SAYANG 3 DALAM 1

Assalamualaikum everybody, hai nampak sgt dh lama aku x update blog aku ni..nk wat mcm mana, kekangan masa yg akhir2 ini tidak mengizinkan.. kalau x pandai handle mau stress ooo.. ok la bila sebut psl stress ni..semua org ada cara tersendiri nak ilang stress kan? Kalau mcm aku, mcm biasa ape lg..cari novel la..

Kali ni aku nk share sket la novel yang terbaru aku beli.. tgk tajuk mcm best..bila baca sinopsis mcm ala keanak-anakan.. ok mesti korang nak tau kan tajuk novel ni...Novel karya Weeda Airiza tajuk "SAYANG 3 DALAM 1..... eh novel pasal konflik cinta 3 segi ke? heheheh jawapan ye dan tidak...sebelum tu, nak tgk mcm mana rupa cover dpn novel tu? mana la tau kot korang senang nak gi cari... 



Nak tau mcm mana sinopsis dia? ok kejap...

"Seronok kan bila jadi anak bongsu? Itu yang dirasai oleh Aryana. Macam Dania dalam drama bersiri Awan Dania!

Disayangi, dilindungi dan dilayan bagi menatang minyak yang penuh oleh tiga orang abangnya.

Hmm... bila sebut tentang percintaan, Aryana menongkat dagu sambil bingung memikirkan pilihan hati. Pertemuan dengan Arel sejak pertama kali bersua di dalam lif yang rosak, menyebabkan gadis itu menjadi tidak keruan.

Hati jiwangnya mula terusik. Saat Aryana mula mengenal cinta, muncul pula Zafran menagih kasih yang tidak kesampaian.

Cinta monyet zaman sekolah sudah berlalu dan kini jejaka itu benar-benar menyayangi Aryana. Gadis itu bertambah bingung apabila Aizam cuba mengetuk pintu hatinya yang sudah sedia dipecah masuk oleh orang lain. Amboi, kasih sayang buat dirinya datang bertimpa-timpa, sekali harung!

Mahu atau tidak, kehidupan harus diteruskan. Sekarang hanya ada satu cara yang harus dilakukan. Fikir dan bertindak! The best man wins!

Macam mana? ok tak sinopsis dia..rasa2 mcm nak gi beli tak? ok kalau tanya pendapat aku yg dh baca habis @ org kata dah khatam ni..tak rugi nak beli sbb isi novel ni mmg menarik.. sebab kasih sayang yg dipaparkan amat berbeza dari novel2 yg biasa. Yea la selalu mesti psl kasih sayang dengan kekasih la, suami la, tunang la kan?..tp kali ni mcm mana kasih dr 3 saudara lelaki yang bersifat pelindung terhadap satu-satunya saudara perempuan mereka. Macam mana nak melayan kerenah 3 saudara lelaki yg mempunyai 3 perangai berbeza tetapi ada sifat suka mengusik & membuli adik kesayangan..dan dalam masa sama jgk menjadi penasihat tidak bertauliah dlm bab percintaan & jugak pasangan. ok la aku x nak share panjang2 sbb kalau aku share korang x akan beli & korang x akan rasa bestnya menghayati novel ni..so pada yg dh mmg cukup duit tu ape lagi cepat2 la serbu kedai or mamak yg jual novel..yang lom gaji A.K.A  x cukup duit lagi.. x pe jgn susah hati, insyaallah stock masih.. ahahahah ;)