt sini aku nak kongsikan sikit info berkenaan penyakit ni..

Systemic Lupus Erythematosus atau SLE

Adalah penyakit kronik berpanjangan yang berlaku akibat kecelaruan sistem pertahanan tubuh membabitkan sistem auto imun badan apabila sistem pertahanan menyerang tubuh. Sistem pertahanan tubuh adalah rangkaian sel yang bertindak melindungi tubuh daripada serangan benda asing.

Penyakit ini adakala sukar di diagnos pada peringkat awal kerana gejala-gejalanya tidak begitu ketara. Ini kerana gejala awal penyakit SLE tidak spesifik termasuk rasa letih, lesu, demam, sakit sendi dan keguguran rambut. Kebanyakkan pesakit SLE (70 hingga 80 peratus) mengalami masalah kulit. Selalunya bahagian muka akan terjadi ruam yang dikenali sebagai malar rasa atau butterfly rash. Ruam ini terjadi di bahagian pipi dan hidung. Oleh kerana bentuk ruam ini mempunyai bentuk sayap rama-rama, ia juga dikenali sebagai butterfly rash.


Faktor-Faktor:
  • Faktor genetik - meningkatkan kecenderungan menyebabkan masalah auto imun dan penyakit auto imun seperti lupus, rheumatoid arthritis dan kekacauan imun tiroid.
  • Sesetengah saintis percaya sistem imun dalam lupus mudah distimulasi oleh faktor luaran seperti virus. Kadangkala simptom lupus lebih buruk apabila pesakit terdedah pada cahaya matahari. 
  • Banyak ubat-ubatan dilaporkan menjadi pencetus SLE. Kebanyakkan ubat ini dikatakan menstimulasi sistem imun.
  • Sistem hormon wanita juga dikaitkan dengan SLE. Hubungan hormon dengan SLE bagaimanapun masih dalam kajian.
  • Mutasi genetik yang menganggu sistem "pembuangan sampah" dalam tubuh dikaitkan dengan permulaan SLE.

Gejala/Tanda-tanda:
  1. Ruam merah atau perubahan warna pada muka. Biasanya berbentuk rama-rama pada hidung dan mata.
  2. Sendi membengkak dan sakit.
  3. Demam tanpa sebab.
  4. Sakit dada ketika menarik nafas panjang.
  5. Kelenjar menjadi bengkak.
  6. Keletihan yang berlebihan.
  7. Keguguran rambut yang luar biasa (terutama di atas kepala).
  8. Jari tangan atau kaki menjadi pucat @ berwarna ungu kerana kesejukan @ tekanan.
  9. Sensitif terhadap matahari.
  10. Sel darah rendah.
  11. Kemurungan, sukar menumpukan perhatian @ masalah ingatan.
  12. Ulser mulut.
  13. Sawan tanpa sebab.
  14. Masalah mental.
  15. Keguguran yang kerap.
  16. Masalah buah pinggang.
Sebenarnya ada dua jenis lupus - pertama dan yang paling lazim adalah Discoid Lupus Erythematosus (DLE) yang hanya menjejaskan bahagian kulit yang terdedah manakala jenis yang lebih serius dipanggil Systemic Lupus Erythematosus (SLE) yang menjejaskan sistem tubuh termasuk kulit.

Bentuk rawatan Lupus perlu menumpukan kepada kesan sampingannya. Tiada penawar untuk penyakit ini, jadi perkara yang mampu dilakukan pesakit adalah dengan mengurangkan gejalanya. Ubat anti keradangan diberikan untuk kesakitan arthritis begitu juga pleuris. Ruam kulit boleh dibantu dengan corticosteriods, yang biasanya datang dalam bentuk krim atau losyen, bukan sahaja untuk menghilangkan ruam tetapi juga melegakannya. Gegala yang teruk perlu diperiksa oleh pakar menerusi pemantuan yang rapi terhadap jenis gejala lain selain pelbagai cubaan ujian dilakukan bagi mengesan jenis rawatan paling berkesan.

Tu dia aihhh!...panjang lebar dah aku share ilmu berkaitan penyakit SLE ni..tp kalau nak tahu lebih detail kena rajin-rajin la  bertanya kt pakcik Google ye.. macam-macam ada.!


Sumber diperolehi :
Berita Harian
UKKP UniMAP

Sebenarnya SAYA ISTERI DIA!

Assalamualaikum.. kawan2, first day selepas bercuti selama 3 hari kan, jadi apa yg korang buat cuti 3 hari tu?..mcm yg kita tahu ahad 16 Sept tu jatuh hari sambutan Hari Malaysia jadinya cuti ganti dibawa ke hari Isnin.. so korang bangga tak menjadi warganegara Malaysia? Kalau tanya aku mesti lah bangga sbb aku bertuah dilahirkan dalam negara yg aman makmur ni..jadi sebagai anak Malaysia harus dan perlu kita bangga dan menikmati segala kemakmuran yg ada ni.. sbb kita adalah antara manusia yg beruntung dilahirkan di Malaysia berbanding mereka-mereka yg dilahirkan dalam negara yg bergolak dengan peperangan, politik dan juga isu kemiskinan.

Haisssh.. panjang pulak mukadimah aku hari ni..eik, dah ada unsur-unsur patriotik la pulaknya..tapi tak salahpun kalau nak berpatriotik sebab harus pun. Oklah sebenarnya aku nak update pasal novel..dah alang-alang ada kawan pulangkan novel yg dia pinjam beberapa minggu lepas.. hahah beberapa minggu lepas tu yg tak tahan.. sbb apa dia kena ambik masa nak khatam novel setebal 897 muka surat.. Kali aku nak sharing sekali la beberapa isu yg berbentuk ilmu yg boleh dikaitkan dari novel ni.. tapi apapun jom kita layan sinopsis novel ni dulu.. ehhh! sebelum aku terlupa tajuk novel ni "Sebenarnya SAYA ISTERI DIA!"..


Ahaaaa. tajuk pun dah ala-ala unik kan? jadi mari kita baca sikit sinopsis dia yg lebih kurang mcm ni..


CINTA pertama tidak semestinya akan bersatu walaupun masing-masing berjanji untuk hidup bersama. Itulah yang terjadi pada Syafa Aqira dengan Farish Adryan. Cinta yang pernah dipupuk sejak zaman universiti lagi akhirnya terputus di tengah jalan apabila Farish bertekad untuk memutuskan hubungan itu lantaran satu peristiwa hitam yang terjadi pada satu majlis yang dihadiri oleh mereka berdua.


"Aku buat semua ni kerana mama. Dan kau tu sepatutnya bersyukur sebab aku selamatkan maruah kau." - Firash Arshad.
"Ya, aku tahu Firash. Sepatutnya aku bersyukur sebab kau sudi kahwin dengan aku." - Syafa Aqira.

Laluan untuk mengharungi sebuah perkahwinan tanpa cinta bukanlah sesuatu yang mudah buat Syafa Aqira. Kehidupannya sebagai isteri langsung tidak dipedulikan apatah lagi perkahwinan mereka dirahsiakan atas permintaan Firash. Namun dia reda kerana kesibukan lelaki itu masih bergelar pelajar walaupun setiap kata-kata sini yang terbit dari mulut Firash ditelan dengan rasa terbuku di dalam hati.

Dan kala rasa sayang dan cinta mula hadir, ada saja dugaan yang datang menimpa. Kehadiran abang tiri dan adik tirinya yang tidak disangka-sangka mengeruhkan rasa cinta yang mula terbina. Syafa akhirnya pergi membawa diri dengan hati yang terluka. Firash jadi nanar. Hidupnya serba-serbi tidak kena. Bagi Firash, Syaf adalah anugerah terindah di dalam hidupnya. Dia sanggup untuk berbuat apa saja demi mendapatkan kembali kepercayaan dari isterinya itu.

"Siapa nak tidur atas riba awak? Please lah! Tak ingin pun!" - Syafa Aqira.

"Betul ke tak ingin? Dulu okay aje sampai lenguh paha nak menanggung kepala awak. Takkan awak dah lupa kut?" - Firash Arshad.

Namun apakah cinta mereka akan kembali bersatu? Bagaimana pula dengan kisah adik beradik tiri Firash? Dan apakah bahagia akan terus menjadi milik mereka?
 

"Titik-titik duka yang pernah kau taburkan dulu, lama-kelamaan bercambah
menjadi sejuta rasa yang tak mampu untuk aku ungkapkan."

Sudut Ilmu:

Apakah itu Dadah? :

Dadah atau "drug" adalah bahan atau kimia yang amat merbahaya kepada individu yang menggunakannya kerana ia mengubah cara minda dan tubuh manusia berfungsi. Banyak hal yang berkaitan dengan dadah sentiasa menjadi bahan dalam berita.

Menurut Kamus Dewan Melayu - Inggeris, makna perkataan "drug" bermaksud ubat-ubatan. Walaupun demikian, untuk memberi takrif penyalahgunaan kepada "drug", perkataan "use", "misuse" atau "abuse" perlu digunakan bersama-sama dengan perkataan "drug". Contohnya "drug abuse" atau "misuse of drug" yang membawa maksud penyalahgunaan dadah.

Dadah merupakan satu istilah khas yang merujuk kepada sejenis bahan yang mendatangkan kemudaratan kepada kesihatan seseorang dari segi fizikal, mental dan emosi serta tingkah laku pengguna apabila digunakan. Akibat daripada kesan ini, seseorang yang menyalahgunakan dadah akan menjadi ketagih dan akan terus bergantung hidup kepadanya. Tanpa disedari, anda sendiri mungkin telah menggunakan beberapa jenis dadah dalam hidup anda.

Namun demikian, beberapa jenis dadah adalah dadah yang dilarang pengambilannya kerana dadah ini mengakibatkan ketagihan dan masalah-masalah kesihatan, sosial, ekonomi dan sebagainya. Oleh itu Kerajaan Malaysia telah menyenaraikan dadah ini di dalam Akta Dadah Berbahaya 1952 untuk mengharamkan penanaman, pengeluaran, pengedaran, import, eksport, pemilikan dan penyalahgunaan dadah seumpama ini.


Jenis dadah seperti seperti kokain, ganja, heroin, syabu dan “ecstasy” diambil untuk mengubah perasaan fikiran anda. Dadah-dadah ini juga dikenali sebagai”dadah yang disalahguna”.

Dadah merujuk kepada sejenis bahan kimia psikoaktif yang mempunyai ciri-ciri seperti berikut : 
  • Mempunyai kesan paling ketara ke atas saraf pusat (otak dan saraf tunjang) 
  • Digunakan bukan untuk tujuan perubatan dan penggunaannya adalah dilarang
  • Diperolehi secara haram
  • Membawa kepada pengantungan fizikal dan psikologikal dan meningkatkan daya tahan terhadap dadah
  • Mendatangkan kesan-kesan buruk dan bahaya ke atas kesihatan dan fungsi sosial seseorang.
Jenis-Jenis Dadah
Setakat ini , dadah boleh dikategorikan kepada beberapa jenis seperti berikut :
  • Opiat dan Opiat sintetik
  • Stimulan
  • Ganja
  • Halusinogen
  • Depresen
  • Ubat-ubaan dan bahan-bahan yang disalahguna.  
Hah itulah sikit sebanyak pasal apa itu dadah.. kalau nak tahu lebih lanjut jenis-jenis dadah sila klik link ini.
Ok setakat ini utk hari ni.. kalau ada yg baru nanti aku update dan kita share sudut ilmu lain pulak ;)