Andai Mahu hidup tenang - part 4

Ketika Allah swt rindu pada hambanya, Allah swt akan mengirimkan sebuah hadiah
istimewa melalui malaikat Jibril yang isinya adalah ujian...
Dalam hadith qudsi Allah swt berfirman:
"Pergilah pada hambaku lalu timpakanlah berbagai ujian padanya, 
kerana Aku ingin mendengar rintihannya." 
(HR. Thabrani dari Abu Umamah)

Abu Said dan Abu Hurairah r.a. meriwayatkan bahawa Nabi SAW. bersabda:
"Seorang muslim yang ditimpa penderitaan, kegundahan, 
kesedihan, kesakitan, gangguan, dan kerisauan, bahkan hanya 
terkena duri sekalipun, 
semuanya itu merupakan kafarah (penebus) dari dosa-dosanya."
(H.R. Bukhari dan Muslim)