Dapur Wawa

Sebuah karya penulis dari Kota Singa
Semua orang suruh kahwin dan Wawa tidak pernah peduli. Wawa sudah penat bercinta, mencari, mengejar dan lebih suka bercinta dengan buku sahaja. Hinggalah bonda dan Kak Pah serahkan padanya fail 'Encik Abu'.

"Apa ni?" Fail biru dengan kod 100789 terlertak di hadapan Wawa,

"Ini fail klien Kak Pah, Cuba Wawa lihat," Jawab Kak Pah.

Dalam fail itu, tertera biodata bujang trang tang tang "Encik Abu" Abdullah, yang bonda yakin sangat-sangat, secocok dengan Wawa. Haah? Drebar mahu dicalonkan dengan Wawa, pekerja kelas atasan? Hesy, bonda! Tak sesuai langsung!

Tapi, jodoh itu di tangan Tuhan. Biarpun pada mulanya Wawa menolak, ternyata "Encik Abu" itu jodohnya. Masalahnya, Wawa ni jarang sekali masuk dapur! Nanti nak kasi anak lelaki orang tu makan apa?

Maka berpencaklah Wawa di dapur, belajar memasak; belajar mengemudi kehidupan baharu; belajar menyesuaikan diri dengan kejutan-kejutan dalam hidup baharunya.


So macam mana? Menarik tak novel kali ni? Novel terbitan JS @ Jemari Seni Sdn.Bhd. Novel santai dan ceritanya yang lain dari yang lain.. tidak seperti novel2 yg lepas lebih kepada perasaan dan cinta, tp garapan penulis dari Kota Singa  ni mengupas kehidupan seorang teman yang mengalami perubahan dari seorang gadis bujang kepada wanita bergelar isteri. Menarik tau bila aku baca novel ni.. sbb selain penceritaan dlm bentuk penceritaan semula wanita bernama Wawa yang cuba mempelajari dan memahirkan diri dalam dunia memasak iaitu dunia yang tidak pernah dipedulikan selama ini meskipun dia dikelilingi oleh mereka2 yang pakar memasak.. Apa yang menarik lagi.. resepi-resepi yang di cuba oleh Wawa turut boleh kita cuba.. menarik kan?


Berjayakah dia..mendalami ilmu memasak.. apakah yang berlaku dengan setiap masakannya dan apakah dunia dia hanya sekadar di dapur.. kena lah dapatkan naskah menarik ni...
IKA MADERA, penulis dari Kota Singa  ini kembali memaparkan kisah kehidupan yang penuh suka duka. Dapur Wawa diadun dengan cukup rencah dan perasa oleh penulisnya, berserta resepi-resepi yang membuka selera.