Cinta Untuk Sedetik Lagi

Assalamualaikum..kawan2, korang semua sihat ke? ada yang bz tak? kalau bz jgn stress2 tau..hah ape mcm, hari tu aku share psl novel "Sebenarnya SAYA ISTERI DIA!", ada yang dh baca ke?@ ada yg baru nk gi beli? hehehe..mesti korang bengang kan ngan watak husband tu kan.. Jadi disebabkan dah 2 hari aku tak sempat nak update blog ni ngan latest novel..maka hari  ni aku update novel baru, aku jamin mmg best.. Ada happy, ada kelam kabut & ada part yg leh buat korang nangis (itupun kalau yg jenis cepat touching la.. ada ke?)

Novel kali ni pun berkisar kisah dua beradik kembar tpi perempuan.. alah mcm novel Kahwin Ganti tapi yg tu pasal saudara kembar lelaki, tapi kali ni kisahnya beza sket..Tajuknya "Cinta Untuk Sedetik Lagi" karya Ezza Mysara...

Hah ini dia rupa covel Novel Cinta Untuk Sedetik lagi!..
Yang aku jadi teruja sekejap tu bila baca petikan kata-kata kt cover novel tu..

"Ketika cintamu menjadi lukaku,
tidakku peduli akan keperitannya..
Walaupun cinta datang sedetik cuma,
Namun bahagia pasti milik kita
selamanya..."

Cewahhhh touching la pulak kan.. tp apapun jom kita layankan sinopsis novel ni, lepas tu pandai2 la korang semua fikir sama ada nk pi pinjam ke, beli ke @ rembat siapa2 punya kan.. ;) tp jgn cakap aku yang suruh ye.. aku x nak bertanggungjawab...hahah

NAILA FARAFEESA
merasakan yang dunia seakan-akan terhenti saat dia menerima khabar tentang penyakitnya. Lantas cinta yang menghuni rasa hati terpaksa ditolak tepi demi kebahagian insan-insan tersayang. Dia tekad untuk menjodohkan lelaki yang dicintainya bersama kakak kembarnya yang baru kehilangan tunangnya. Tapi hati tak mampu menipu bila lelaki bernama Ezrakil itu semakin bertahta dalam hati.

"Setakat Ezrakil yang pakai Honda tu, aku tak pandanglah. Duit berkepuk-kepuk, tapi kedekut yang amat! Segala benda dalam ofis dia nak catu@ Entah-entah kasih sayang dia pada kekasih pun dia nak berkira nanti! Lagipun, dia tak cukup hansome macam Remy Ishaklah!" - Naila Farafeesa

 "Sebab tak cium atau tak peluk awak, sebab tu awak rasa saya tak sayangkan awak? Macam tu? Hei, saya boleh bagilah semua tu.. tapi dengan syarat awak kena jadi seorang yang halal disisi agama untuk saya." -Ezrakil

NAILA FARANEESA mula hilang percaturan lantas melumpuhkan jiwanya untuk bercinta lagi lantaran pemergian tunang tersayang. Tapi kemunculan seorang lelaki bernama Nazreen yang sifatnya persis arwah telah menghentak naluri hatinya. Menyingkap sehelai demi sehelai kenangan yang pernah terukir cantik. Kenapa lelaki ini mampu membuatkan jantung Faraneesha berdebar sama seperti ketika dia bersama Luqman?

"Neesha, saya betul-betul sayangkan awak. Tapi saya tak tahu sama ada awak sayangkan saya sebab saya ataupun kerana saya adalah pemilik hati Luqman!" - Nazreen

Sudut Ilmu :

Dalam novel ni Naila Farafeesa telah disahkan menghidap penyakit Systemic Lupus Erythematosus (SLE). Penyakit apakah itu? Jadi kt sini aku nak kongsikan sikit info berkenaan penyakit ni..

Systemic Lupus Erythematosus atau SLE

Adalah penyakit kronik berpanjangan yang berlaku akibat kecelaruan sistem pertahanan tubuh membabitkan sistem auto imun badan apabila sistem pertahanan menyerang tubuh. Sistem pertahanan tubuh adalah rangkaian sel yang bertindak melindungi tubuh daripada serangan benda asing.

Penyakit ini adakala sukar di diagnos pada peringkat awal kerana gejala-gejalanya tidak begitu ketara. Ini kerana gejala awal penyakit SLE tidak spesifik termasuk rasa letih, lesu, demam, sakit sendi dan keguguran rambut. Kebanyakkan pesakit SLE (70 hingga 80 peratus) mengalami masalah kulit. Selalunya bahagian muka akan terjadi ruam yang dikenali sebagai malar rasa atau butterfly rash. Ruam ini terjadi di bahagian pipi dan hidung. Oleh kerana bentuk ruam ini mempunyai bentuk sayap rama-rama, ia juga dikenali sebagai butterfly rash.


Faktor-Faktor:
  • Faktor genetik - meningkatkan kecenderungan menyebabkan masalah auto imun dan penyakit auto imun seperti lupus, rheumatoid arthritis dan kekacauan imun tiroid.
  • Sesetengah saintis percaya sistem imun dalam lupus mudah distimulasi oleh faktor luaran seperti virus. Kadangkala simptom lupus lebih buruk apabila pesakit terdedah pada cahaya matahari. 
  • Banyak ubat-ubatan dilaporkan menjadi pencetus SLE. Kebanyakkan ubat ini dikatakan menstimulasi sistem imun.
  • Sistem hormon wanita juga dikaitkan dengan SLE. Hubungan hormon dengan SLE bagaimanapun masih dalam kajian.
  • Mutasi genetik yang menganggu sistem "pembuangan sampah" dalam tubuh dikaitkan dengan permulaan SLE.

Gejala/Tanda-tanda:
  1. Ruam merah atau perubahan warna pada muka. Biasanya berbentuk rama-rama pada hidung dan mata.
  2. Sendi membengkak dan sakit.
  3. Demam tanpa sebab.
  4. Sakit dada ketika menarik nafas panjang.
  5. Kelenjar menjadi bengkak.
  6. Keletihan yang berlebihan.
  7. Keguguran rambut yang luar biasa (terutama di atas kepala).
  8. Jari tangan atau kaki menjadi pucat @ berwarna ungu kerana kesejukan @ tekanan.
  9. Sensitif terhadap matahari.
  10. Sel darah rendah.
  11. Kemurungan, sukar menumpukan perhatian @ masalah ingatan.
  12. Ulser mulut.
  13. Sawan tanpa sebab.
  14. Masalah mental.
  15. Keguguran yang kerap.
  16. Masalah buah pinggang.
Sebenarnya ada dua jenis lupus - pertama dan yang paling lazim adalah Discoid Lupus Erythematosus (DLE) yang hanya menjejaskan bahagian kulit yang terdedah manakala jenis yang lebih serius dipanggil Systemic Lupus Erythematosus (SLE) yang menjejaskan sistem tubuh termasuk kulit.

Bentuk rawatan Lupus perlu menumpukan kepada kesan sampingannya. Tiada penawar untuk penyakit ini, jadi perkara yang mampu dilakukan pesakit adalah dengan mengurangkan gejalanya. Ubat anti keradangan diberikan untuk kesakitan arthritis begitu juga pleuris. Ruam kulit boleh dibantu dengan corticosteriods, yang biasanya datang dalam bentuk krim atau losyen, bukan sahaja untuk menghilangkan ruam tetapi juga melegakannya. Gegala yang teruk perlu diperiksa oleh pakar menerusi pemantuan yang rapi terhadap jenis gejala lain selain pelbagai cubaan ujian dilakukan bagi mengesan jenis rawatan paling berkesan.

Tu dia aihhh!...panjang lebar dah aku share ilmu berkaitan penyakit SLE ni..tp kalau nak tahu lebih detail kena rajin-rajin la  bertanya kt pakcik Google ye.. macam-macam ada.!


Sumber diperolehi :
Berita Harian
UKKP UniMAP