Aku & Dunia Kanak-Kanakku!

Bila dikenangkan balik terasa macam baru lagi zaman kanak-kanak aku tinggalkan..tapi bila akhir-akhir ini aku terjumpa rakan sekolah & cikgu2 masa sekolah rendah, aku terimbau balik zaman masih hingusan itu, zaman kenakalan sebagai kanak2 yang masih tidak matang.

Dalam aku gembira bertemu rakan2 & cikgu2 yang aku cari selama ini.. terselit juga khabar duka kerana dalam pencarian cikgu kesayanganku & rakan2, berita sedih menerpa yang menyebabkan aku & rakan2 terpaku & sebak. Sebak diatas kehilangan Cikgu Mohd Fissol Hashim. Beliau merupakan guru kelasku sebanyak 2 kali.. semasa standard 3 & standard 5, hinggalah ketika standard 6 aku dipindahkan masuk kelas khas untuk student2 terbaik daripada semua kelas..Cikgu Fissol merupakan seorang cikgu yang baik hati, tak pernah berkira dengan anak2 muridnya dan juga merupakan seorang cikgu yang boleh dijadikan sahabat. Setelah begitu lama pencarianku & rakan2 menemui petunjuk namun khabar sedih menerpa iaitu berita pemergian Cikgu Fissol kembali kepangkuan ilahi, maha pencipta setiap umat. Benar seperti dikata, orang yang baik akan dijemput illahi lebih awal kerana mereka insan terpilih.

Gambar ini merupakan kenangan terakhir aku sebagai anak murid kepada arwah cikgu Fissol 

Perginya beliau sebagai seorang yang diingati oleh setiap insan yang pernah menimba ilmu yang berharga daripada beliau.
Cikgu Fissol terima kasih diatas ilmu yang diturunkan oleh mu kepada kami anak-anak kecil yang pernah bergelar muridmu..Walaupun dirimu telah tiada dari pandangan kami tapi jasamu akan kami kenang sehingga akhir hayat.
Terima kasih cikgu! Terima kasih cikgu atas jasamu!