Sebenarnya SAYA ISTERI DIA!

Assalamualaikum.. kawan2, first day selepas bercuti selama 3 hari kan, jadi apa yg korang buat cuti 3 hari tu?..mcm yg kita tahu ahad 16 Sept tu jatuh hari sambutan Hari Malaysia jadinya cuti ganti dibawa ke hari Isnin.. so korang bangga tak menjadi warganegara Malaysia? Kalau tanya aku mesti lah bangga sbb aku bertuah dilahirkan dalam negara yg aman makmur ni..jadi sebagai anak Malaysia harus dan perlu kita bangga dan menikmati segala kemakmuran yg ada ni.. sbb kita adalah antara manusia yg beruntung dilahirkan di Malaysia berbanding mereka-mereka yg dilahirkan dalam negara yg bergolak dengan peperangan, politik dan juga isu kemiskinan.

Haisssh.. panjang pulak mukadimah aku hari ni..eik, dah ada unsur-unsur patriotik la pulaknya..tapi tak salahpun kalau nak berpatriotik sebab harus pun. Oklah sebenarnya aku nak update pasal novel..dah alang-alang ada kawan pulangkan novel yg dia pinjam beberapa minggu lepas.. hahah beberapa minggu lepas tu yg tak tahan.. sbb apa dia kena ambik masa nak khatam novel setebal 897 muka surat.. Kali aku nak sharing sekali la beberapa isu yg berbentuk ilmu yg boleh dikaitkan dari novel ni.. tapi apapun jom kita layan sinopsis novel ni dulu.. ehhh! sebelum aku terlupa tajuk novel ni "Sebenarnya SAYA ISTERI DIA!"..


Ahaaaa. tajuk pun dah ala-ala unik kan? jadi mari kita baca sikit sinopsis dia yg lebih kurang mcm ni..


CINTA pertama tidak semestinya akan bersatu walaupun masing-masing berjanji untuk hidup bersama. Itulah yang terjadi pada Syafa Aqira dengan Farish Adryan. Cinta yang pernah dipupuk sejak zaman universiti lagi akhirnya terputus di tengah jalan apabila Farish bertekad untuk memutuskan hubungan itu lantaran satu peristiwa hitam yang terjadi pada satu majlis yang dihadiri oleh mereka berdua.


"Aku buat semua ni kerana mama. Dan kau tu sepatutnya bersyukur sebab aku selamatkan maruah kau." - Firash Arshad.
"Ya, aku tahu Firash. Sepatutnya aku bersyukur sebab kau sudi kahwin dengan aku." - Syafa Aqira.

Laluan untuk mengharungi sebuah perkahwinan tanpa cinta bukanlah sesuatu yang mudah buat Syafa Aqira. Kehidupannya sebagai isteri langsung tidak dipedulikan apatah lagi perkahwinan mereka dirahsiakan atas permintaan Firash. Namun dia reda kerana kesibukan lelaki itu masih bergelar pelajar walaupun setiap kata-kata sini yang terbit dari mulut Firash ditelan dengan rasa terbuku di dalam hati.

Dan kala rasa sayang dan cinta mula hadir, ada saja dugaan yang datang menimpa. Kehadiran abang tiri dan adik tirinya yang tidak disangka-sangka mengeruhkan rasa cinta yang mula terbina. Syafa akhirnya pergi membawa diri dengan hati yang terluka. Firash jadi nanar. Hidupnya serba-serbi tidak kena. Bagi Firash, Syaf adalah anugerah terindah di dalam hidupnya. Dia sanggup untuk berbuat apa saja demi mendapatkan kembali kepercayaan dari isterinya itu.

"Siapa nak tidur atas riba awak? Please lah! Tak ingin pun!" - Syafa Aqira.

"Betul ke tak ingin? Dulu okay aje sampai lenguh paha nak menanggung kepala awak. Takkan awak dah lupa kut?" - Firash Arshad.

Namun apakah cinta mereka akan kembali bersatu? Bagaimana pula dengan kisah adik beradik tiri Firash? Dan apakah bahagia akan terus menjadi milik mereka?
 

"Titik-titik duka yang pernah kau taburkan dulu, lama-kelamaan bercambah
menjadi sejuta rasa yang tak mampu untuk aku ungkapkan."

Sudut Ilmu:

Apakah itu Dadah? :

Dadah atau "drug" adalah bahan atau kimia yang amat merbahaya kepada individu yang menggunakannya kerana ia mengubah cara minda dan tubuh manusia berfungsi. Banyak hal yang berkaitan dengan dadah sentiasa menjadi bahan dalam berita.

Menurut Kamus Dewan Melayu - Inggeris, makna perkataan "drug" bermaksud ubat-ubatan. Walaupun demikian, untuk memberi takrif penyalahgunaan kepada "drug", perkataan "use", "misuse" atau "abuse" perlu digunakan bersama-sama dengan perkataan "drug". Contohnya "drug abuse" atau "misuse of drug" yang membawa maksud penyalahgunaan dadah.

Dadah merupakan satu istilah khas yang merujuk kepada sejenis bahan yang mendatangkan kemudaratan kepada kesihatan seseorang dari segi fizikal, mental dan emosi serta tingkah laku pengguna apabila digunakan. Akibat daripada kesan ini, seseorang yang menyalahgunakan dadah akan menjadi ketagih dan akan terus bergantung hidup kepadanya. Tanpa disedari, anda sendiri mungkin telah menggunakan beberapa jenis dadah dalam hidup anda.

Namun demikian, beberapa jenis dadah adalah dadah yang dilarang pengambilannya kerana dadah ini mengakibatkan ketagihan dan masalah-masalah kesihatan, sosial, ekonomi dan sebagainya. Oleh itu Kerajaan Malaysia telah menyenaraikan dadah ini di dalam Akta Dadah Berbahaya 1952 untuk mengharamkan penanaman, pengeluaran, pengedaran, import, eksport, pemilikan dan penyalahgunaan dadah seumpama ini.


Jenis dadah seperti seperti kokain, ganja, heroin, syabu dan “ecstasy” diambil untuk mengubah perasaan fikiran anda. Dadah-dadah ini juga dikenali sebagai”dadah yang disalahguna”.

Dadah merujuk kepada sejenis bahan kimia psikoaktif yang mempunyai ciri-ciri seperti berikut : 
  • Mempunyai kesan paling ketara ke atas saraf pusat (otak dan saraf tunjang) 
  • Digunakan bukan untuk tujuan perubatan dan penggunaannya adalah dilarang
  • Diperolehi secara haram
  • Membawa kepada pengantungan fizikal dan psikologikal dan meningkatkan daya tahan terhadap dadah
  • Mendatangkan kesan-kesan buruk dan bahaya ke atas kesihatan dan fungsi sosial seseorang.
Jenis-Jenis Dadah
Setakat ini , dadah boleh dikategorikan kepada beberapa jenis seperti berikut :
  • Opiat dan Opiat sintetik
  • Stimulan
  • Ganja
  • Halusinogen
  • Depresen
  • Ubat-ubaan dan bahan-bahan yang disalahguna.  
Hah itulah sikit sebanyak pasal apa itu dadah.. kalau nak tahu lebih lanjut jenis-jenis dadah sila klik link ini.
Ok setakat ini utk hari ni.. kalau ada yg baru nanti aku update dan kita share sudut ilmu lain pulak ;)