Kan Kukejar Cinta Kamu



 Salam Satu Malaysia.. ape aku nak update ari ni ye, adess aku bukan penulis yg banyak idea mcm org lain..huhuhu..

hmmmm.. ok, sape peminat Fauziah Ashari penulis novel OMBAK RINDU tu? ok ni aku nak update novel terbaru dia...nak tau tajuk dia ? Tajuknya Kan Kukejar Cinta Kamu.


Cover Depan Novel
Hahhh tu dia cover page novel terbaru Fauziah Ashari..cantikkan..mesti korang nak baca sinopsis jalan cite novel ni.. :
"Mereka bertemu ketika sama-sama belajar di luar negara. Dua tahun berkenalan mengukuhkan cinta mereka. Kerana cinta, mereka lupa segala sengketa keluarga. Kerana cinta, mereka lupa pesan papa dan abah mereke. Kerana cinta mereka berkahwin secara senyap sebelum tiga bulan kembalinya ke tanah air.


Sehari selepas berada di tanah air, Raiyan kemalangan hingga menyebabkan dia kehilangan identiti diri dan keliru sentiasa. Alma hilang arah. Papa pernah berpesan, "Jangan dekati keluarga Datuk Raqib (datuk Raiyan)."


Nek Bonda (nenek Raiyan) ada mengugut. "Sekali kau dekat dengan Raiyan, berkali-kali kau akan kecewa." Raiyan juga pernah berpesan, mereka mesti sama-sama hadapi halangan keluarga. Jika sendirian, boleh karam. Ada makna pesan suaminya. Rupanya, Nek Bonda ala-ala Hitler!

Alma atur strategi. Tanpa dedahkan statusnya sebagai isteri, (tapi Nek Bonda tahu statusnya) dia buru dan dekati Raiyan dalam senyap. Dia langgar perintah papanya dalam diam. Dia ingkar amaran Nek Bonda demi cinta dan rindunya. Jika terang-terangan menjatuhkan ego dan maruah papa. Jika berterus-terang, hidup keluarganya terancam. Dan, tak mustahil Raiyan yang keliru terus lari!.

You ni cantik. Buat I tergoda selalu. tapi sayang, macam-macam perangai, buat I tergolek, pening tau. - Raiyan.

"Perkahwinan ni rupanya memang betul-betul kesilapan. I harap sangat bukan kesilapan." Itulah ayat Raiyan, kunci keyakinan Alma. Dia redah lagi onak dan duri demi mengembalikan bahagia dua tahun tiga bulan mereka bersama, bercinta dan berkahwin ketika di Ireland tanpa kelibat Dilaila, Huzail, Qistina, Zack, papa, abah dan Nek Bonda si Hitler...


So sekarang mcm mana? boleh tahan tak jalan cite dia kan..masa aku baca novel ni, aku rasa geram, marah, sakit ati ngan sikap watak Nek Bonda...seorang wanita yg berusia bernama ibu, ibu mertua dan juga seorang nenek menggunakan kuasa dia sebagai orang yg lebih tua menentukan haluan hidup orang anak, menantu dan juga mertuanya.

Dan aku paling suka watak wanita yang bernama ALMA berusaha meraih kembali cinta seorang suami  yg telah hilang. Mendapatkan maruah diri dia sebagai seorang isteri dan juga hak dirinya sebagai seorang isteri yg dirampas oleh seorang bernama NEK BONDA..
jadi kalau nak tahu apa kesudahannya..kenalah baca ...
;)