Bila Masa Mencemburui..

Wah..betapa lamanya aku tak menjenguk blog ni..semuanya gara-gara aku kesuntukan masa dengan kerja-kerja yang bertimbun tambahan pula sekarang bulan puasa jadi masa aku bekerja agak singkat sikit rasanya.. maybe sebab aku masuk awal then balik pun awal berbanding hari bukan puasa, aku stay back kat opis sampai 8.15 mlm. huhuhu hidup aku hanya kat opis je setiap hari kecuali hari ahad.. ntah la aku dah tak reti nak keluar atau spend time kat luar dah sekarang apa tah lagi aku tak de kengkawan yang leh diajak keluar macam dulu.. almaklum la masing-masing dah ada kehidupan baru (berkeluarga) tinggal aku je yg tak tahu bila nak kearah itu.. bukan tak de keinginan tapi nampaknya belum sampai masa atau jodoh.. pakwe jauh sekali, huhuhu.. 

Nampaknya kehidupan aku mcm ni maybe berpanjangan lagi kot sbb selepas raya (sekitar pertengahan oktober) aku akan memulakan pengajian ku diperingkat sarjana muda.. aduh lagi masa ku tambah suntuk kerana nak tumpukan pada pengajian pulak, tak pe la ini adalah pilihan aku demi masa depan aku. Cuma takat ni parent aku belum lagi tahu pasal aku sambung pengajianku.. ntah la kalau aku bagitau pun rasa mereka tak berapa setuju aku sambung lagi.. sbb mereka kata cukup-cukup la dengan Diploma yang ada tapi pada aku tak cukup ngan diploma untuk masa sekarang ni.. sbb terlalu ramai graduan lulusan Universiti yang bijak sekarang. 

Tak pe la kalau mmg ini adalah ketentuan hidup yang allah tentukan aku redha dan terima... sebab hanya allah s.w.t sahaja yang tahu apa yang telah dia tentukan untuk hidup aku.. Jadi pada aku isu masa mencemburui tu bukan perkara besar...