Tak Secantik Husna

Kali ni aku nak kongsi ttg novel yang terbaru aku baca..hmm menarik jugak novel karya Ainul Hazrah ni. Bila dilihat tajuk novel mula-mula aku ingatkan pasal perbandingan rupa paras antara 2 gadis rupanya ia berkisarkan tentang bagaimana seorang pemuda bernama Luqman Hariez yang perlu memilih salah jodohnya dikalangan 7 orang gadis bersepupu bagi memenuhi kehendak nenek kedua-dua belah pihak. Sinopsisnya lebih kurang begini: 


"Luqman Hariez disuruh memilih salah seorang daripada tujuh cucu perempuan mak tok untuk dijadikan isteri, sementelah hatinya masih kosong. Malangnya, dia cuma diberi masa seminggu untuk mengenali hati budi mereka. Semua ini dilakukan demi menghormati permintaan opah dan mak tok.

Sejak mula lagi, Hariez dapat merasakan bahawa Husna, gadis yang paling cantik dan lemah lembut, seakan-akan sudah mengisi ruang di hatinya. Pada masa yang sama, dia turut terpaut pada Tija, cucu perempuan bongsu mak tok yang bersifat keanak-anakan, namun hatinya penuh dengan kasih sayang dan keceriaan.

Bila masanya tiba, Hariez telah memilih salah seorang daripada mereka berdua. Namun pilihannya telah mendapat tentangan hebat. Bagi Hariez, itulah pilihan yang paling tepat dan dia tidak mahu berganjak dari keputusannya.

Dapatkah Hariez dan pilihannya disatukan? Mampukah perkenalan yang singkat menghidupkan suasana indah dalam rumah tangganya?"


Ironi kan bila baca sinopsis novel ni kan.. tapi seandainya perkara seperti ini berlaku dalam hidup kita atau dikalangan adik-beradik kita mampu ke kita nak buat pilihan dan kenal hati budi orang yang bakal jadi pasangan hidup kita dalam masa yang singkat? Mampukah kita tangani tentangan yang kita hadapi bila keputusan kita tidak disenangi oleh pengatur rancangan perkahwinan seperti ini... Tapi kalau nak tahu apa kesudahan kisah Luqman Hariez kena lah beli dan baca.. sbb yang pasti jalan ceritanya penuh dengan kegembiraan, kesedihan, dendam dan juga kasih sayang yang mampu buat kita tersentuh hati . Dan yang paling penting ambil lah iktibar atau pengajaran daripada cerita dalam novel ini. 

 -------------------------------------------------------------------------------------------------------------
"Cinta datang sendiri, ia satu anugerah dan aku tak perlukan sebab untuk mencintainya. Setiap kali aku pandang wajahnya, aku tahu itulah wajah kesayanganku. Aku cuma mencari kasih sayang disitu, mencari sesuatu yang membuatkan aku rasa bahagia..."
 - Luqman Hariez