Lawatan ke Istana Kehakiman Putrajaya

Salam satu Malaysia! hello2 aku kembali nak menulis..hehehe
walaupun jarang2 ada kesempatan nak update blog ni.. atleast ada la jgk cite2 yg aku leh update kat sini..nak ikutkan ada 2,3 cite yg jd dlm seminggu dua ni tp apa2 pun aku update mana yg aku rasa sempat & menarik ja la no...
Permandangan di pintu utama Istana Kehakiman
Permandangan Dari Luar

16 September 2012 (hari Jumaat) aku ambik cuti semata-mata nak ikut program anjuran Belia Bdr Tasik Selatan iaitu lawatan ke Istanan Kehahiman Putrajaya  senang cite pi melawat mahkamah..ikutkan program ni ada 2 tmpt satu Mahkamah waktu paginya kendian lps solat jumaat kat Penjara Kajang, tp disebabkan aku ada program anjuran office yg perlu aku hadirkan diri petang tu maka aku skip la program ke Penjara Kajang tu.. dgr cite best tp nak wat mcm mana..tp aku x ralat sgt sbb aku dh penah masuk dh kwsan penjara Kajang ms aku keje kt kementerian lama dulu..sbb ikut Pegawai aku mai meeting..heheheh

Ok balik cite program ke Mahkamah Putrajaya..Actually program ni ikutkan perjalanannya bermula jam 8.30 pg menunggu kenderaan kat dgn Sek.Men Bdr Tasik Selatan.. oppss lupa pulak nk cite sape ketua program. Lawatan ni diketuai oleh En. Mark Yogaraj dan dibantu oleh Pn.Zahariah dengan disertai seramai 10 peserta.

Walaupun kami terlewat dari masa asal akibat masalah kecil tapi ketibaan  kami disambut baik oleh pegawai pengiring dari pihak pengurusan Mahkamah iaitu En.Khairul Azhar (x pasti betul ke tidak ejaan nama..huhu). Lokasi pertama kami ialah Perpustakaan Mahkamah.. Mmg Interesting dpt masuk dalam perpustakaan ni sbb ada mcm2 buku rujukan berkaitan dengan segala jenis undang2



Permandangan Lobi Mahkamah

Permandangan Kubah Mahkamah Dari dalam


Pintu masuk utama Perpustakaan
Antara suasana dalam Perpustakaan

Susun atur mcm dlm Movie Harry Potter

Penghargaan &cenderahati
Menurut En.Khairul ini, selain daripada pendakwaraya, peguam, hakim dan juga pelajar undang-undang, orang awam juga dibenarkan datang menggunakan kemudahan dalam perpustakaan ini untuk rujukan yang  mana mereka hanya tidak mendapat kemudahan meminjam @ bawak keluar buku-buku rujukan tersebut melainkan mereka dibolehkan membuat salinan photokopi .
Jadi pada sesape yg rasa ada nak buat artikel berkaitan undang-undang @ sejarah perundangan dalam Malaysia atau luar negara boleh la dtg ke perpustakaan mahkmah ini..

Okay dah abis lawatan kat dalam perpustakaan ni kami dibawak pulak ke Muzium Mahkamah.. ahaaa.. satu lg lokasi menarik sbb banyak jugak la info yg kita org dapat bila melawat dlm muzium ni..



Ni lah Pintu Masuk Utama Muzium

Dalam muzium ni boleh dikatakan ada sejarah perundangan di Malaysia bermula dari pemerintahan British. Selain daripada tu ada jugak sejarah Bangunan Mahkamah yang terletak di Dataran Merdeka yang mana ada cerita-cerita yg pernah berlaku kat bangunan tersebut ketika generasi seangkatan aku hingga generasi terkini belum lahir lagi..
tak percaya ok jom kita tgk ...

En.Khairul Azhar sedang bagi penerangan rangka perubahan yang berlaku sekitar Mahkamah

Ni la sejarah Mahkamah Kuala Lumpur

Sejarah

Peristiwa Kebakaran Mahkamah Kuala Lumpur

Sejarah Perasmian Komplek Mahkamah &peristiwa banjir di Kuala Lumpur
 Ok.. ada lagi yg menarik kat dalam muzium..jom kita layan ..

Model Mahkamah Terbuka

Majistreet zaman pemerintahan British

En.Khairul Azhar menerangkan proses prosiding dalam Mahkahmah terbuka

Model Pendaftar

Kat dalam ni kita org diberi diterangkan sesi prosiding sesuatu kes dijalankan, macam mana sesebuah kes boleh dibawak ke mahkamah dan dikategorikan. Kita org jgk diberi penerangan macam mana tatatertib masuk dalam mahkamah di mana harus berada untuk sebagai orang awam..

Dalam muzium ni jugak terdapat pameran pakaian2, peralatan yg digunakan dalam mahkamah dan juga sejarah Hakim @ Majistreet yg di lantik..


Wig @ topi yang digunakan oleh Hakim

Contoh-contoh Daftar yang ada


Contoh Jubah Hakim Besar Ketika zaman pemerintahan British

Satu lagi Jubah hakim

Alat yang di gunakan dalam Mahkamah sebagai tanda sedang  bersidang

Senarai Hakim Besar

Model Bangunan Istanan Kehakiman

Kenangan aku kat Wall  Justice Hall Of Fame ni..

Carta Evolusi Perundangan

Seni Bina Bangunan Mahkamah

Rujukan kod prosedur Jenayah

Rujukan Kes yang pernah dibuat
Kami dalam bilik mahkamah yang baru selesai bersidang.. Lambang JATA Negara dibelakang tempat duduk Hakim

Menarikkan? Rugi sesangat kalau sape belum penah dtg kat sini..dan ada lagi menarik yang kita org dapat alami dan mungkin bukan semua org akan dapat rasai pengalaman tu..

Mula-mula kami dibawa masuk dan menduduki bilik mahkamah yang baru selesai bersidang bagi kes2 rayuan.. pegawai pengiring En.Khairul Azhar telah menerangkan bagaimana prosiding mahkamah rayuan bersidang dan perkara-perkara yg perlu diikuti dan dipatuhi oleh orang untuk mengikuti proses persidangan ini.

Ingat org awam boleh main redah macam tu je ke nak masuk ikut satu2 prosiding yg berlaku? Minta maaf la ye.. bukan boleh main redah je.. kena ikut aturan & tertib yang termaktub.. . ada beberapa peraturan yang perlu diikut.. antaranya:

1) Masuk/keluar melalui pintu utama, setiap orang awam, peguam, pendakwaraya, pemerhati @ saksi perlu tunduk hormat kepada lambang JATA NEGARA yg berada kt depan
2) Wanita @ lelaki yg membawa handbag/bag galas tidak  boleh mengalas dibahu/belakang tetapi perlu memegang secara gantung di tangan..
3) Selepas memberi tunduk hormat terus duduk di tempat yg telah dikhaskan bagi setiap pendakwaraya, peguam, saksi, pemerhati @ org awam.
4) Tidak dibenarkan membuat bising @ mencelah ketika proses persidangan diadakan. Sekiranya berlaku ianya dianggap menghina mahkamah dan polis yg akan membawa org itu ke kandang pemerhatian sebagai denda.
5) Semasa berada di kerusi yg telah dikhaskan tidak dibenarkan duduk secara menyilang kaki, bersimpuh, bersila diatas kerusi tetapi hendaklah duduk seperti dengan keadaan tangan berada di atas peha (mcm pengantin).
6) Tidak dibenarkan membawa kamera dan mengambil gambar ketika proses persidangan berlaku.
7) Handphone perlu ditutup atau silent ketika proses persidangan, sekiranya tidak akan diminta keluar dr bilik mahkmah tersebut.
8) Tidak dibenarkan memakai selipar, seluar jean, kasut sukan ketika di dalam mahkamah.
9) Tidak dibenarkan membawa makanan @ minum.

Fuhhh... banyakkan peraturan yg kena ikut kalo nak masuk dalam proses mahkamah bersidang. Tapi apapun ini memang satu pengalaman baru yg aku dapat
semasa ikut program lawatan anjuran Belia ni.

Pada sesiapa yg nak merasa masuk dan alami sendiri pengalaman berada dalam mahkamah bersidang boleh la cepat2 buat anjuran program2 mcm ni.. tak rugi banyak ilmu yg kita tak tahu selama ni kita dpt..
Dan aku sendiri berharap lepas ni akan ada lg program2 berasaskan pendidikan mcm ni di anjurkan oleh Belia @ mana2 persatuan..tak rugi pun... ;)