Keberkatan sebuah Jodoh

Hai blogger sekalian.. tak dinafikan sehari dua ni memang tengah panas dengan gambar-gambar & juga cerita majlis perkahwinan pelakon Irma Hasmie & Redza Syah kan? Tak dinafikan bahawa mereka ni adalah pasangan yang secocok dan juga sama cantik, sama padan dan ianya lebih menarik dan mengindahkan lagi keberkatan jodoh mereka ini ditemukan oleh Allah swt  tu di Tanah Suci Mekah.. Orang kata apabila niat kita tu baik, maka jawapan @ balasan yang allah swt beri juga baik..

Sama Cantik, Sama Padan - krdt to The Kliker Photographer
Seandainya aku dipertemukan jodoh, ingin sekali mendapat jodoh yang baik seperti mana yg diperolehi oleh Irma ni, apatah lagi sekiranya jodoh ini berlaku di tempat yg diberkati.. Tapi mcm yang kita tahu setiap insan telah tertulis di Luh mahfuz, siapakah jodoh untuk diri mereka, tapi terpulang kepada mereka pula yg ingin mencorakkan kehidupan bersama pasangan dengan acuan & haluan yg mereka suka... dan lebih baik lagi seandainya jodoh itu turut mendapat restu kedua ibu bapa kerana ketika itu barulah jodoh itu mendapat keberkatan yg lebih baik selain daripada keberkatan daripada Allah swt.


Siapa yang tidak mahu menemui jodoh.. semua orang mengharapkan menemui jodoh...tapi berbalik kepada Qada'  & Qadar yang telah diatur oleh yang maha esa.. bila, dimana, dengan siapa, tahun bila @ bagaimana dipertemukan jodoh itu, lambat laun pasti ada..dan seboleh-bolehnya terimalah jodoh itu dengan penuh keredhaan & kerelaan hati yang ikhlas kerana.. seburuk-buruk jodoh kita, siapa tahu dialah yang terbaik, seindah-indah jodoh untuk kita, tidaklah kita ketahui keindahan bagaimana yang akan diberikan..Walau siapa, walau bagaimana rupa, walau besar mana darjat & kekayaan akan jodoh kita.. terimalah ia dengan penuh syukur..

Tiada siapa yang mahukan jodoh yang tidak baik & tiada siapa juga yang mampu mencari jodoh yang terbaik kerana.. itulah dia ketentuan daripada allah swt..Apapun jua keberkatan sebuah jodoh tiada kita ketahui dimana akan kenikmatannya akan kita lalui.. Percayalah kepada ketentuan & juga keberkatan sebuah jodoh itu... Insyaallah.



Baraka Allahu Lakuma - Maher Zain