Andai mahu hidup tenang - part 6

Kalau kita terjaga di tengah-tengah malam itu, ia sebenarnya satu anugerah dari Allah swt.
Allah swt kirimkan malaikatNya mengejutkan kita supaya kita bangung beribadah kepada Allah (qiamullail).
Sebagai tanda terima kasih kerana mengejutkan kita, paling malas pun, mintalah apa-apa (berdoalah) walau sedikit (meskipun kita masih di tempat tidur) kepada Allah, kemudian tidurlah.

Kalau kita sedar, kemudian kita terus sambung tidur tanpa ucapkan apa-apa (contoh beristighfar, bertahmid dan sebagainya), kemudian malam kedua dan malam ketiga pun begitu juga, kita bimbang (kalau) malaikat tidak akan datang lagi mengejutkan kita.

-Petikan nasihat daripada Tuan Guru -

Diriwatkan daripada Abu Hurairah (r.a) bahawasanya Rasulallah (s.a.w) bersabda:
'Turun Allah (a.w) ke langit dunia pada tiap-tiap malam ketika habis sepertiga yang pertama 
malam [yakni waktu selepas tengah malam], (kata Abu Hurairah (r.a) lagi) telah bersabda Nabi (s.a.w) :
'Maka berseru (Allah (a.w)) dari langit:
'Aku (Allah (a.w)) Raja bagi segala raja dan kamu sekelian hambaku, 
sesiapa yang berdoa kepadaKu (sesuatu), maka Aku makbulkan akan (hajat) dia,
sesiapa yang meminta akan Daku maka Aku beri akan dia,
sesiapa yang meminta ampun akan Daku dosanya maka akan Aku ampunkan baginya',
maka (Rasullah (s.a.w) menyambung sabdanya) sentiasa Dia (Allah (a.w)) berseru sedemikian itu hingga cerah terbit fajar'. [Hadith hassan lagi sahih riwayat at-Termidzi]


Alhamdulillah, tsummahamdulillah...

Kredit kepada En. Fadzil bin Ahmad