Hikayat Cinta Si Pematah Hati

Assalamualaikum kawan2, Hari ni Cik Pari-Pari muncul lagi, dah mcm sabut pulak.. kejap tenggelam, kejap timbul..hehehe

Ok hari ni Cik Pari-Pari nak up sinopsis novel baru, atas permintaan sorang kawan makanya dengan senang hati Cik Pari-Pari up kan sinopsi novel ni. jom kita layan karya E-Man Sufi ni.

Tajuk : Hikayat Cinta Si Pematah Hati
 Penulis : E-man Sufi
Penerbit ; Karyaseni
 ISBN : 978-967-024-33-8 
Harga: RM 35 (Semenanjung/ RM 38 (Sabah & Sarawak))
 
"Saat pandangan kita bertemu, bermulalah hikayat cintaku.."

WARFEEN WARDAH mempunyai impian untuk membina rumah tangga bersama lelaki pilihannya, Daniel Elhan. Sayangnya, sekian lama dia menanti masih belum ada sebarang tanda dijari. Bukan kerana tak sabar menanti tetapi Daniel Elhan hanya pandai menabur janji hinggalah suatu hari dia bertemu dengan seorang lelaki...

RAYYAN RAIQARL... lelaki yang sentiasa membawa diri. Kecewa dengan rumah tangga ibu bapanya yang gagal membuatkan dia mengambil keputusan untuk tinggal jauh daripada keluarganya. Pertemuannya dengan Wafeen Wardah membuat dia jatuh cinta pandang pertama. Sayangnya, gadis yang dipuja kepunyaan orang. Pada awalnya, dia tidak mahu mengikut rasa hati. Baginya, dia bukan perampas kekasih orang!

"Betul... saya single lagi. Saya tengah tunggu awak jadi kekasih saya la..."

"Sorry... saya dah ada kekasih."

"Tak apalah. Saya tunggu awak putus dengan dia."

"Hah?"

Tapi segalanya bermula bila dia mengetahui siapa Wafeen Wardah yang sebenarnya. Rayyan nekad, bagaima cara sekalipun... dia mahu memperisterikan Wafeen! Istilah perampad kekasih orang ditolak ke tepi. Dia tidak mahu ambil peduli asalkan dapat membalas dendam atas sakit yang tertanggung dalam hati.

Mampukah Wafeen Wardah mempertahankan tembok kesetiaannya kepada Daniel Elhan atau dia sendiri jatuh cinta dengan panahan cinta Rayyan Raiqarl? Siapa yang akan patah hati dan siapa pula pematah hati?
"Tak apalah kalau saya bukan sayang awak... Cara mia, ti voglio bene..."

"Apa makna..."
"Honey, I love you so much. Sayang, saya sangat cintakan awak".

Hah.. macam mana? rasa2 nak mencari ke buat sebagai koleksi? Cik Jeton a.k.a Siti NorZaitun.. puas hati kah?