INGIN BERKASIH LAGI & CINTA KONTRAK

Hai semua... huhuu akhir2 ni aku agak bz sket.. x sempat nak mengupdate kt blog tp ari ni aku nak update dua novel yg aku kira menarik tuk aku share kt korang semua.. satu dari novel ni adalah penulis kegemaran aku & juga kenalan internet aku sblm dia dikenali sebagai penulis terkenal..mesti korang tertanya2 sape penulis tu.. Ok penulis tu adalah Damya Hanna...(bangga kejap... :P) percaya tak? mesti korang tak percaya kan.. well terpulang la kan :D

Karya Terbaru Damya Hanna

Oklah aku malas nak cite mcm mana jln citenya.. korang baca je la sinopsis novel ni ye..

"Tidak mahu jatuh cinta! Itu prinsip Isyatul kerana bukan mudah untuk dia menyerahkan hatinya kepada mana-mana lelaki, lebih-lebih lagi kepada Amrin yang sentiasa mengejarnya tanpa jemu. Entah kenapa prinsip itu terbang dibawa angin lalu apabila hatinya dapat menerima lelaki itu ke dalam hidupnya.

Amrin membawa rombongan merisik. Isyatul dilamar sebagai bukti tahap keseriusan lelaki itu mencintanya. Namun, rombongan merisik pulang dalam kehampaan. Isyatul kecewa. Ada sesuatu rahsia yang cuba disembunyikan oleh ayahnya. Amrin pula merana sehingga membawa diri bertahun-tahun lamanya.

Keliru dengan percintaanya, Isyatul diduga dengan kehadiran Najwan. Sikap dan tutur bicara lelaki itu mencuit jiwanya. Dia ingin bercinta lagi. Namun, sejarah cinta lalu menyekatnya daripada menerima hati lelaki itu. Takut pisang berbuah dua kali. Apatah lagi, rahsia yang disembunyikan oleh ayahnya masih belum terungkai."

So rasa2 korang.. menarik tak baca sinopsip novel ni.. for me biasa la semua novel yang aku beli semestinya yg best & menarik... ;)

Ok ini lg satu novel yg aku kira mmg best sbb pada aku ada bab2 yg buatkan aku tersenyum & ketawa sorang2 masa baca novel ni..
Karya Nurul Ain Syuhada (psst nek lunyai dh cover buku.. :P!)
 Yang ni pun aku malas nak cite banyak korang baca je sinopsis dia.. kalau korang rasa berkenan leh la pi kedai beli eik ;

Oi cicak kobeng! Ayat aku tu! Yang kau sibuk-sibuk ciplak buat harta sendiri pulak apehal? Ayat aku tu milik aku secara rasmi tau tak!” Aku semburkan ayat-ayatku di hadapan wajahnya.

Nur Alia Airysha, seorang gadis yang dating dari kampong ke Kuala Lumpur dengan niat untuk mengumpul duit demi keluarga dan membiayai kos pembelajarannya. Dengan bantuan sahabat alongnya, Kak Yati, Airysha bekerja di sebuah butik terkemuka yang dimiliki oleh Datin Aleeya.
Muhammad Danial Franz, seorang pemuda kacukan Perancis yang berkelulusan dari luar Negara kembali ke Malaysia dan bekerja di bawah papanya, Dato’ Eddy di sebuah syarikat besar.
Takdir menemukan Airysha yang brutal dengan Danial yang ego di butik mami Danial, Datin Aleeya! Danial cuba mendapatkan Airysha tanpa merendahkan egonya.
Daniah membawa Airysha untuk bertemu orang tuanya untuk dikahwinkan. Tetapi perkahwinan ini bersyarat! Kontrak yang direka Danial dipandang remeh oleh Airysha.

Di saat akad nikah hamper tiba, Airysha menyusun strategi untuk lari! Airysha mengambil keputusan untuk membatalkan kontrak tersebut. Lantas sekeping kertas yang tertera kontraknya, dibuang. Apa yang bakal terjadi seterusnya? Adakah perkahwinan masih diteruskan? Bagaimana kehidupan Airysha selepas ini? Bahagiakah dia?
Bagaimana pula penerimaan Danial terhadap perangai brutal Airysha? Bila senduk bertemu kuali, bila api bertemu sumbu bom, apa yang akan terjadi?

“Kontrak! Kontrak! Kontrak! Itu aje yang kau tau nak sebut? Yealah! Yealah! Aku yang buang. Aku tak puas hati dengan syarat-syarat dia. Ada ke aku sebagai seorang perempuan, kena tidur atas sofa? Kau ni manusia takde hati, takde perut!” Selorohku. Dalam masa yang sama, aku cuba melepaskan diri dari rangkulannya. Danial mendengus perlahan.

Hah..macam mana.. menarik tak? Yang pasti novel ni aku bagi thumb up sbb aku suka & tertarik ngan gaya penulisan penulis ni...mmg sempoi & santai !