Andai mahu hidup tenang - Part 9


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
   السلام عليكم ورحمة الله


"Bahawasanya di dalam jasad anak Adam ada seketul daging. Apabila baik daging itu, baiklah seluruh anggotanya. Sebaliknya, jika jahat daging itu, jahatlah seluruh anggotanya. Ketahuilah daging itu ialah hati." Riwayat Al-Bukhari


Ini Bermakna, rindu dan cinta yang harus bersemi dihati mestilah rindu dan cinta yang 'baik'. Barulah hati akan menjadi baik, dan seluruh anggota jadi baik. Tapi jika rindu dan cinta itu 'jahat' maka jahatlah hati. Akibatnya jahatlah seluruh anggota. Kata orang, "berhati-hatilah menjaga hati." Jangan dibiarkan hati itu penuh dengan rindu dan cinta yang salah akibatnya terlalu buruk, jadi kena sentiasa beringat. Pastikan niat kita betul.


Setiap hati ingin kasih-sayang, keadilan, kekayaan, keindahan dan lain-lain sifat yang mulia, baik dan sempurna. Tidak ada seorang manusia pun yang tidak ingin kebaikan, kemulian dan kesempurnaan. Ketika dilanda kemiskinan, kita inginkan kekayaan. Ketika dipinggirkan, kita inginkan kasih-sayang. Ketika dizalimi, kita inginkan keadilan. Baiklah, hakikat itulah bukti yang sebenarnya kita cinta dan rindukan Allah. Justeru, Allah sahaja yang memiliki segala-galanya yang diingini oleh manusia. Tapi tak perasan semua ni, kita ingat segala rasa cinta dan rindu dari manusia, walhal Allah yang campakkan rasa itu...


Tetapi..semua keinginan itu hanya dakan dapat dipenuhi apabila kita merapatkan diri kepada Allah. Allah yang punya segala-galanya itu. Allah sentiasa mahu dan mampu memberik apa yang diinginkan oleh setiap manusia. Firman Allah :

"Dan tuhan kamu berfirman: Berdoalah kepada ku nescaya aku akan perkenankan. Sesungguhnya orang yang sombong takbur daripada beribadat dan berdoa kepadaku, akan dimasukkan neraka Jahanam dalam keadaan hina." Al-Mukmin : 60


Menerusi nama-nama Allah yang baik inilah  seharusnya kita merintih, merayu dan memohon kepada Allah. Firman Allah :

"Allah memiliki Asmaa' ulHusna, maka memmohonlah kepadanya dengan menyebut nama-nama yang b aik itu..." Al A'raaf : 180

Bagaimanakah caranya membersihkan semula hati kita yang telah dicemari dan diracuni? Cukupkah hanya dengan ucapan dan penyesalan? Ya, usaha untuk membersihkan hati adalah usaha yang sukar. Tetapi hanya itulah satu-satunya jalan. Tidak ada jalan mudah untuk mendapat cinta itu semula. Setiap cinta menagih pengorbanan. Begitulah jua cinta Allah.

Sabda Rasullah swt : "Iman  itu bukanlah angan-angan, bukan pula ucapan, tetapi sesuatu yang menetap di dalam dada, lalu dibuktikan dengan perbuatan."

Perjuangan itu pahit, kerana syurga itu manis. Kecintaan kepada Allah terlalu mahal. Bayangkan untuk mendapat cinta seorang wanita yang rupawan, jejaka yang hartawan, putera yang bangsawan, itupun dah terlalu sukar, maka apatah lagi untuk mendapat cinta Allah zat yang Maha Agung dan Maha Sempurna itu.

Namun cinta Allah, adalah cinta yang  hakikim sejati dan abadi. Keindahan Pencipta (Khalik) tidak akan dapat ditandingi oleh makhluk. Keagungan, kekuasaan dan kekayaan Allah akan kekal abadi selamanya. Bila kekasih di kalangan manusia sudah berpaling, maka sedarilah bahawa Allah tetap melihat dengan pandangan rahmatnya. Apabila kita mencintai Allah, kita hakikatnya akan memilik segala-galanya. Inilah cinta yang tidak akan terpisah oleh kejauhan, kematian dan kemiskinan. Sebaliknya bila kita kehilangan cinta Allah, kita sebenarnya telah kehilangan segala-galanya.

Lalu.. kita diajar supaya berdoa. Orang yang berdoa ialah orang mengakui segala sifat kehambaanya di hadapan kekuasaan Allah. Apakah sifat-sifat kehambaan itu? Antaranya, rasa lemah, hina, jahil, miskin, berdosa, hodoh dan segala sifat-sifat kekurangan. Berdoa ertinya kita menyerah pasrah kepada Allah. Kita nafikan segala kelebihan diri. Yang kita akui hanya sifat keagungan dan kebesarana Allah. Lalu kita inginkan hanya bantuannya. Kita tagihkan simpati, kasihan dan keampunannya sahaja.

Hanya dengan mengaku lemah di hadapan Allah kita akan memperolehi kekuatan. Hanya dengan mengaku miskin di hadapan Allah kiata akan dikayakannya. Hanya dengan merasai segala sifat kehambaan barulah kita akan mendapat kekuatan, kemuliaan dan kelebihan dalam mengharungi hidup yang penuh cabaran ini.

Bila Allah telah hadiahkan kasih dan rindunya kepada kita, kita akan merasa kebahagiaan dan ketenangan yang tiada taranya.

Dalam apa jua keadaan kita akan mendapat ketenangan. Susah, kita sabar. Senang, kita syukur. Kita bersalah, mudah meminta maaf. Jika orang meminta maaf, kita sedia dan rela pula memaafkan. Alangkah bahagianya punya keikhlasan hati yang macam ni, betul tak? susah tu memang susah... tapi jika kiat berusaha untuk yang terbaik.. Insyaallah ada jalannya kan ?

Itulah hakikatnya syukur pada lidah, hati dan amalan. Syukur dengan lidah, mengucapkan tahmid (pujian) kepada Allah. Syukur dengan hati, merasakan segala nikmat hakikatnya daripada Allah bukan daripada usaha atau ikhtiar diri kita. Tadbir kita tidak punya apa-apa kesan berbanding tadkir Allah. Dan akhirnya syukur dengan tindakan, yakni menggunakan segala nikmat daripada Allah selaras dengan tujuan Allah mengurniakan nikmat  itu.

Jika Allah berikan harta, kita gunakan kearah kebaikan dan kebajikan. Jika diberi ilmu, kita mengajar orang lain. Diberi kuasa, kita memimpin dengan adil dan saksama! Syukur itulah tujuan utama kita dikurniakan nikmat. Ertinya, kita kembalikan nikmat kepada yang Empunya nikmat iaitu Allah.

Walloh  a'lam

krdt kpd saudara Mohd Fadzil (MyIPO)