Mimpi

Semalam aku tidak berkesempatan nak menulis berkenaan mimpi yang aku alami pada malam kelmarin dulu.. sebenarnya aku sendiri tak pasti sama ada entri berkenaan mimpi ini satu kebetulan atau  sekadar mainan tidur seperti teman-temanku perkatakan..



Kalau aku fikir-fikirkan mcm tak logik pun ada tapi itulah yang berlaku..mmg aku tak pernah bermimpi perkara seperti ini..itu membuatkan aku tertanya-tanya apa maksudnya..Aku bermimpi aku diberi amaran oleh seorang teman dalam erti kata lain "secret admire" aku yang selama ini aku tidak berlaku communication secara face to face as a friends..cuma dalam alam maya sahaja kami berkomunikasi. Apa yang pelik kenapa dia bagi amaran? bukan la amaran tu berbentuk ugutan cuma amaran untuk tidak lagi menganggu beliau baik secara berdepan atau di alam maya.. lebih kurang mcm ni la amaran yang aku terima "Awak jangan lagi ganggu saya, jangan hubungi saya sbb saya tak suka dan jangan sesekali awak ganggu saya.. faham?". Dan sudah pasti aku terkedu dan riaksi seperti :

1) Terkejut
2) Tidak mampu berkata apa-apa
3) Keliru
4) Terasa/Kecil hati
Part yang paling best dalam mimpi tu, bila aku buat keputusan drastik dengan mengeluarkan "secret admire" ini dari senarai teman2 alam  maya aku...dan akibatnya dia tercari2 sbb kenapa aku keluarkan diri aku dr senarai teman-teman dia.. hinggakan dia cuba kembali menghubungi aku tapi aku tidak layan disebabkan kecil hati dengan apa yang telah berlaku..Hingga dia mencari teman rapat aku di alam maya untuk mengetahui sbb munasabah aku tidak ingin lagi berkomunikasi ngan dia. 

Sehingga kehari ini aku masih tercari-cari maksud mimpi aku ini..kerana belum pernah aku bermimpi seperti ini waima aku dalam keadaan tegang, sedih atau keletihan.. Memang aku pernah terbaca dalam buku agama & dengar ceramah-ceramah agama berkaitan mimpi ni..biasanya mainan syaitan sekiranya mimpi itu melibatkan komunikasi percakapan, tangisan atau rayuan dan sudah tentu ianya tidak benar.. Tetapi ada juga mimpi yang boleh dipercayai kata ustaz-ustaz dalam ceramah agama..



Ada juga teman-temanku  kata setiap mimpi ni akan menjadi sebaliknya dengan apa yang dimimpi.. Contohnya: "Mimpi ditimpa musibah atau berlaku perkara buruk ianya akan menjadi terbalik..begitu juga menerima sesuatu  kejayaan atau kegembiraan akan menjadi sebaliknya pula.."...

Jadi pada kalian teman-teman bagaimana? haruskah aku percaya bahawa mimpi ku ini adalah sesuatu mesej yang aku sendiri tidak ketahui..Wallahuaalam.. Tapi aku berharap agar mimpi ku tidak membawa kesedihan dalam hidup aku dan aku percaya hanya allah swt sahaja yang tahu yang ingin dia berikan dan tentukan perjalanan hidup aku.. Insyaallah!