Andai mahu hidup tenang 7


 Adalah Uthman r.a apabila mengunjungi tanah perkuburan, beliau akan menagis sehingga janggutnya basah. Seorang telah bertanya kepadanya kenapa apabila diceritkan mengenai syurga dan neraka tidak menangis sebagaimana kamu menangis apabila melihat perkuburan?
Uthman r.a menjawab: Sesungguh Rasullah s.a.w telah bersabda : "Perkuburan ialah persinggahan yang pertama daripada persinggahan-persinggahan akhirat. Maka barangsiapa yang berjaya dipersinggahan pertama ini maka persinggahan yang selepasnya akan menjadi lebih mudah..., tetapi jika dia gagal daripadanya, persinggahan yang seterusnya akan menjadi lebih sukar dan baginda Rasullah s.a.w bersabda; Aku tidak pernah melihat satu permandangan yang lebih mengerikan daripada seksaan kubur." (HR Tirmizi)

Wallohu a'lam
kredit kpd : Saudara Mohd Fadzil (MyIPO)