Angel In The Devil's Suit

Hai2! Nampaknya akhir2 ni keje aku update pasal novel je..nape ntah...maybe skrg ni musim aku rajin baca novel kot.. tp kalu nak ikut aku update psl novel.. berderet lg novel2 yg aku dah baca & menarik...ok ni satu lg novel yg pada aku menarik.. jalan cite yg lain dr yg lain, ada tanda tanya dan juga kesedihan... Jom layan sinopsinya..kalau nak suruh aku yg karang kat sini cite ye mau korang tido membacanya  heheh.. jadinya korang sendiri nilai then kalau rasa nak beli boleh la cari kt kedai2 buku terdekat ok!

Sebuah karya Menarik

"Dew dan Jeremy adalah orang yang berlainan tetapi mempunyai wajah yang seiras, nama yang serupa dan suara yang seakan. Namun perwatakan dan keperibadian mereka terlalu berbeza sehinggakan Camies, gadis yang paling rapat dengan mereka menggelarkan mereka dengan gelaran The Angel dan The Devil.

Jeremy, insan amat dicintai oleh Camie dan mereka saling menyayangi. Namun, hubungan kasih mereka akhirnya terlerai apabila Jeremy yang selama ini mempunyai penyakit telah meninggal dunia.

Dew pula seorang pelajar yang digelar The Taiko oleh semua pelajar dan guru-guru di sekolahnya. Berjumpa dengan Camie yang menjadi pelajar baru di sekolahnya dan mengisytiharkan Camie sebagai hambanya. Mereka bergaduh, membuli, bertekak dan apa sahaja bersama-sama. Camie hanya menurut dan rela menjadi hamba Dew kerana wajah, nama dan suaranya yang seiras dengan Jeremy, kekasihnya.

Namun penemuan diari mendiang Jeremy telah membongkarkan identiti sebenar Dew yang selama ini hanya diketahui oleh ayah Dew dan juga ayah Jeremy sendiri. Detik penemuan diari itu telah menyebabkan dirinya pening dan keliru.

Apakah rahsia itu? Bagaimanakah caranya Dew mencari kembali identiti dirinya yang telah dikelirukan oleh diari kepunyaan Jeremy itu? Berjayakah Camie membantu 'tuan'nya menyelesaikan masalah itu?"




Jadi rasa2nya korang berminat tak nak beli? tapi kalau x berminat pun bukan aku ni leh wat ape pun kan2?
Chow...!