Sesuci Kasih Bonda

Hmmm.. dah beberapa hari aku x update blog aku dek kerana bz ngan mcm2 hal specially keje n training tuk sukan kementerian.. ok last update aku ada cite pasal satu novel yang aku baca karya "Ilani Mysara". Novel ni bertajuk Sesuci Kasih Bonda, satu novel islamik yang boleh dikatakan agak mencabar juga minda nak memahaminya..aku sebagai pencinta novel mmg tak berkira tentang bahan bacaan..nak2 pulak kalau yg bebentuk ilmiah..kalau nak ikut cita rasa aku lebih kepada novel yg berbentuk " horror, adventure, mistic, islamic & mind challenge"... tp pada aku kalau novel tu menarik pun dah kira ok.. sbb novel ni yg penting adalah isinya yg tersurat n tersirat.. (rasanya ramai akan kata ada ke isi tersurat n tersirat ni?) Sebenarnya ianya bergantung pada penerimaan kita..
Ok..berbalik pada novel tadi..novel ni berkisahkan dugaan wanita bernama Mastika yang telah kematian suami dan perjuangan beliau dalam membesarkan anak2 angkat yang beliau dan arwah suaminya pelihara.. dalam novel ni bagaimana perjalanan seorang wanita yang selama ini bergantung harap pada suami dalam menguruskan kegiatan dan juga keperluaan harian beliau dan juga bagaimana beliau mencari persoalan mimpi yang seringkali beliau terima.. Pencarian beliau bermula dgn kisah perjalanan beliau di Johor atas dasar untuk menyelesaikan hal2 berkaitan pusaka yg ditinggalkan oleh arwah suaminya hinggalah terjadi pertemuan 2 keluarga yang terpisah lama akibat sengketa antara ibu dan anak..Dan dalam novel ini juga turut diselitkan kisah salah silah sejarah keluarga Mastika dan juga kisah kepercayaan kepada ilmu sihir dan juga kewujudan serta kepercayaan kepada makhluk halus..
 Menarik novel ni cuma bergantung kepada penerimaan dan kebolehan kita sebagai pembaca untuk menerima dan memahami isi kandung dalam novel.. jadi nak tahu apa terjadi pada Mastika kenalah baca novel..