Dugaan & Cemburu Alam Pertunangan - Haruskah Tiada Kepercayaan!

Kali ni aku nak berkongsi sket cite tentang alam pertunangan. Nape aku nak cite pasal alam pertunangan sedangkan aku pun belum bertunang atau punyai hubungan dengan sesiapa..hahah.. actually cite ni timbul bila semalam ku tengah on FB sambil rileks jap lepaskan stress wat keje tiba-tiba tunang kepada adik lelaki aku menyapa aku thru chat FB..ok la sbb pada aku biasa la chat kat FB ni tapi rupanya dia ada hal yang nak dikongsi & tanya pendapat aku..

Aku cite sikit la pasal adik aku & tunang dia ni.. both of them ni bertunang pada Mac 2010, mereka berdua ni memang berkawan dah lama dari tunang adik aku ni sekolah lagi dan sekarang bertugas sebagai pendidik disebuah daerah di Johor. Macam mana mereka berdua kenal? adik aku merupakan kawan rapat kepada arwah abang tunang adik aku. Dalam masa mereka berkawan ni mereka pernah putus sekejap.. memang la family aku especially my mum bising jugak sbb putus, ya la dah lama dok usung-usung sana gi jalan, jalan-jalan kat umah kita semua dah.. Masa dia terputus ni mmg adik aku ada berkawan ngan budak perempuan lain & aku pernah jumpa this girl.. rupa-rupanya satu sekolah & duk blok sebelah rumah kita orang je.. tp tu la kalau dah jodoh lastly adik aku sambung balik dengan tunang dia then tak lama lepas tu dia orang bertunang..

Isu yang aku nak cite ni bila tunang adik aku ni mengadu pasal dia ada received copy sms yg diterima kat hp adik aku.. rupa-rupanya dia ada set hp adik supaya all sms thru my brothers hp will send copy or "CC" to her hp.. Adik aku tak tahu pasal.. Hmm hati aku terdetik rupanya dia spy adik aku ngan cara ni. Back to story 'bout sms tadi..tunang adik aku ckp sms tu drpda sorang perempuan nama "Sxxx" and then siap "berabang-abang" katanya. Dia cakap dia tak percayakan sgt adik aku sbb dia takut sejarah lama berulang.. Meaning is dia takut kes adik aku berkawan ngan perempuan lain then dia yang melepas.aduh! macam mana aku nak cakap ye.. serba salah dibuatnya sbb silap cakap nanti dikatakan sebelahkan adik sendiri.. Actually aku tak sebelahkan mana-mana pihak either my brothers or his fiance..

Apa yg menjadikan aku susah nak bagi pendapat bila tunang adik aku cakap dia geram kat adik aku sbb tipu & tak nak berterus terang kat dia pasal sms tu..aku tanya nape, dia ckp adik ku ckp dia tak terima sms tu pun... hmm susah jugak, aku cakap la pada dia, lelaki ni tak semua yang jenis suka bercerita melainkan mereka bersedia nak berkongsi bila dirasakan perlu.. nak2 lagi kalau kena paksa-paksa..Tunang adik aku x leh terima pendapat aku.. dia ckp susah sgt ke nak ckp & nape mesti nak tipu.Aduh..! susah aku dibuatnya..Conclusionnya pada aku.. Tunang adik aku ni dia susah nak terima bila tunang dia berkawan dengan perempuan lain dan kalau boleh setiap apa yang dibuat kena berterus terang ngan dia sedangkan adik aku pulak jenis tak suka nak kongsi apa-apa melainkan dia dia rasa perlu baru dia cite.. dah tu  pulak dua-dua type baran.. !

Inilah antara contoh rencah yang berlaku pada pasangan sedanga bertunang.. seperti yang kita tahu alam pertunangan ni mmg akan ada pelbagai dugaan yang perlu dihadapi jadi harus bersedia untuk terima semua tu dan apabila masalah atau gangguan berlaku dalam hubungan kedua-dua pasangan haruslah ada kepercayaan.. sbb bila kepercayaan tidak ada sudah pasti hubungan itu akan goyah sbb tiang kepercayaan tidak kukuh... Sebenarnya dugaan ni adalah antara pembelajaran  dalam mengenali diri pasangan masing-masing. Kalau ketika bertunang pun dah tak boleh nak handle masalah apatah lagi apabila sudah selamat diijabkabul...


Ya! orang akan tuding jari pada aku "awak belum bertunang & tak rasa, boleh la cakap macam-macam"... Memang kenyataannya aku tidak terikat dengan ikatan pertunangan lagi tapi satu hari nanti aku akan lalui juga, dan seperti yang kita tahu.. setiap apa yang ada didepan kita pastilah pelajaran.. dan pembelajaran tidak semestinya melalui buku tapi persekitaran kita dan juga pengalaman mereka-mereka terdekat bisa dijadikan panduan..Adakah perlu belajar mengendalikan masalah atau dugaan seperti ini apabila kita telah terikat sebagai pasangan bertunang? Sebenarnya dugaan seperti ini satu proses mematangkan diri sebelum melalui alam perkahwinan..Tak bererti bila ada gangguan atau dugaan semasa alam pertunangan akan terputus atau tiada jalan penyelesaian, harus diingat setiap keputusan yang dibuat harus dengan hati yang ikhlas tanpa dibayangi atau diselaputi marah, keputusan dalam keadaan diri yang rasional insyaallah akan menjanjikan keputusan yang terbaik tapi keputusan ketika diri dikuasai cemburu, marah dan juga kekecewaan biasanya akan merugikan diri atau menyebabkan diri kita sendiri berada dalam penyesalan.. 

Lagi satu cemburu dalam masa bertunang ni adalah perkara lumrah..aku petik tulisan dari buku  Motivasi Kasih Sayang : Dr.HM Tuah Iskandar Al-Haj bertajuk "Membina Rasa Cinta" Dalam bab Anda Wajib Cemburu. Dalam tulisan beliau: (Petikan ni telah aku edit/ringkaskan)
"Cemburu adalah satu keperluan masa silam , masa kini dan masa depan. Mereka yang hilang rasa cemburu sudah hilang manisnya rasa memilikinya.  Kita memang awajar berasa cemburu, patut berasa cemburu malah ada ketikanya wajib berasa cemburu. Cemburu membuat manusia terpelihara diri, memelihara diri dan berasa dipelihara ataupun diambil peduli. Tanpa rasa cemburu kita lebih layak dipanggil batang kayu sebab haiwan juga tahu berasa cemburu, inikan pula kita manusia yang telah dibekalkan ALLAH hati nurani.
Dari sudut psikologi, cemburu adalah motivasi untuk mencetuskan ras mahu bersaing, mahu mengatasi, mahu ada apa yang orang lain ada. itu positif.
Rasa cemburu  adalah lumrah tapi kalau sudah terlalu cemburu itu susah jadinya. Apalagi baru bertunang, belumlah ada apa-apa tanggunga kalau hendak disuluh melalui hukum agama. Namun cemburu itu satu keperluan kerana ia menandakan rasa tanggungjawab."
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------
Note : Apabila anda telah merelakan diri untuk dicintai oleh seseorang lelaki fahamilah juga bahawa anda sedang berjinak-jinak dengan keegoaanya sama.