Sutera Bidadari

Okay aku nak update lagi satu novel dr salah orang penulis kegemaran aku. Beliau adalah RAMLEE AWANG MURSHID. Beliau merupakan penulis novel yang berbentuk misteri dan fiksyen. Antara karya beliau yg aku rasa mmg superb bagi aku ialah thrilogy Bagaikan Puteri sehinggalah novel terkini beliau seperti mana aku paparkan kat sini..Kalo korang dah penah baca novel Bagaikan Puteri, Cinta Sang Ratu, Hijab Sang Pencinta, Cinta Sufi pastikan dapatkan tajuk ini SUTERA BIDADARI.


Ok meh kita cite sket sinopsis buku..
Novel kali ni menceritakan tentang kehidupan wanita bangsawan portugis bernama catalin yg sblm ini mengharungi perjalanan dari negara asalnya ke tanah melayu untuk mencari "Mariam". Perjalanan beliau ditemani oleh lelaki bertanduk iaitu Laksamana Sunan..semasa bersama2 mengharungi perjalanan mereka telah bersama2 bertempur dgn askar portugis yg mana Laksamana Sunan telah mengalami kecederaan lalu beliau dibawa oleh Laksamana Hang Tuah pahlawan melayu melaka ke satu tempat yg tidak terjangkau oleh mata manusia, disini beliau telah dirawat oleh pahlawan melayu melaka sehingga beliau sembuh. Dan selama itu juga Catalina telah memeluk agama islam seikhlas hati gan menukar namanya kepada Mariam. Beliau turut menunggu kemunculan semula Laksamana Sunan dan dlm masa yg sama seorang lg wanita dari bangsa Polip (manusia bersayap) turut menunggu kemunculan Laksamana Sunan atas dasar kecintaan mereka terhadap manusia bernama Laksamana Sunan atau Saifuddin.

Adakah penantian kedua2 wanita ini berbaloi dan adakah kemunculan semula anak asuhan wali sufi itu bersama kebangkitan menentang kejahatan. Masih adakah lagi halangan dalam perjuangan itu.. Pengisian novel kali ini kembali kepada asal kandungan pengisian penceritaan trilogy novel ini iaitu cerita yg berkait rapat antara 2 zaman.. zaman dahulu & zaman terkini. Untuk mengetahui lebih lanjut kenalah beli buku...

Pasti pembaca akan merasakan berpuas hati dengan pengisian bahasa, penceritaan, ilmu & amalan2 yg bagus untuk minda & juga kerohanian..selain drpd keseronokkan...

p/s: Ada org kata baca novel ni selalunya lebih kepada kealphaan, tp tafsiran itu silap  kerana dalam novel juga ada pengisian ilmu yg boleh dipraktikkan..