Sesuatu yg sukar dipermudahkan...

Assalamualaikum & selamat petang kawan2.. td dalam aku dok jalan-jalan kat Facebook profile aku, tiba-tiba terpandang la kat satu share dari sahabat FB ku cara mudah utk menghafal halaman Al-quran.. hmm sesuatu yg menarik untuk aku kongsikan kat sini..

sambil aku dok baca formula tu.. ada jugak la aku terpandang komentar yg ada kt sharing tu.. ada yg ckp formula tu dah lama, tidak lagi dipraktikan la tp kalau aku baca balik kt situ sudah terang dinyatakan bahawa formula itu cuma untuk Al-Quran yang standard sahaja... ok tak payah nak cite banyak.. mari kita lihat & hafal, kalau boleh praktikkan sekali..



Ok formula dia mcm ni..


Contoh 1

Sekiranya kita ingin mencari Juzu' 5 berada dihalaman yang keberapa caranya adalah:
5 -1 = 4,
no 4 ini perlu di darabkan dengan 2 (4 x 2 = 8)Letakkan no 2 selepas/akhir pada jawapan *82* , maka juzu'5 berada pada halaman 82

Tak percaya sila rujuk kepada pada Al-quran dan cari halaman tersebut... menarik bukan?

Seterusnya kita tgk pula lain

Contoh 2
Ingin mencari Juzu' 10 di halaman berapa gunakan formula yg sama
10 -1 = 9,
no 9 ini perlu di darabkan dengan 2 (9 x 2 = 18)
Letakkan no 2 selepas/akhir pada jawapan *182* , maka juzu'10 berada pada halaman 182



Contoh 3
Ingin mencari Juzu' 23 di halaman berapa gunakan formula yg sama
23 -1 = 22,
no 22 ini perlu di darabkan dengan 2 (22 x 2 = 44)
Letakkan no 2 selepas/akhir pada jawapan *442* , maka juzu'10 berada pada halaman 442


Indahkan? sehingga sebegitu sekali Allah swt sediakan kita suatu formula yang kita sendiri tidak terfikir bahawa ada jalan untuk melakukan sesetiap apa kerja @ tujuan.. Menakjubkan sekali, jadinya janganlah kita pula lupa untuk menyebarkan ilmu ini kepada anak-anak kecil supaya mereka akan tertawan untuk mencintai dan membaca al-quran Qallam suci allah..