Bila Hati Ingin Tuntut Ilmu Hingga Negeri China

Hari ini menjadi langkah permulaan bagi aku untuk nak kembali menjadi seperti mereka-mereka yang sedang berjuang dalam menimba ilmu, hidup aku hari ini penuh dengan keceriaan bila permohonan aku untuk menyambung pengajian semula kat sebuah Universiti telah berjaya dan hanya menunggu surat tawaran untuk pendaftaran.. Alangkah bahagianya hati aku..actually ada sebab kenapa aku gembira bila permohonan untuk sambung pengajian ini diterima..aku nak buktikan pada mereka-mereka (adalah dikalangan sedara mara aku) yang memandang hina pada aku bila kelulusan aku hanya setakat "lower 6" dan tidak seperti anak-anak mereka yang telah ada kerjaya dengan pangkat dan gaji yang besar.

Sebenarnya bukan aku saja-saja belajar tak pandai tapi kita kena tahu setiap apa yang kita terima tu adalah ketentuan daripada Allah SWT.. Masa result SPM aku dulu tidak memberangsangkan, tidak bermakna aku bodoh atau malas, aku percaya kepada ketentuan Allah SWT. Ada sebab musabab kenapa dia jadikan kita gagal dan ada sebab kenapa ada orang diberikan kejayaan. Pada aku sebenarnya ada kebaikan apabila result SPM aku dulu tidak bagus sebab daripada situ aku ada keinginan untuk majukan diri dan buktinya hingga kini aku tetap belajar sambil bekerja..memang agak penat bagi aku bila melakukan 2 perkara dalam satu tapi hanya ini sahaja jalan untuk aku majukan diri..kerana kalau bukan diri kita sendiri siapa lagi? Tak akan ada kejayaan yang datang bergolek atau orang kata "bulan jatuh keriba". Dan ini merupakan pengorbanan aku untuk diri sendiri dan yang paling membanggakan diri aku perbelanjaan pengajian aku menggunakan hasil titik peluh usaha aku sendiri. Ini bermakna seandainya aku gagal tiada siapa yang akan memperkatakan "buat rugi duit mak bapak je!"

Sebenarnya aku telah mula menyambung pengajian secara part time bermula dengan Diploma dan ramai dikalangan sedara mara aku tidak tahu yang aku mempunyai kelulusan diploma kerana aku tidak pernah menghebahkan pada mereka. Pada aku biarlah mereka tahu bukan daripada mulut aku sendiri dan yang penting aku menamatkan pengajian peringkat diploma dengan keputusan yang memang aku banggakan kerana siapa sangka keputusan akhir aku cemerlang walaupun pada ketika aku menyiapkan assignment akhir, aku juga dihambat dengan kesibukan dalam menjayakan program besar melibatkan tempat kerja aku yang sememangnya dijalankan setiap tahun..alhamdulillah syukur aku.

Seperti yang telah dipesan oleh Rasullah S.A, tuntutlah ilmu hingga negeri China. Dan aku pegang pesanan Rasullah S.A itu bagi memajukan diri sebab untuk menuntut ilmu ni tak perlu berkira dengan peningkatan usia kita yang penting keinginan kita dalam mendapatkan ilmu itu sendiri dan insyaallah allah swt tidak akan menyusahkan umatnya yang berkeinginan kearah kebaikan..insyaallah. Pedulikan dengan kata-kata yang tidak memberansangkan atau memprovok minda kita untuk tidak terus maju. Aku tahu banyak dikalangan teman-teman aku tidak meneruskan pengajian mereka sebenarnya disebabkan mereka mendapat tentangan atau provokasi secara halus terutama mereka yang telah  berkeluarga. Seperti aku juga, ummi dan abah aku juga tidak bersetuju dengan keinginan aku untuk menyambung belajar, ummi aku boleh cakap "Cukup-cukup la dengan diploma yang ada tu" dan paling best adik ipar aku cakap " Kalau Akak belajar lagi, bila nak kisahkan kahwin, bila nak kumpul harta?" Tapi aku tetap teruskan juga sebab aku tahu ini adalah kepentingan untuk masa depan aku juga. Sementara aku belum kahwin ini aku nak susahkan diri dengan belajar.. kalau aku kahwin belum tahu lagi aku mampu uruskan 3 perkara dalam satu masa.. Jadi buat teman-teman kat luar kenapa kita fikirkan apa jua tentangan atau provokasi yang cuba melemahkan semangat dan keinginan kita nak menimba ilmu? Perlukan kepentingan menuntut ilmu untuk diri kita ditentukan oleh orang lain? Fikir-fikirlah wahai teman-teman sekalian.. Menuntut ilmu ini bukan satu kerugian atau kewajiban tapi adalah ibadah. Dengan ilmu lah baru kita tidak ditindak, ditipu, diperkotak-katikan oleh orang lain.