Nilai sekeping duit

Hmm hari ni mcm biasa aku jengah FB aku sblm aku mulakan keje, dalam aku menjelajah setiap post kwn2 tu sekali aku terbaca satu post yg agak menarik iaitu satu pengalaman seorang rakan FB aku. Beliau menceritakan secara ringkas sebuah pengajaran yg beliau dtp semasa beliau hendak membayar minuman beliau disebuah restoran mamak..Post beliau lebih kurang mcm:

"Ada satu pengajaran yg PH perolehi pd hari ini tanpa disangkat2...
PH nak byar air minuman, lalu mengeluarkan wang kertas RM 10 dari kocek..wang itu berkeronyok dan berkedut2 sbb dah lama tersimpan kat dalam kocek...Tokey kedai meluruskan semula wang itu sambil menggeleng2kan kepala.. PH heran naper dia gelengkan kepala...

Alasan pertama tokey mamak tu gelengkan kepala:

"Adik, ini wang memang nilainya sikit bagi kamu tapi tolong jaga baik2.. sebab ini wang bukan senang kita mahu dapat..."

Alasan kedua:

"Secara tak langsung kamu dah menyusahkan org lain sbb wang ini mungkin sudah tidak boleh diterima mesin cash deposit.."
Dengan tersipu2 malu, PH ucapkan terima kasih kerana memberi nasihat yang amat ringkas tp penuh makna..

TQ Mamak....


Pengajaran yg aku dpt dari citer ringkas rakan FB ni bahawa jgn kita mengambil sikap sambil lewa dalam menjaga sesuatu benda yang bernilai walaupun ianya adalah sekeping kertas dan jgn juga sesekali kita mengambil sikap mudah dengan meremehkan sesuatu perkara dengan alasan sbb nak mudah & cepat tetapi sebenarnya secara tidak langsung kita telah menyusahkan org lain tanpa kita sedar...Memang x dinafikan la ramai yg kadang2 ambil mudah tentang cara menyimpan duit terutamanya bila meletakkannya dam poket seluar @ baju..alasan nak cepat..malas nak betul2kan..janji masuk poket dah...

Bagi kita yg berkemampuan mungkin nilai duit tu x seberapa tapi bagi org hidup dalam kemiskinan duit walau sekeping nilai tersebut tetap tinggi walaupun sekeping RM 1.00 ..dan nilai duit itu juga tinggi bagi mereka yg menjalankan bisnes kerana pd mereka untuk mengeluarkan modal dan mendapatkan keuntungan bukan sesuatu yg mudah @ enteng... ;)

 Kepentingan duit daam hidup
 
Jadi jangan kita ambil mudah dalam meletakkan nilai sekeping duit.. dan letakkan diri kita ditempat mereka, insyallah kita akan tahu nilai sekeping duit..