NKOTB @ New Kids On The Block

Assalamualaikum kawan-kawan Cik Pari-pari...aduhai lama benar diri ni tak update story.. banyak sangat hala tuju sebulan dua ni...mana ngan keje, mana ngan study yg dah start, mana orang tua Cik Pari-pari tak sihat.. tu yang ketinggalan mcm2..

Tapi sebelum Cik Pari-pari terlupa.. mari kita berdoa untuk semua anggota keselamatan negara yang sedang bertugas menangkap penceroboh-penceroboh di Sabah. Kita doakan kejayaan mereka dan Sabah kembali aman seperti sedia kalanya..

Ok kita balik pada kisah tajuk Cik Pari-Pari untuk entri kali ini..Ada yang tahu apa itu NKOTB @ New Kids On The Block? Kalau ada yang tahu apa kata share ngan Cik Pari-Pari apa yang korang semua faham..hehehe

Bagi yang tak tahu.. terutamanya generasi sekarang la kan.. cewaahhhh ..NKOTB ni merupakan sebuah Kumpulan Penyanyi Remaja yang sangat terkenal sekitar tahun 1990-an dulu..Nak tahu kenapa.. sebab mereka ni dianggotai oleh 5 anak muda yang menjadi kegilaan ramai si dara dek kerana ketampanan & handsome  katanya.


New Kids On The Block @ NKOTB - Ketika Remaja
 
Antara lagu popular dorang - Tonight
 
Siapa yang tak kenal dengan lagu popular dorang"step by step", "tonight", "Happy birthday", Please don't go girl", "The Right Stuff" dan banyak lagi.. Kiranya kumpulan dorang ni bersaing bersama-sama kumpulan seperti Back Street Boy, Boy II Men, 98 Degrees..
NKOTB, 98 Degrees & Boy II Men
Nak tahu NKOTB ni siapa anggotanya. Dorang ni dianggotai oleh Danny Wahlberg (abang kepada pelakon Mark Wahlberg), Danny ni pun merupakan pelakon.. kalau siapa peminat drama bersiri "Blue Blood" mesti kenal dia. Selain daripada itu kumpulan ni dianggotai oleh 2 org adik beradik iaitu Jonathan Knight (Jon) & Jordan Knight. Jordan Knight juga turut menjadi pelakon, 2 orang lagi ialah Joe Mclntyre merupakan anggota yang paling muda ketika itu dan juga pelakon pada ketika ini..dan anggota terakhir ialah Danny Wood.

Antara wajah terkini Mereka

Dari Kiri : Joe Mclntyre, Danny Wood, Jordan Knight, Donnie Wahlberg & Jonathan Knight
Apa yang menariknya, setelah beberapa tahun dorang menyepikan diri, akhirnya dorang kembali bersama memeriahkan industri muzik dan sekarang sedang dalam proses menyiapkan album baru. Tapi sementara tu dorang telah pun melancarkan sebuah video clip lagu terbaru dorang.. Ok jom kita layan lagu baru dorang.. "Remix (I Like The)".