Rumah & Hati

Sekadar ingin berkongsi sedikit ilmu yang telah dikongsikan oleh rakan melalui email:

Terdapat 3 macam rumah,
Pertama : Rumah Raja - didalamnya ada simpananya, tabungannya serta perhiasannya 
Kedua : Rumah Hamba - didalamnya ada simpananya, tabungannya & perhiasan yang tidak seperti yang dimiliki oleh seorang raja
Pertama : Rumah Kosong - didalamnya tiada isinya.

Jika datang seorang pencuri, rumah manakah yang dimasukinya? apabila anda menjawab ia akan masuk rumah yang kosong, tentu suatu hal yang tiada masuk akal kerana rumah kosong tidak ada barang yang boleh dicurinya. Kerana itu apabila dikatakan kepada Ibnu Abbas r.a bahawa ada orang-orang yahudi mengatakan bahawa di dalam solat, mereka "tidak pernah terganggu", maka Ibnu Abbas berkata "Apakah yang mampu dikerjakan oleh syaitan di dalam rumah yang sudah rosak?"

Maka jawapan anda adalah "Pencuri itu akan masuk rumah raja. Hal tersebut bagaikan sesuatu yang hampir mustahil kerana rumah raja dijaga oleh penjaga dan tentera sehingga pencuri tidak mampu mendekatinya. Bagaimana mungkin pencuri tersebut mendekatinya sementara para penjaga dan tentera sentiasa bersiap sedia di sekitar raja?, Jadi sekarang tinggal rumah kedua, maka hendaklah orang-orang berakal memperhatikan permisalan ini sebaik-baiknya dan menganologikan (rumah) dengan hati kerana inilah yang dimaksudkannya.

  • Rumah Kosong - iaitu hati yang kosong dari kebaikan iaitu hati orang-orang kafir dan munafik adalah rumah syaitan yang telah menjadikannya sebagai benteng bagi dirinya dan sebagai tempat tinggalnya. Maka adakah ransangan untuk mencuri dari rumah itu sementara yang ada didalamnya hanyalah peninggalan syaitan, simpanan dan gangguannya?
  • Rumah Raja- iaitu hati yang telah dipenuhi dengan kekuasaan Allah SWT dan keagungannya, penuh dengan kecintaanya dan sentiasa dalam penjagaannya dan selalu malu darinya, maka syaitan mana yang berani memasuki hati ini? Bila ada yang ingin mencuri sesuatu darinya, mampukah ia mencurinya?
  • Rumah Hamba - iaitu hati yang di dalamnya ada tauhid Allah swt, mengerti tentang allah, mencintainya dan beriman kepadanya, serta membenarkan janjinya. Namun di dalamnya ada pula syahwat, sifat-sifat buruk, hawa nafsu dan tabiat tidak baik. Hati  ini ada diantara dua hal. Kadang hatinya cenderung kepada keimanan, makrifat dan kecintaan kepada allah semata dan kadang condong kepada panggilan syaitan, hawa nafsu dan tabiat tercela. Hati semacam inilah yang dicari oleh syaitan dan diinginkannya. Dan allah memberikan pertolongannya kepada sesiapa yang dikehendakinya sebagaimana firmannya "Dan (ingatlah bahawa) pertolongan yang membawa kemenangan itu hanya dari Allah yang maha kuasa lagi maha bijaksana" (Ali Imran: 126).
Syaitan tidak mampu menggangunya kecuali dengan senjata yang dimilikinya, yang dengannya ia masuk ke dalam hati. Di dalam hati seperti ini syaitan mendapati senjata-senjatanya berupa syahwat, syubhat, khayalan-khayalan dan angan-angan dusta yang berada di dalam hati. Saat memasukinya, syaitan mendapati senjata-senjata tersebut dan mengambilnya serta menjadikannya menetap di hati. Apabila seorang hamba mempunyai benteng keimanan yang mampu mengimbangi serangan tersebut serta memiliki kekuatan melebihi kekuatan penyerangnya maka ia akan mampu mengalahkan syaitan tersebut.


"Tiada daya dan kekuatan kecuali dari Allah swt semata-mata"