Pakar Pengurusan Nak Jadi Pakar ICT

"Nape kau tukar course? nape tak ambik course yg sama atau ada kaitan"? itu persoalan yang ditimbulkan rakan satu course masa kat UiTM dulu bila aku bg tau aku further study tp tukar course.. Salahkah aku tukar course atau bidang pengajian? Perlukah aku ikut terus menerus course yang sama.. rasanya tak salah pun yang penting ada hati, minat dan keinginan. Tapi itulah yang menjadi isu pada rakan aku ni.. Kisahnya mula bila aku email bagi tau dia yang aku dah apply untuk sambung kat AeUniversity intake Sept ni..& offer letter pun aku dah dpt tinggal lagi aku kena gi daftar & buat bayaran sedikit yuran pendaftaran.

Aku masih lagi sambung pengajian aku secara part time cuma kali ni aku tukar course. Memang dulu aku ambil "Management In Studies" tapi kali ni aku ambil "Information And Communication Technology in Specialist Information System"...aku tak kisah tukar course yang penting hati aku memang sukakan course ni juga selain daripada management.. sbb aku lebih rela baca buku & nota yang banyak daripada aku pening kepala dok buat calculation.. sbb aku kurang berminat bab calculation ni..mau sewel jap otak aku.. huhuhu.. Lagipun memang secara kebetulan aku bekerja pun dalam unit IT jadi nape tidak aku upgradekan knowledge aku dalam bidang IT ni..

Isu course ni susah atau sebab aku bukan belajar course ni dulu bukan satu alasan untuk aku tidak meneruskan pengajian aku. Memang kalau boleh aku nak cari course yang sama atau similar ngan course masa aku kat UiTM dulu tapi ada sebab nape aku tukar course.. 

Firstly kat AeU ni tak bnyk offer course tuk aku buat part time, kedua hanya kat AeU ni sahaja flexible proses kemasukkan dan juga jadual belajar hujung minggu berbanding dengan "U" lain dan paling penting mereka bagi peluang pada orang-orang macam aku untuk meneruskan pengajian tanpa perlu melalui proses kemasukan yang agak sukar.. contohnya:

"Cik kena ambil special exam @ ujian kelayakan untuk menentukan sama ada cik layak untuk ditawarkan kemasukkan disini.Bayaran untuk  ujian tu RM 150 shj ".. kata satu staff kat satu Universiti yang aku gi buat survey. Ujian ni pulak belum ada jaminan lagi untuk kita lulus atau dapat masuk..dah la kena keluarkan duit dulu lepas tu jaminan kemasukan tiada. 

So sekarang ni aku dah tak pedulikan apa rakan aku tu nak cakap. sama ada aku buang masa ke, buat rugi je tukar tukar atau nanti susah ke nak habiskan dalam jangka masa 5 thn tu.. lantak la.. yang penting aku dah berjaya tunaikan niat untuk aku belajar dan memajukan diri. Sebab sekarang hanya diri aku yang boleh ubah kehidupan aku sendiri bukan orang lain..keluarga aku hanya boleh jadi penyokong sahaja dan rakan-rakan adalah pencabar untuk aku terus maju dan maju.. 
 _______________________________________________________________________
 Nota: Teruskan apa jua niat dan keinginan..jangan sesekali kita takut dengan kata-kata atau pendapat orang yang ingin menjatuhkan kita. Percaya pada keputusan yang telah kita buat dan nekadkan azam untuk  berjaya tanpa ada sangsi