Hukum Memakai Contact Lens

Pada zaman kini ramai yang gemar mengenakan mata dengan pelbagai jenis contact lens. Namun ramai tidak sedar bahawa pemakaian contact lens tanpa tujuan boleh mengundang fitnah terutama golongon wanita.

Contact lens untuk kesihatan mata - hukumnya harus

Pemakaian contact lens ini bukanlah satu isu yang baru kerana trend ini sudah lama diguna pakai oleh sesetengah golongan. Namun yang membuat isu ini timbul apabila si pemakai terutamanya bagi kaum wanita adalah semata-mata untuk menarik perhatian orang lain. Tidak jadi masalah untuk memakai kanta tersebut dengan tujuan untuk perubatan atas nasihat pakar perubatan untuk memulihkan penglihatan dan bukan tujuan perhiasan atau penipuan.



1. Tujuan perubatan - iaitu orang yang memakainya kerana masalah mata yang dihadapinya iaitu ia memakainya sebagai ganti cermin mata. Hukumnya adalah harus dengan syarat tidak mendatangkan mudarat kepada si pemakai.

2.Tujuan perhiasan - iaitu memakainya sekadar suka-suka, bukan kerana keperluan (yakni bukan kerana masalah mata). Ia masuk dalam hukum perhiasan. Perhiasan diharuskan selagi tidak melanggar batasan syarak iaitu

i) Tidak mendedahkan aurat dan berlaku tabarruj

ii)Tidak mendatangkan fitnah iaitu menimbulkan ghairah orang lain terutamanya wanita (yakni tidak harus wanita memakai perhiasan yang boleh mendatangkan ghairah atau mencuri tumpuan@ perhatian lelaki kepadanya)


iii) Tidak mengubah ciptaan Allah swt.

iv) Tidak berbentuk penipuan atau pemalsuan



v) Tidak menyerupai perbuatan orang kafir


iv) Tidak berlebih-lebihan


vii) Tidak memudaratkan


Merujuk kepada syarat-syarat di atas, sebahagian ulamak telah memfatwakan haram memakai contact lens yang berwarna (yakni mengubah warna mata yang asal) kerana ia mengubah ciptaan Allah swt, ia juga berupa penipuan/pemalsuan dan juga meniru perbuatan orang kafir disamping ia memudaratkan sebagaimana disahkan oleh para doktor sendiri. Di tambah lagi bagi perempuan, ia boleh menimbulkan fitnah (iaitu mencuri perhatian lelaki kepadanya. 

Melayukini. net - Jadi kembalilah kepada fitrah alam, apabila seseorang itu cuba mengubah sesuatu ciptaan Allah swt bermakna seolah-olah ia tidak redha dengan apa yang diterimanya. Bersyukurlah kepada Allah, kerana masih ramai insan yang kurang bernasib baik yang tidak dapat melihat ketika hayatnya.