Kemeriah Raya

Rasanya dah tak sampai seminggu lagi hari raya akan tiba.. sana sini orang sibuk membeli belah untuk persiapan raya. Sampaikan jalan raya yang sebelumnya jarang untuk melihat kesesakan akan sesak dengan kebanjiran masyarakat kota yang melangkah pasaraya besar dan juga kedai-kedai textile.. Pada saya raya tahun ini seperti biasa. mungkin dengan usia dewasa ini telah menyebabkan keinginan untuk sibuk meraikan kehadiran hari raya tidak lagi seperti anak-anak kecil. Raya untuk ketika ini pada saya merupakan satu keraian setelah berjaya mengharungi ibadah puasa selama sebulan. Jadi untuk membeli-belah atau menyediakan keperluan hari raya itu sekadar sederhana yang mampu apatah lagi dengan kesihatan orang tua yang tidak mengizinkan.. tambahan pula sekali lagi saya sekeluarga beraya di bandaraya Kuala Lumpur sahaja kerana untuk pulang kekampung seperti tahun-tahun yang lepas tidak mungkin lagi apatah lagi setelah ketiadaan nenek & datuk kedua-dua belah pihak abah dan umi..

 Rasanya majlis hari raya tahun ini tidak ada bezanya seperti tahun-tahun yang lalu.. Selamat hari raya aidilfitri buat semua umat islam diseluruh dunia. Mari kita saling bermaaf-maafan sesama kita...