Andai mahu hidup tenang..

Sekadar satu perkongsian diri sendiri & sesiapa sahaja yang mungkin merasa tidak tenang..

Bersangka buruk terhadap orang lain boleh mengusutkan fikiran
Fahamilah bahawa setiap orang ada alasan dan situasi yang berbeda
Andaian buruk tanpa usul periksa tanda kita dikuasai emosi
Dan kita berhak untuk hidup dengan tenang dan tenteram
Justeru carilah kebenaran dan jangan buat andaian palsu.

Jika kita faham bahawa perangai manusia itu ujian yang datang dari Allah swt...
Maafkanlah orang yang pernah menyakitkan hati kita
Entah berapa ramai pula orang lain yang pernah disakiti dek perangai kita
Kerana mungkin juga perangai orang lain pada kita...
Adalah pembalasan dari Allah swt.

Jika kita bermusuh dengan seseorang..
Maka tandanya kita menambah bebanan hidup kita
Semakin banyak musuh semakin banyak bebanan hidup kita
Maka buanglah bebenan itu dengan mengelak permusuhan

Kalau kita fikir kita betul,
Itu tidak mengapa...
Kalau kita kata orang salah,
Kita perlu rasionalkan dengan beri peluang untuk mereka terima dengan baik
Jika kita pertahankan apa yang kita fikir betul dengan menyalahkan orang lain,
Itu tidak betul
Sebenarnya kita boleh kata semua orang betul
Apa salahnya...
Tapi ada ego dan bongkak rupanya dalam diri kita..
Itu sangat-sangat tidak betul


Oleh itu, ubatilah, bersihkan hati kita dengan sentiasa mengingati Allah swt.
Surah Ar-Ra'd, ayat 28

"(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah". Ketahuilah dengan "zikrullah" itu, tenang tenteramlah hati manusia

Kerana.....


Surah Ar-Ra'd, sebahagian ayat 42

Allah swt mengetahui setiap apa yang diusahakan oleh tiap-tiap diri (seseorang)...


InsyaAllah..

Wallahu a'lam
Petikan Dari: http://junied-nampakhati.blogspot.com/
kredit kpd saudara Mohd Fadzil bin Ahmad