Assalamualaikum wbt...
Hai pembaca kak pari-pari ingat dengan akak lagi tak? Lamakan akak menghilangkan diri dari dunia blogger ni. Baca perkara yang berlaku dalam kehidupan akak sepanjang akak menyepi dia dunia blog ni. Kali terakhir akak menulis kat blog ni tahun 2014.. sekarang dah pertengahan tahun 2025.
Lama kan akak hilang? akak mula slow down dari menulis selepas akak kemalangan jalan raya pada awal Januari 2015, masa tu akak tak dapat bekerja selama 6 bulan lebih sebab perlu melalui sesi pemulihan disebabkan kemalangan tu. Kesan dari situasi tu banyak la bagi impak dalam kehidupan seharian akak kerana kemalangan tu akak patah kaki sekitar tulang bawah pada kepala lutut atau istilah perubatan "tibia fracture" dan perlu di operasi untuk masukkan besi atau "Implant Plate" yang kekal sehingga ke hari ini sampai ada rakan sekerja gelarkan akak "bionic woman" satu watak dalam drama sekitar tahun 80 an.
Watak sorang wanita yang kemalangan hampir maut tapi diselamatkan melalui "operation" menggantikan badan beliau anggota fungsi sibernetik oleh teman lelaki beliau.. ewah ter"review" pasal drama bionic woman pulak...Ape kes? 😄
Selepas pada tempoh kemalangan tu, akak dah lepas melalui fasa pemulihan dan start kerja macam biasa, allah swt uji akak lagi, umi akak di panggil illahi 2 minggu sebelum beliau terbang untuk mengerjakan haji di mekah bersama-sama abah. Kejadian berlaku sangat cepat, akak tak ada di rumah kerana ada program anjuran pejabat yang memerlukan akak menginap di hotel. Yang ada di sisi umi hanya abah dan 2 orang anak saudara akak yg pada malam kejadian duduk rumah umi & abah sementara menunggu ibu & abah dorang habis meniaga. Mereka la saksi umi pergi untuk selama-lamanya. Masa adik lelaki akak call sambil menangis suruh balik.. akak terduduk tak tahu nak buat apa.. menangis semahu-mahunya dalam bilik hotel. Rajin sebilik pun tak tahu tak buat macam mana. Dalam pada tu sempat juga akak cuba call kawan baik akak kebetulan dia staff HR sambil nangis bagi tau "Su, akak dah tak de mak, mak akak dah tak de...." itu ayat yg akak ingat sampai hari ni. Dia la yang turun ke bilik hotel akak pujuk & uruskan pemandu untuk akak balik rumah malam tu sebab dia tahu akak memang tak akan boleh nak menunggang motor dalam keadaan terkejut lagi. Alhamdulillah akak balik tengok jenazah & kami sekeluarga buat keputusan untuk kebumikan arwah umi di kampung halaman kami di bumi negeri Kelantan Darul Naim
Abah memang sedih sebab dia siap cakap kat akak, "aku tak sangka dia (umi) kau pergi dulu sebab yang sakit & tak sihat aku". Masa ni akak menangis semahu-mahunya dalam van jenazah sama-sama abah waktu teman jenazah arwah umi di bawa pulang ke kampung. Selesai urusan jenazah, kami kena urus hal berkaitan haji arwah. Hari ke 3 kena balik KL untuk uruskan pembatalan nama arwah umi dalam sistem tabung haji HQ sambil tu nak buat rayuan namakan adik lelaki kedua sebagai peneman abah untuk ke tanah suci mekah. Abah tak nak tangguh pemergian dia ke tanah suci sebab dia cakap kalau tangguh ke tahun depan belum tahu dia dapat pergi. Sekarang pun dia bukan sihat, kalau tangguh tahun depan entah sihat entah hidup dia. Apapun alhamdulillah urusan pembatalan, pengantian nama adik dipermudahkan dan seminggu selepas arwah umi meninggal mereka berdua berangkat ke tanah suci mekah dan selamat kembali ke tanah air sebulan selepas itu.
Selesai dulu cite akak pari kt sini.. nanti kita sambung part 2 pulak ok.. 😉