Raja Buah Bermaharajalela

Fuhh!.. penat sungguh aku hari ni sebab letih perjalanan semalam dari Kelantan ke Kuala Lumpur masih terasa. nak-nak pulak bila penat tak sempat hilang rumah aku diserbu oleh sepupu-sepupuku yang sememangnya menanti kepulangan aku dan juga orang tua ku..tujuan mereka sebab nak menziarah ayahku yang kurang sihat setelah lama berada di kampung berubat secara traditional. Kedatangan sepupu-sepupu ku telah menanti hidangan yang paling hangat ketika ini iaitu Raja Buah  "Durian".  

Bila sebut pasal Durian ni .. aku teringat sebelum perjalanan balik ke KL, aku, adik lelaki ku dan kedua orang tua ku telah singgah ke kebun mak sepupu sebelah mak aku di Kampung Kemubu, Kuala Krai. Apa yang boleh aku katakan.. kebun buah mak sepupu ku ni memang teramat la besar..huhuhu.. (tak larat aku nak merayau-rayau).. Oleh kerana kami sampai rumah mak sepupu aku ni dah malam jadi operasi mencari dan mengutip durian kena tunggu awal pagi esoknya (semalam la - 01/08/2010). So pagi semalam, lepas bangun je tidur, pe lagi terus je turun meronda-ronda sekitar kebun sambil membawa bakul kecil.. dia la yang paling excited nak mencari & mengutip durian ni.. dalam 1 jam lepas tu adik aku bawak balik penuh bakul dengan buah durian.. elok-elok buahnya.

Aku pula tiba-tiba, mak aku ajak gi cari pucuk paku nak bawak balik KL katanya.. ok la, aku ikut mak aku meredah paya kecil.. dah lama jugak aku tak buat XTVT mencari & mengutip pucuk paku pakis ni.. hahaha best la pulak rasanya.. masa mencari pucuk paku ni nyaris gak belakang aku kena timpa dek buah durian.. nasib baik masa tu aku dah lajak kedepan je.. kalau tak mau bebalut belakang aku luka dek duri buah durian.. Tapi apa yang boleh aku katakan buah durian sekarang ni buah yang paling bermaharajalela di persekitaran Kelantan.. Boleh dikatakan tahun ini merupakan musim buah-buahan yang paling menjadi... sebab aku perhatikan dalam buah durian sedang berlumba-lumba gugur.. buah-buahan lain turut menampakkan hasilnya macam duku, langsat, manggis & rambutan. Heheheh bila buah-buahan  menjadi biasalah, anak-anak kampung yang berada di perantauan pun berebut-rebut pulang ke kampung nak merasa buah-buahan..nak-nak pula lagi seminggu je lagi dah nak puasa..Puasa dah tak leh makan buah lagi..

Okla.. macam aku cite tadi perjalanan aku ke KL telah berhenti bermalam kat kebun mak sepupu aku so.. apa lagi perjalan balik esoknya.. penuh la bonet kereta ngan buah durian + petai.. dah banyak jugak barang-barang yang mak aku nak bawak balik kl. Sudahnya.. ruang sit belakang secara kebetulan hanya aku & mak aku je yang duduk.. jadi ruang di tengah-tengah tu telah ditimbunkan barang-barang keperluan kami seperti beg pakaian, bantal dan sebagainya... Semuanya gara-gara nak bawak balik raja buah  iaitu "Durian Kampung"... Nasib baik la aku bukan type fanatik buah durian.. kalau tak mahu haru di buatnya..