Resepi Kek Perkahwinan

Ini satu resepi yang baik untuk mereka-mereka yang telah melalui alam perkahwinan ataupun dalam proses untuk menuju kearah itu.. walaupun aku belum lagi tak kearah itu tapi tak salah aku nak berkongsi ilmu yang aku perolehi melalui bahan bacaan terbaru ku.. resepi kek perkahwinan..hmm jangan ingat makanan je ada resepi tau.. alam perkahwinan pun kena ada resepi untuk terus bahagia.. ok mari kita lihat apakah bahan-bahan atau keperluan dalam resepi ini..
Bahan:
1 lelaki sihat,
1 wanita sihat,
100% komitmen,
2 pasang restu orang tua,
1 botol kasih sayang murni,

Perisa:
1 buku besar humor,
25 gram rekreasi,
1 bungkus doa,
2 sudu teh telefon,
5 kali ibadah/hari

Semuanya diadun hingga rata dan mengembang.
Tip:
  • Pilih lelaki dan wanita yang benar-benar matang dan seimbang
  • Jangan yang satu terlalu tua dan yang lainnya terlalu muda kerana dapat mempengaruhi kelazatan (sebaiknya dibeli di pusat beli belah bernama TEMPAT IBADAH, walaupun agak jual mahal tapi mutunya terjamin.)
  • Jangan beli di pasar yang bernama DISKO atau PARTI kerana walaupun modelnya bagus dan harum baunya tapi kadangkala menipu pelanggan atau kadang menggunakan zat pewarna yang dapat merosak kesihatan.
  • Gunakan kasih sayang cap "DAKWAH" yang telah mendapat penghargaan ISO dari Kementerian Kesihatan dan Kerohanian.
Cara Memasak:
  • Lelaki dan Wanita dicuci bersih, buang semua masa lalunya sehingga tersisa niat yang murni.
  • Siapkan loyang yang telah disapu dengan komitmen dan restu orang tua dengan rata.
  • Masukkan niat yang murni ke dalam loyang dan panggang dengan api yang rata sekitar 30 minit di depan penghulu.
  • Biarkan di dalam loyang tadi dan disirami dengan perisanya.
  • Kek perkahwinan sedia dinikmati.
Catatan:
     Kek ini dapat dinikmati oleh pembuatnya seumur hidup dan paling enak dinikmati dalam keadaan hangat. Tapi kalau sudah agak dinging, tambahkan lagi humor segar secukupnya, rekreasi sesuai selera, serta beberapa potong doa kemudian dihangatkan lagi di ketuhar berjenama "Tempat Ibadah".
     Setelah mulai hangat, jangan lupa telefon atau berhubung bila berjauhan .


So macam mana.. rasa-rasa ok tak.. selamat mencuba tau, bagi yang belum berkahwin jadikan ini sebagai panduan untuk kearah perkahwinan...